Langkau ke kandungan utama

Warkah terbuka - semoga kamu ambil peringatan

Kau dan aku bukan siapa-siapa. Kita saling kenal kerana sebuah artikel di surat khabar. Selebihnya kita ber'sms' . Jadi kau jangan marah kalau aku tidak membalas.

Aku kadang memerlukan ruang untuk diri. 

Bukan aku tidak simpati atau memahami. Aku pun pernah melalui hari-hari yang sunyi. Garis masa yang tiada sesiapa pun mahu lalui.

Okay, kau kata aku boleh berjalan. Tidak sepayah engkau hanya mengesot dan dunia engkau hanya dalam rumah. 
Ya, barangkali benar. Tetapi jika kau benar-benar kenali aku, kau pasti tidak ucap begitu.
Apa kau fikir aku tidak pernah menjadikan rumah itu duniaku.

Aku pernah kawan. Jangan kau cuba beritahu aku kepedihan itu. 


Aku nasihatkan engkau kawan. Belajar dan cari ilmu sebanyak mungkin. Tapi kau tidak pernah mahu dengar.  Asyik kirimkan aku puisi melancholia.

Sekali lagi, aku ingatkan kawan.

Puisi begitu tidak meredakan kelaparan. Sama sekali tidak menghilangkan kehausan. 
Untuk basahkan tekak pun, kau perlu tuang air dan angkat gelas. Air tidak mengalir membasahi tekak jika kau tunggu dan melihat-lihat saja.

Aku berharap sangat kau faham, kerana aku tahu kau bijak. Tidak pernah ke sekolah pun masih boleh membaca dan menulis.

Aku kagum. Itu aset kamu. Guna dan munafaatkan.

Kita bukan siapa-siapa kawan. Aku pun tidak se'pakar' dan se'gah' mana untuk aku beri pandangan tentang puisi engkau.

Nasihat terakhir yang boleh ku khabarkan.
Sayangkan diri kamu dulu, sebelum kau jatuh sayang kepada mana-mana lelaki.

Tentang dia.

Jangan kau gunakan aku untuk mencuri rahsia dia. Hidup kami ada pravisi. 

Jangan cemburu kerana kami pernah keluar dan sentiasa bersama. Kami kawan di alam realiti. Kami kenal wajah dan tahu hati budi masing-masing.

Sebelum kamu kenali dia, kami sudah bertahun mengenali.
Kamu tahu, dia seperti aku. Semakin rimas dengan pangilanmu yang  tidak mengira masa. Bercakap tidak tahu bila mahu berhenti.

Dia seperti aku. Perlu keluar mencari rezeki. Kehidupan kami pun payah. Tidak se'gah' seperti yang kau tahu dari sebuah artikel.

Sekali lagi aku  ingatkan engkau.


Sayangkan diri kamu dulu, sebelum kau jatuh sayang kepada mana-mana lelaki.



Ulasan

lonelyroseblack berkata…
melankoli, kadang buang masa..tapi kadang pengubat lara...

kak, salam selasa. saya cuti, cadang nak ke hospital, derma darah... jom!..hehe.. :)

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc