Langkau ke kandungan utama
Semalam….aku ke GATH...jumpa ramai - Kak Ungku yang peramah dengan kamera canggihnya…jumpa Amyz, Mardihah,Cik Daun,Dugong ,Salina, Mie dan lain-lain yang aku terlupa sebut…..tapi aku tak punya gambar mereka di sini. "Pakwe"tukang ambil gambar yang aku bawa asyik menghilang dengan Sony Erricsonnya. Seronok, akhirnya dapat juga mengenali anda sekelian.

Antara cenderahati yang dibawa pulang – nasi beriani & ayam masak merah. ( Tidak sempat ambil fotonya sebab sudah masuk ke dalam perut anak jiranku)


Paling istimewa – dua buah buku Sinaganaga yang buat aku tertawa ha…ha…ha…ha.



Dua biji mug – macam tau-tau saja pihak penganjur, aku teramatlah suka mengumpul mug.
Ini cerderahati yang kononnya cabutan bertuah. ( Aku kira semua yang hadir memang bertuah. Tiada yang tidak bertuah,melainkan bertuah belaka)

Ha..ha..ha..aku mau sambung membaca buku Sinananaga.

Pagi tadi…
Aku ke OUM – ambil modul untuk semester Januari. Tiga subjek mungkin dengan empat soalan tugasan . Modul pula semakin tebal mukasuratnya. Aduh…aku mula sakit kepala.

Selepas itu pakweku ajak aku melepak kat Zoo Negara. Haa…haa..haa..tidak romantik lansung - Zoo Negara. Aku ulang - ZOO NEGARA dan.inilah hasil kreativiti dari Sony Erricsonnya. (pakai baju semalam he..he.he..panas weh..kesian si leher panjang tu)
Ha…ha..ha..aku mau ulang baca buku Sinaganaga. Tetapi pakweku sergah. “Ha..ha…ha..lagi” katanya. “ Modul bila nak buka?”Eleh..kacau daun betul.
Pakwe aku baik sebenarnya. Kadang-kadang aku rasa dia jelmaan allahyarham ayahanda yang masih aku rindui.


Ulasan

cakapaje berkata…
Salam WL,

Peewit! Siapa yang berposing tu? Cantik! :)


ps. Bila nak buat tag tu...lama dah saya menunggu :)
Lily Abdullah berkata…
Entah..awek Abdul Razak tu..cantik ka? :D

Tag ..dah buat dah..susah sgt soklan tu...ambil masa nak jawap :D
Tanpa Nama berkata…
hi waterlily...saya bayan. ingat tak... tukar link ek. selamat berkenalan
Lily Abdullah berkata…
Yer..Bayan...ingat2 lupa :D - tukar link okay...salam perkenalan juga(skali lagi).

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.