Langkau ke kandungan utama

Malam-malam terakhir Ramadhan

Langit jingga beransur hilang. Malam-malam terakhir Ramadhan hitam suram. Saya rindukan hari-hari yang lalu. Berbuka bersama emak, Khadijah dan anak-anak.

Rindu amat!
Kerinduan yang menghambat jiwa tenang berombak resah. Sunyinya hidup saya. Berbuka berdua dan kadang kala bersendirian. Tanpa zuriat dan tawa tangis anak-anak. Tapi tidak boleh selalu-selalu merungut. Nanti kufur nikmat namanya.

Sunyi amat!
Lalu usai bersolat, kesunyian itu menghambat saya kepada segala macam kenangan lalu bersama Khadijah.

Zaman anak-anak kami. Yang pahit dilapah telan. Begitu juga yang indah-indah.

Gembira bermain bunga api berdua. Dulu-dulu, bunga api belerang berbatang besi itulah abah belikan untuk kami. Abah bersifat sangat melindungi; jadi jangan kami mau mimpi bermain mercun atau meriam buluh. Walau allahyarham pong-pang, pong-pang bercerita kehebatannya bermain meriam buluh waktu zaman anak-anaknya.

Khadijah, anak yang suka menbantah. Selalu-selalu juga dicuri mmbeli mercun dari kedai Pak Teh.. Bila emak dapat hidu, siaplah badan. Saya juga akan kena tempiasnya kerana melindungi Khadijah.

Abah diam. Tapi kami tahu, abah marah. Jadi, esok lusa galang ganti hukuman. Tiada bunga api lagi.

Alahai!

Ulasan

SHIMI berkata…
"Tidak boleh selalu-selalu merungut. Nanti kufur nikmat namanya".

Hidup ini sentiasa penuh dengan cubaan. Cubaan...
Cikgooden berkata…
sabo ja la....WL..bukan hang sorang lalui saat camni...ramai lagi...Cuba hang pi main bunga api ka..bakaq mercun ka...tak la sunyi..jgn marah haaa.:)
Ck berkata…
rugi sapa yang tak pernah main mercun tuh.
Ungku Nor berkata…
mana nak cari bunga api sekarang nih?
ehehehe..gian la pulak nak main ;p
Brader Black berkata…
Orang skang dah x main mercun.

Orang skang main letup2 pakai C4.
Saya pernah 'tertembak' emak dengan mercun roket. Dulu-dululah. :)
kuchalana berkata…
zaman kanak2 mmg zaman paling hebat dalam setiap kehidupan manusia..

Selamat Hari Raya Dan Selamat Bercuti..

Maaf Zahir Dan Batin

Semoga Aidilfitri akan lebih menceriakan anda tahun ni..

Ole..
The Purple Cat berkata…
Memang saya zaman kecik-kecik dulu seronok main bunga api. Main beramai-ramai adik beradik & anak-anak jiran. Ayah kami yang beli. Kekadang dorang pun main sekali..hahaha...
Unknown berkata…
sampai usia sekarang aku masih lagi bermain api yang berbunga-bunga itu :D
tasekM berkata…
kak, aku la ni main bunga api dgn MC... hhmmm... tak sama jugak mcm zaman dulu2.. haih~
Dr. Hamizi berkata…
selamat hari raya...
Pa'chik berkata…
sekarang ni kerajaan je buleh main bunga api... rakyat... tengok je kerajaan abis kan juta-juta duit mereka untuk main bunga api... huhuhu... [juta-juta tu... bukan untuk beli bunga api kot.... hahhah.... bunga api tu... tah-tah amek peri je yang kastam rampas ke.. kilang haram ke... ekekke...]
sinaganaga berkata…
ellooOOoooOoooo, apa cer?
SeRiaB berkata…
biasa la tu...
kena la pikir sendiri,
tapi ada baiknya untuk memastikan rakyat malaysia tidak masuk sukan
Paralympic ja..
Teringat dulu-dulu masa kecik duk kat quarters star abah pun belikan bunga api besi cap kucing. Kita orang akan bengkokkan besi bunga api tu sikit pas tu nyalakan dan campak kat pokok kuinin depan rumah. Nampak meriah pokok tu bercahaya.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...