Semalam adik-adik saya di puat latihan ini berkonvo. Saya tidak menghadiri majlis tersebut, tapi kata suami iannya berlansung dengan meriah sekali walaupun tidak semeriah konvokesyen di universiti. Dan mereka pulang bersama segulung sijil kemahiran masing-masing samada bidang jahitan, multimedia, IT maupun senilukis dan membatik. Mereka tidak pulang semata-mata bersama sijil; tetapi jua harapan untuk hidup berdikari, berkerja, membina keluarga dan masa depan sendiri.Namun ada juga yang tidak kesampaian hajatnya kerana kealpaan sendiri.
Selagi kita bernama manusia, kita tidak mampu terlepas dari membuat kesilapan. Kesilapan yang berulang kali bukan lagi kesilapan – ia bernama tabiat buruk yang disengajakan. Dosa – kali pertama dilakukan; lebih-lebih lagi tanpa sengaja akan merisaukan perilakunya. Perasaan bersalah dan berdosa akan membuak-buak di dalam kepompong minda Diulang dan diulang akan menjadi keseronokkan. Dan keseronnokan bertukar menjadi ketagihan yang pastinya memudaratkan. Entri saya kali ini mempunyai kaitan dengan mereka yang masih hidup, jadi saya memohon jutaan maaf sekiranya mereka terbaca. Bukan niat saya hendak memalukan sesiapa; sekadar peringatan kepada diri dan juga para pembaca entri ini lebih-lebih lagi kepada rakan OKU yang rata-rata masih hijau usia mereka.
Selagi bernama manusia, OKU atau tidak; kita hanyalah manusia – berkongsi rasa yang sama. Jika orang lain punya rasa ingin dicintai dan mencintai maka manusia yang bergelar OKU juga tidak terlepas dari naluri yang sama. Tidak salah jatuh cinta, asal tahu adab dan budaya. Tiada salahnya berkasih, asal tahu menjaga maruah agama, diri dan keluarga.
Biar saya nama si manis ini A. Dia berasal dari keluarga baik-baik dan terhormat. Dia menjadi kurang upaya kerana terjatuh dan sejak dari itu kerusi rodalah yang menggantikan sepasang kakinya. Pertama kali bertemunya,saya sungguh teruja. Tutur bicaranya lembut,senyumannya manis. Matanya bercahaya, berkulit putih kuning bersantun dan suaranya lunak melagukan Al Qur’an selepas solat. Wajahnya ala-ala Miss Sienep dalam entri saya yang lalu. Ayu bukan?
Oleh kerana kami ditempatkan di tempat sebilik dan satu kelas A dan saya agak akrab. Saya, S, M, B, Y, I, SR dan lain-lain sangat menyayanginya dan kami anggap dia bagai adik beradik sendiri. Saya pelajar paling berumur di pusat tersebut; hingga guru kelas pun memanggil saya “kakak”. Daripada tidak tahu apa-apa tentang computer; hatta di mana suis dan kabel, saya mahir menggunakan ms word, excel, powerpoint berkat tunjuk ajar dari A. Sesungguhnya bertahun-tahun yang lalu saya memang buta IT kerana kedaifan keluarga saya tiada peluang dan ruang untuk belajar.
A memang jelita – maka bak sekuntum ros yang cantik tentu ramai yang ingin mendekati….bukan seperti saya. Saya cuma teratai; jauh terpinggir di dalam sebuah perigi usang di tengah rimba. Tiada yang sudi memandang sekalipun. A begitu istimewa sehingga pegawai –pegawai di pusat ini pun mengkagumi dirinya. Dia petah berbicara dan aktif juga dalam kegiatan co-kurikulum. Pendek cerita semangat dan kebaikan dalam diri A masih subur menghijau dalam diri saya. Saya yang sebelum ini, bukanlah seperti diri saya yang sekarang; pemalu tidak bertempat, pesimistik dan rendah diri yang melampau. Saya sedar keadaan diri dan saya memaksa diri dikaunselingkan kerana saya sedar betapa pentingnya untuk merubah diri kepada sesuatu yang positif.
Berbalik kepada cerita A, pertemuaannya dengan AA merubah segalanya. Dalam usia yang masih muda, A mungkin juga sedilkit keliru makna cinta. Saya juga sampai kini masih samar-samar tentang definasinya. AA kacak, ayahnya orang berada,berkarisma tapi sayangnya dia datang dari keluarga berantakan. Suaranya merdu setiap kali menyanyikan lagu-lagu kegemaran kami - OAG atau Spider. Paling saya suka tentang dirinya - dia lelaki yang penuh "sense of homour". Dari cerita yang saya dengar sebelum menjadi OKU, AA pernah dipenjarakan dan terlibat dalam pelbagai kegiatan tidak bermoral. Saya masih ingat kata-katanya “kak, saya datang ke sini untuk jadi orang baik-baik…nak tebus kesilapan lalu”. Malangnya kata-kata itu kini tinggal kenangan semata. Saya faham kenapa A begitu tertarik dengan AA. Mereka sungguh akrab dan bila kami bertanya mengenai status hubungan mereka – maka beginilah jawapan stereotaip A” Takde kak, A anggap AA macam abang aje”. Macam artis kita,bila ditanya wartawan tentang status keintiman hubungan mereka. Tapi saya bukan bodoh…sudah 35 tahun umur saya waktu itu. Teman-teman lain juga bukan buta; mereka tahu AA bagaimana orangnya. Sejak itu mereka sungguh intim; ada satu insiden saya terpaksa menepis tangan AA kerana cuba merayap ke tubuh A. Berbuih mulut saya dan teman- teman menasihatkan memakai pendekatan psikolgi untuk membuat A bangun dari mimpiya. Malangnya satu pun tidak menjadi, malah kesumbangan perbuatan mereka yang semakin menjadi-jadi. Akhirnya SR(adik angkat saya) mengugut saya; jika saya benar-benar sayangkan dia, jangan lagi rapat dengan A dan AA. Katanya – dia tidak mahu saya dituduh bersubahat dengan kemungkaran mereka. Sejak itu, saya tidak lagi bersama A dan AA. Dan tepat seperti yang saya duga, sehari selepas itu A dan AA ditangkap basah dan dibuang asrama. Saya dan T menangis mendengar beita buruk itu…tapi A selamba sahaja. Seolah-olah dia tidak tahu apa yang berlaku kepadanya. Kami membantunya mengemaskan barang-barang dan dia dihalau keluar dari asrama pada hari itu juga, Kami sungguh kesal – nila yang setitik telah merosakkan sebelanga susu.
Selepas insiden itu, saya mendengar pelbagai versi fitnah mengenai A. Tidak adil sungguh!! Tiada siapapun mengutuk AA. Adakah A sahaja menjadi punca kejadian ini? Adakah kerana A seorang perempuan? Sedarlah – dosa dan neraka tidak kenal lelaki atau perempuan. Segala kebaikan dalam diri A yang dulu begitu dikagumi seakan-akan dilupakan. Malah satu persatu kesalahannya ditelanjangkan.
Kali terakhir saya bertemu A – 6 November 2005 di majlis perkahwinan saya. Dia datang bersama umminya bawakan hadiah. Dia amat gembira melihat saya bertemu jodoh. Berkaca-kaca matanya ketika merenung saya berbaju pengantin. Itulah kali terakhir saya bertemunya dan sampai kini saya masih mengenang kebaikan yang ada padanya.
Kuala ber”Lumpur” ini mengubah nasib, pendirian dan perhitungan manusia – syurga,bahagia dan kecelakaan.
Nota WL untuk semua:
Kita ini cacat fizikal,jadi berusahalah sebaik mungkin agar akhlak kita juga tidak “cacat”.
Ulasan
Menarik cerita ini. Tapi saya tidak pandai untuk mengulasnya.
Tapi betul seperti kata sdri WL, selagi kita bernama manusia.....
Psst; Wajah blog ini semakin ayu. Warnanya mesra dengan mata saya. Tahniah!
Bab manusia dan dosa ni dah malas nak komen...mudah2an mereka sempat bertaubat sebelum malaikat maut datang...GATH tu ape hah?
assalamualaikum...
sy zuhdi najib, sudah start blog kembali, meh kite network. dlu sy ade add kak maria kat friendster, igt lagi?
Meroket Ke Bintang
nafsu muda mmg susah nk kawal..
mudah2an Allah bagi saya kekuatan untuk lawan godaan syaitan..
amin..
wallahualam
Saya taknak komen mengenai cerita A atau AA kerana...yelah, tak mahu je. Cuma, perkara yang kita namakan nafsu ini, saya pernah membaca mengenainya beberapa lama dahulu.
Jika benar ingatan saya mengenai perkara ini, nafsu ini merupakan satu makhluk - hamba Allah - yang telah dijadikan sebelum manusia lagi. Ianya berbeda dari syaiton atau iblis. Dan apabila ia datang untuk menggoda manusia, sememangnya amat susah untuk kita mengawalnya melainkan melalui amalan ibadah kita.
Jadikanlah peristiwa A dan AA sebagia iktibar. Ingatkan kebaikan A dan do'akan yang terbaik untuknya. Itu sahajalah yang mampu kita hamba Allah yang lemah lakukan.
saya juga manusia yang tidak lepas dari berbuat kesilapan dan belajar darinya...
tanpa usaha, maka bertemankan katil sahaja lah kita. tanpa usaha, ditakuk lama lagilah kita. tanpa usaha, makin dihinalah kita.
salam Aidl Adha buat akak sekeluarga!
BP,
Cerita yang menarik…ya …untuk yang mahu merenung dan mengambil iktibar. Jika kita belum membuat kesilapan, belajar-belajarlah dari kesilapam orang lain.
MR,
Lahiriah atau apa saja bukanlah pokok persoalan – persoalannya “selagi kita bernama manusia” tiada siapa dapat menjamin dirinya tidak tersalah langkah….
Naha,
Manusia dan dosa memang tidak dapat dipisahkan…jadi benarlah seperti yang anda ulaskan. Bila tersedar,segeralah bertaubat…mudah-maudahan tidak menjadi timbunan.
Najib,
Salam networking…belajar & berusahalah selagi termampu…hanya berusaha akan berjaya
Abg L,
Begitulah adatnya manusia….jika kehilangan sepasang kaki/tangan pun masih gagal menginsafkan kita – adakahkah kita patut menunggu kehilangan nyawa. Itu sudah terlambat saya saya kira….
Shah,
Anda betul…nafsu sememangnya tidak pernah merasa puas melainkan ia ditemani iman dan amal. Akal sahaja kadang kala tidak cukup…..
Thanks pasal tag :)
Dik Sas & Posmen,
Benar…jadi berhati-hatilah kerana setiap langkah kita diperhatikan. Sahabat sejati akan mengenang kebaikan sahabatnya,mengingatkan jika sahabatnya tersalah langkah….Perpatah lama “ Baik berpada-pada,jahat jangan sekali."
My bro Kerpie,
Ya…bertemankan katillah kita,jika tidak berusaha untuk bangun kembali. Maka semakin hinalah kita disisi Tuhan ….apatah lagi di mata-mata manusia yang suka menghina dan memandang rendah keupayaan orang lain seolah-olah mereka maksum dari segala dosa,noda dan kesilapan.
Terima kasih.