Langkau ke kandungan utama

Musim gugur bermula.


Musim luruh bermula!


Demikian beritahu Yuriko Nelson menerusi emailnya lewat berminggu nan lalu. “It’s very beautiful, if you can see it” beritahunya. Lantas, aku terbayang kenalanku, berwajah manis berusia tiga puluh dua tahun itu. Berambut sedikit curly, separa panjang ditocang kemas, berkaca mata dan sedikit tomboy. Bukan tipikal Japanese. Dan perkataan kesukaannya “pardon”. Lagi katanya mau melawat aku Ogos nanti. Mau melawatku ketika gawat ekonomi begini. Dia bakal tetamuku. Seharusnya dilayan sebaik mungkin. Aku tipikal Melayu. Ajaran agama kujunjung dan adat kukelek sebaik mungkin. Dan aku pernah berkisah tentangnya di sini.

Musim luruh bermula!

Tentu indah. Melihat ranting-ranting tanpa daun.
Ajaibnya ciptaanMu. Ranting, pepohon bugar segar kehijauan dan berwarna-warni bunga-bungaan, tiba-tiba polos.

Musim luruh bermula!

Dan daun-daun kuning merah keemasan berserakan itu tambah indah ketika dihembus angin. Pepohon seakan tidur dan berehat sebentar. Dari memayung redup dan teduh. Tidak mati. Akan kembali dedaunnya pabila sampai ketika. Aku berimiginasi tentang daun maple yang berserakan.

Dan aku pun bermimpi tentang syurga Tuhan nan indah. Tentang hidup kekal abadi di sana. Di mana karma bermula.

Musim luruhku entah bila.

Aku jua.

Seakan pohon-pohon itu.
Asal polos. Kemudian Engkau berikan nikmat nan pelbgai.
Nanti polos juga. Kembali padaMu berselimutkan kain putih.

Yang bakal aku titipkan mungkin dosa yang sarat.
Pahala yang tidak seberapa.

Subhanallah!
Nau’zubillah!

Ampunkan aku Tuhan.

Nota kaki:
Credit image to folkcatart.com

Ulasan

Tie berkata…
Salam kenal,lily ada kucing, ya.. Dulu akak ada seekor namanya pussy, bela sejak kecil.Sangat baik,bersih,makannya apa saja tuannya makan termasuk pengat labu.. Boleh halau ayam atau mana2 kucing yg cuba masuk rumah. Agak penakut bila tamu dtg..Sedihnya dia mati di rumah jiran sebelah, sakit tua...Akan ingat sampai bila2...
tasekM berkata…
kak,
ini baru keindahan duniakan?.. di sana nanti entah bagaimana hebatnya ciptaan Dia...

syurga dambaan kita, tapi usaha utk ke sana?... ibarat macam syurga itu tiada...

hanya sibuk2 dgn urusan dunia...

aku... akulah...
kad0k. berkata…
kalau dunia sudah seindah ini..bagaimana la indahnya disana...
Keindahan di sana tak dapat terbayang dek akal. Saya yang tak pernah ke negara empat musim ni pun dah selalu terpegun dengan keindahan Malaya ni. Apa lagi kalau di luar sana. Hmm
m.q berkata…
hai....kali pertama berkunjung ke sini. sgt menarik :)
Unknown berkata…
syukur tanah aku tidak bermusim.. jika bermusim nescaya sukar aku menciom buah tropika.. durian, rambutan aduhaii sentiasa sentiasa jadi sebutan
Membaca. Sedikit diam dan senyap. Kemudian cuba mencerna.

Syukur, alhamdulil-Lah. :)
ILA berkata…
Lily,
terima kasih mghadirkan diri ke teratak saya.
wahhh..datang sini terus di sambut dgn musim luruh.
terasa teruja...
secara tindakan refleks saya mrasakan sperti turut berada di dlm musim itu jua..walau tak permha mgalaminya..
(feling mcm dlm citer korea..hahah)

pssttt..panggil ila je,cukup snang ngitu
Brader Black berkata…
wo wo!
musti syok musim luruh ek?
Pa'chik berkata…
bila nak wat citer antu nih...
Anonymous berkata…
ikhlas..
semakin hari entri-entri di sini semakin berseni.

...dan mungkin, waterlily semakin hari semakin menjiwai hakiki.
Kaktiny berkata…
salam..

aku?.. asyik impikan menggapai langit ke tujuh - terleka dgn tujuh petala bumi di bawah..
riang dgn hiruk dunia - lupa dgn pikuk akhirat..

aku.. makin menginsafi diri..
trima kasih kak waterlily..
Lily Abdullah berkata…
Encik Po,
Ada ketikanya saya terlupa apa yang hakiki.

T/kasih untuk kata2 yang memberikan saya suntikan semangat untuk terus menulis.

Pujian hanya untuk Maha Pencipta yang mengilhamkan kita sesuatu.

Chik,
Ko ni tak abih2 cerita hantu. Nanti asgmnt aku siap. Pokai idea ni. Hatta nak menjawab komen pun heheh...

Adik kachak,
Entah,best kut..mana akak pernah tengok. Tengok gambar je. Pastu tengok filem Korea/Jepun. Cerita hindustan tu, Mohabbatien..ala SRK tu hahaha!

Ila.
T/kasih kerana membalas kunjungan.
Akak pun tak pernah tengok, sebab tu rasa teruja. Dengan hanya melihat gambar maka lahirlah entri ini.

Purp,
Apa yang kamu cernakan. Tentang kembalinya kita pada Tuhan. Kelahiran dan kematian. Teruskan. Sama-sama kita mencerna dik. Yang baik datangnya dari Allah swt.

PG,
Semua yang Tuhan cipta indah belaka. Sedap buahan tropika, tentu tak sama enaknya pir, anggur dan epal :)

Masni,
T/kasih. Jemputlah bertandang lagi :)

Tiqah,
Di negara kita pun banyak yang indah. Asal kita menjaga kebersihan, tak mencemar dan menggodolkan hutan atas nama pembangunan dik.

Encik Kadok,
Ya, dunia ni entah berapa persen saja indahnya. Syurga Tuhan apatah lagi.

Ada waktu tertanya-tanya, layakkah berada di sana. Tapi Tuhan itu Maha Mengasihani kan?

Dik Tasik,
Aku pun sama juga. Entah apa2 yang disibukkan.

Entah!

Tie,
Salam kenal. T/kasih kerana singgah. Terkomen di entri lain ke?

Takpe. Terima kasih.

ps: Awak lebih berumur dari saya
ke?

Tiny,
Kak Lily juga sedang lupa diri & entri ini ditulis semata-mata mengingatkan diri sendiri. Sama2lah kita ingat-mengingatkan. :)


T/kasih pembaca diam juga.
violet berkata…
entri kak lily sentiasa terkesan dihati.

ingat mengingati sesama kita supaya kita tak terus alpa akan nikmat sementara diats dunia.
MakcikMuda berkata…
*insaf*

indah sungguh kalau dapat merasakan sendiri musim2 yang empat itu.

walaupun dekat Malaysia takde musim2 macamtuh,rynn masih lagi terpesona dengan cantiknya Malaysia.

Indah sungguh ciptaan Allah kan,kak lily.

psst! mau letak link kak lily kat rumah rynn tau!
chinta berkata…
salam kak lily,

mmg indah kan musim gugur....daun berwarna warni, merah, kuning, coklat...dan akan gugur satu persatu ke bumi...musim yang lain juga punya kelebihan...bunga..panas dan jugak sejuk....masing2 ada cerita tersendiri...
Lily Abdullah berkata…
Chinta,
Ya..musim juga macam manusia. Ada cerita indah dan masing2 ada sisi gelap dan sisi terangnya.


Rynn,
Kat neagara kita juga banyak yang indah. Hujan rahmat cantik. Asal tahu menjaga anugerahNya.

Yang cantik takkan kekal selamanya. Semua gugur dan kembali ke asal(tanah).

Vee,
Kak Lily pun tidak tahu, tiba2 dapat idea bila terbaca email lama Nelson Yuriko tu. Kemudian gugel autumn pix. Tgk gambar, dapat ilham untuk entri ni :)

T/kasih kerana tak jemu ke sini.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam