Langkau ke kandungan utama

Selamat datang tahun baru 2008

Dari kaca TV propaganda aku dengar sifu M. Nasir mengalunkan lagu-lagu kegemaranku.

Ada masanya aku suka berteman
Ada masanya aku bersendirian
Ada masanya aku suka berjalan
Ada masanya aku suka apa yang kau suka...

Ya...Apocalip(betul kah ejaannya?).Ya...hidup dan nasib bersilih ganti. Bak roller coster. Naik dan turun adat yang menjadi kebiasaan. Tahun bersilih ganti. Umur semakin meningkat. Tapi hati masih terasa muda. Ia kekadang tidak mahu menerima hakikat.Rumah berkata pergi dan kubur berbisik mari.
Malam ini aku tertanya-tanya.

Berapa ramai anak-anak gadisku yang bukan lagi gadis pada kesesokan paginya?
Berapa ramai malam ini yang mabuk-mabuk dan berpesta porah?
Berapa ramai si rempit maut dan memayatkan orang lain di jalanraya?
Berapa ramai yang hilang kaki dan tangan...tapi bibirnya tidak mengucap kalimah Allah, tapi asyik meminta rokok.
Berapa ramai gadis-gadis suntiku yang hilang maruah dikerjakan jantan-jantan jalang?
Berapa? Berapa?Berapa?
Saban tahun berganti. Soalan itu jugalah yang ada di mindaku.

SELAMAT TAHUN BARU. Semoga kita benar-benar selamat

Ulasan

Dr. Hamizi berkata…
happy new year... ada azam tahun lepas yang kena recycle?
Lily Abdullah berkata…
Recycle..tiap tahun akak recyle Mizi. Tak ada yang baru :D

HAPPY NEW YEAR bro

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...