Sesudah banyak kerja yang kau buat tanpa banyak soal
atau berkira tentang masa
yang salah juga kelihatan di mata dia
kelemahan jua yang dijaja
Sebagai manusia yang serba lemah
dan penuh sifat mazmummah
dan nafsu amarah
Jujurlah
jawab dengan diri
ada tidak kau rasa
mahu terajang tong sampah
atau bakar kereta besar dia ?
Kalau betul
aku terajang tong sampah
mesti ada yang kata
ish..ish..tak padan dengan rupa
Maka aku pilih untuk
menangis sepuas hati
malam ini.
Sebuah lagu sebagai escapism
Ulasan
heads up, kak. :)
terajang bantal tak sakit...
Aku terajang tong sampah, kau pun nak terajang tong sampah juga?
Taknak join aku hisap ganja?
Kahkahkah!
Kita kan saudara sejiwa. Aku tak perlukan ganja.
Aku telan dua tiga Diazepam,dah lebih dari ganja.
Mau? Aku kirim kau sepeket kah.kah..kah.
Zam,
Bagus, aku ada kawan 2 yang cukup memahami ha ha ha. Baca komen korang ni buat aku senyum :)
Tas,
Tolong carikan aku molotov cocktail. (betul ke idak ejaan dia) C4 ke lagi 'kaw' . Tolong aku baling keta besor dia tu. ha ha.
Kamu bertiga mmg kawan dan adik2 yang baik hihihi..
Hazirah,
Salam kenal, Pernah komen sini ke? Atau kamu baca diam2.
Terima kasih untuk kata2 semangat.
Malam ni, rasa sangat lega. :)