Langkau ke kandungan utama

Setahun yang dulu








Sesungguhnya foto-foto ini, melakar sebegitu banyak kenangan manis pada minggu-minggu terakhir di Nishiawaji setahun yang dulu.

Minggu di mana kepanasan mulai reda dan dedaun mula menguning. Sayangnya, cuma saya tidak dapat melihat marple kemerahan gugur brserakan seperti yang saya tonton dari kaca tivi atau bila Nelson Yuriko berkisah mengenainya.

Minggu-minggu terakhir, saya mengenali seorang anak muda yang berbudi berhemah. Umur awal dua puluhan. Mungkin sebaya anak bujang saya,jika saya memiliki anak-anak.

Dan kebetulan hari itu, dia datang menemani kawannya, salah seorang penterjemah saya.

“Kak, kalau nak ke mana-mana, beritau saya ya. Nanti saya boleh bawa akak jalan-jalan. Bukan senang nak datang ke sini.” Saya melihat ada jujur di setiap patah butir bicaranya itu. Ada jujur dalam hati murni sebagai saudara sesama Muslim sebangsa. Kami tipikal Melayu. Menghormati tamu, yang lebih berusia lebih-lebih lagi yang kurang upaya memang budaya yang tersemai sejak kecil.


‘Kak Mar, mau tak saya bawa akak jalan-jalan?” Mungkin dia dapat menghidu cuak dalam diri saya. Maklum, itu pertemuan pertama kami.

“Akak minta izin dengan abang dulu ya. Jika abang izinkan, akak call saya. Hari Ahad nanti, kita jumpa di Awaji Station. Saya bawa akak ke tempat yang paling special” Seolah dia bisa membaca setiap inci perkara yang wujud dalam kotak fikir saya.

Saya kepingin sungguh. Tapi saya sedar batas duduk seorang perempuan bergelar isteri.
You can go with him.” Kawakita san. Tentunya dia tidak faham budaya dan agama saya.
Akhirnya, melalui laman sembang YM, saya berjaya memperolehi lampu hijau si dia. Itu pun setelah bersoal jawab ala-ala polisi menyoal pesalah. Saya tahu, dia percayai saya, cuma itulah. Ego dan cemburu dalam diri lelaki. Maaf, saya lebih suka melihatnya dari sudut positif; kasih sayang dan bersifat melindungi.
“Jangan lebih-lebih pulak” Si dia berpesan dan saya kirim icon budak bulat kuning yang sedang tersengih itu.


Tiba hari Ahad yang sedikit mendung, kemudiannya hujan merintik saya berjalan kaki dari apartment Ayako ke Awaji Station. Dia sudah terpacak di situ menanti saya sambil mengibas-ngibas air hujan yang masih tersisa di payung.
Akhirnya, kami bertemu jua. Pagi yang langitnya mendung dan menumpahkan hujan.
“Ke mana kita ni?” Saya bertanya sedikit curiga.
“Ada laa..mesti akak akan suka. Saya jamin.” Dia sambil tersenyum.

Dan anak muda yang berbudi itu, membawa saya ke Hemeiji Castle menaiki JR tren express (Sanyo Line) dari Osaka.(Jika saya tidak salah. Saya kurang arif dengan sistem pengangkutannya) Dia buat saya rasa begitu diraikan.

Kepada Hakim, terima kasih di atas budi baik. Saya kehilangan alamat, surat, email dan nombor telefonnya. Jika dia atau sesiapa yang mengenali dan membaca tulisan ini, diharap dapat menghubungi saya. Harap dia masih tidak melupakan kenangan itu. Di mana kami sama-sama bersolat di taman Hemeiji yang indah.
Masih teringat bagaimana dia tertawa lebar, ketika saya bertanyakan di mana surau.

“Bumi Tuhan kak, di mana-mana pun boleh kita jadikan surau” Ucapnya sambil tersenyum.



Ulasan

Amalina berkata…
mmg seronok bila berpeluang berjln2 lihat bumi tuhan di bahagian2 lain dari yg kita biasa. ada rezeki boleh si Dia ikut sama lain kali:).
Tanpa Nama berkata…
wah kak. saya pun nak kenal dengan si hakim nih.. :)
Brader Black berkata…
Hakim versi pompuan xde ke kak?

ngahahaha.
jagoan berkata…
Gi Jepun tak ajak pun. JE-PUN. Gi je pun jgn balas gitu.
Ungku Nor berkata…
bestnya awk dah pun ber-muha-Nishiawaji..

akak jugak yang masih bermuha-Mesia..ehehehe
Nafastari berkata…
Indahnya cara kamu melakar peristiwa ini.
tasekM berkata…
kamu buat mende ke sana ye kak? :)
mebby a.k.a ezza berkata…
Ku jua merindui bumi Jepun ini..huhuhuhu
SHIMI berkata…
Mesti indah kenangan itu kan
cakapaje berkata…
Salam WL,

Kalau WL ingat nama penuh dia, cuba google. Manalah tahu, dia ada dalam memana groups atau syarikat yang listed dalam www.
violet berkata…
pengalaman yg menarik dan manis utk dikenang seumur hidup kan kak Mar.

semoga Allah membantu kak Mar dlm usaha mencari Hakim yg baik hati tu. Insya'Allah. :)
BuRuuj berkata…
insyaallah..akan dipertemukan jua akak dgn org itu. amin...
DUNIA KUCING KAMI berkata…
WL; Salam Ramadan, semoga sihat selalu dan puasa kita diberkatiNya. Btw... ada enti baru di dunia kucing akak - cerita sedih.
ckLah @xiiinam berkata…
kisah musafir yang manis....
A t i Q a h berkata…
Best nya..
Huhuhuhu..
Amiene Rev berkata…
Jika ada jodoh dan pertemuan,
pasti dapat bertemu lagi,

Jika ada jasad dan kemahuan,
pasti usaha mencari pergi.
dugongsenyum berkata…
Pergi jepun takde cerita makan sushi? hehe
Lily Abdullah berkata…
Basri,
Tak tau makan benda tu hehehe..

Amiene,
insyaallah ketemu. Sedang berusaha mencari.

Tiqah,
Ada rezeki mau pergi lagi. Apakan daya, hari tupun duit sponsor JFKL.

cik Lah,
Hmm..indah sungguh.

kak Sri,
Saya dah baca cerita si Iskandar tu. Moga2 akak dan keluarga ya.

Burujj,
Doa-doakan ya. Sedang mencari surat itu. Jika ketemu,insyallah selesai.

Vee,
Insyaallah. Mudah-mudahan...Amin!

Akhi Shah,
Tu lah masalahnya.Saya lupa nama penuhnya. Cuma ingat dia asal Sg.Buluh. Student engenering Osaka U.

Shimi,
Sangat manis..alhamdulillah diketemukan dengan yang baik-baik saja.

Mebby,
Ya, saban hari rindukan mereka dan kenangan itu.

Tasik,
Cuba ko check laman Art of body ekpresion dan website Taihen Performence Troupe. Pergi pasal nak belajar benda tu lah.

Ahmad,
Terima kasih(:

Kak Ungku,
Msia pun best juga. Ada murtabak dan cucur udang weii..hahaha. lapar nih..seriusss!


A Tok,
GE, GI..hahaha teringat entri enche Naga. Mat Jans pronoun as GAY..mana dia belajar tuh?:)

Adik kachak,
Hiss..ko ni tak abis2 mau cari awek. hahahah!

Lina,
Okay. Takde hal. Dia single. Availiable? Entah! hahahah!

Amal,
Insyaalah..kalau ada rezeki. Reseki kdg2 datang tanpa diduga. Si dia dah pergi merata dah...maklum atlit paralimpik. Sekarang dah tak aktif lagi. Pencen dah hahaha!

T/kasih untuk yang membaca dalam diam juga:)
kad0k. berkata…
perghhh..at least sudah merasa smpi kesana...kita2 ni..dengo ajela..alahaiiii
Lily Abdullah berkata…
Kadok,

Ala duit sponsor tuh...duit sendiri..mau ke Melaka pun perlu berkira-kira hehehe...
ledisordre berkata…
“Bumi Tuhan kak, di mana-mana pun boleh kita jadikan surau”

(:
en_me berkata…
wah, sukernyer me tengok castle ittewww.. nostalgia sehhh maser me gi sanerrr 18 taun lampau.. uhuhu
Lily Abdullah berkata…
ledisorder,
Ungkapan yang indah kan :)

Me,
Kagumkan tgk seni binanya. :)

T.kasih

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam