Langkau ke kandungan utama

DECEMBER


Hari ini sudah December yang ke sebelas rupanya. Saya selalu lupa masa...dipendekkan cerita saya memang pelupa. Macam anak-anak istimewa yang saya juga. Tapi belum lagi sampai ke tahap nyanyuk(nau'zubillah). Apabila belajar sesuatu yang baru,maka saya terpaksa diajar berkali-kali. Saya paling lemah kalau diajar perkara-perkara yang berbentuk praktikal. Berteori memang kesukaan saya. Sewaktu zaman anak-anak, berkali-kali mak mengajar saya solat; saya lupa mana sunat dan yang mana rukun....hatta bacaan dalam solat memang betul(betul mengikut kemampuan saya yang ada speech disability.)

Hari ini sudah December yang ke sebelas ya? Kadang-kadang saya terkurang satu hari dan ada waktu terlebih sehari. Tidak berkerja buat saya jadi bosan. Lalu saya pun menulis yang bukan-bukan.

Hari ini sudah December yang ke sebelas bukan? Biasalah.....saya pun mula menyimpan azam yang kadang-kala tidak terjangkau dek akal dan kudrat. Azam saya tahun hadapan ialah :


  1. hendak belajar bahasa isyarat

  2. hendak belajar bahasa Jepun

  3. hendak score A untuk subjek semester Januari 2008

  4. atau hendak mengulang subjek semester ini yang dijangka "kantoi"

  5. bla....

  6. bla...bla

  7. bla..bla..bla...

  8. tujuh cukup ke?
  9. tidak cukup boleh tambah lagi.
  10. cukup lah........

Ulasan

cakapaje berkata…
Salam WL,

Rasanya baru 3-4 hari saya tak dapat memblog dan menziarah sahabat, tetiba tengok blog WL dah begitu banyak sekali posting...tak terbaca semuanya.

Mengenai bahasa isyarat tu, budak scouts ramai yang boleh berbahasa sebegitu. Malangnya, saya bukan budak scout dulu, tapi kadet askar. Ada kami belajar juga cuma isyarat dan bahasanya berbeda.

Seronok belajar perkara sebegini. Idaman saya untuk belajar lip reading masih tak tercapai kerana...bukan rezeki kut :)

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...