Semalam.
Ku betulkan silaku
Sesudah mengadapMu
Sambil tanganku terketar
Menatap bait-bait makna
Pada setiap ayat
KalimahMu
Air mata tiba-tiba menitis
Betapa kurangnya aku mengucap syukur
Dalam pengertian yang sebenar
Ampunkan aku!
Moga aku masih punya ruang
di sisiMu
Moga!
Ku betulkan silaku
Sesudah mengadapMu
Sambil tanganku terketar
Menatap bait-bait makna
Pada setiap ayat
KalimahMu
Air mata tiba-tiba menitis
Betapa kurangnya aku mengucap syukur
Dalam pengertian yang sebenar
Ampunkan aku!
Moga aku masih punya ruang
di sisiMu
Moga!
Ulasan
Ruang Sentiasa Ada
Disana, Disitu Dimana Mana
Dia Punya Kuasa Segala
Dia Punya Rancangan Jua
Hujung Sana RancanganNya
Hujung Sini KetetapanNya
Atas Situ HakikatNya
Bawah Sinun MaktifatNya
Kita Disini Hidup Sementara
Menjadi Saksi KebesaranNya
Menjadi Pelakon Pelengkap Nota
Menjadi Bukit KewujudanNya
Semoga Hakikat Diterima Rela
Semoga Ujian Ditelan KernaNya
Sebab Telah Nyata Dimana-Mana
Kerana Kita CiptaanNya..
err... releven tak komen aku kak... ha ha.
lagi satu eye contact perlu ada dengan audience
eh, salah ke konsep ruangan aku ni? haha
Cikgu,
Moga cikgu juga dapat bersabar.Moga kita sama-sama mendapat keberkatan.
Rajuna,
Aku jua, sedang bereksprimentasi dengan ruang yang pelbagai :)
Tasik,
Aku tak pandai jampi.Aku doa mudah-mudahan dia akan jadi anak yang cerdik dan beriman.Amin!
Ta dan Shimi,
Doakan kakak ini. Ada waktu aku jauh tersimpang dik..
Khucalana,
Woww! Tiba-tiba kamu berpuisi :)
Purp,
Semoga kakak ini masih mampu menampal ruang-ruang yang tersisa.Insyaallah!
Terima kasih
err, muhasabah diri ye kak?
InsyaAllah...!
Ada tak sifat cecair yang selain dari itu ahaks! :p
Yanaz,
Ya, mudah-mudahan
Kadok,
Insaf..ya setiap detik kesalahan harus diinsafi dan diperbetulkan.