Langkau ke kandungan utama

Entri tanpa arah tujuan

writting Pictures, Images and Photos

Selalu saya berpesan kepada diri untuk tidak menulis jika tiada arah tujuan. Tapi malam ini, sambungan internet saya masih 'sihat' jadi saya menulis beberapa perkembangan tentang diri dan blog ini.

Entri pertama saya di sini, bertarikh 10 Julai 2007. Inilah tujuan asal saya menulis. Oleh itu, janganlah hairan kenapa saya marah-marah dan masih menceceh-ceceh pasal isu-isu oku.

Malah tiada pernah terdetik langsung di dalam hati untuk menjadi penulis keratif. Sebahagian entri sudah dipadam dan dipindah ke blog tertutup.

Pengikut bertambah. Komentar berkurang. Apa ertinya; sekadar klik sebagai pengikut barangkali.

Tiga musim menulis di sini, saya rasa cukup berpuas hati. Saya gembira menulis di sini. Namun saya lebih gembira sekiranya ia tercetak di kertas.

Saya kepingin melangkah jauh, namun tangan dan jejari saya semacam dirantai gari.

Oh ya, saya mungkin berpindah lagi bulan hadapan. Sama seperti saya memindahkan url blog saya dan menggunapakai identiti baru. Tetap ditemui dan mereka membaca diam-diam.

Terima kasih kepda teman-teman yang masih membaca dalam diam dan masih meninggalkan jejak.

Terima kasih kerana membuat saya terasa 'wujud'.

Ah! Sungguh terlalu banyak anak tangga, tinggi dan berliku untuk saya terus melangkah ke hadapan.

Ulasan

Guru berkata…
bulan hadapan pindah ke mana ya?
Cikgooden berkata…
Di Blog, kita menulis sekadar memuaskan rasa...di kertas, selain rasa..juga kepingin nak merasa sekeping kertas, yang orang panggil duit...sekian....(masih mengikuti...)
Zawawi Aziz berkata…
Tidak mengapa.

Mari kita 'mentertawakan kekurangan diri'
Rahimin Idris berkata…
menulis memang best. tapi kadang2 rasa siksa...tulis bila mau saja.
Anonymous berkata…
kalau naik basikal, mendaki itu adalah satu keterujaan kerana di hujung pendakian, akan ada 'downhill' yang merembeskan adreanalin.

teruskan pendakian, mungkin beberapa langkah sahaja lagi untuk melihat kemuncak.

~po
tasekM berkata…
pindah pi mana pulak..?
Nizam.Ariff berkata…
Kadangkala ada cerita rahsia yang rasanya terlalu ingin dikongsikan seramainya... gunakanlah blog kak.

Sebaliknya, gunakanlah diary kak.
Unknown berkata…
Salam ziarah,

Salam kenal...teruskan menulis...

-http://www.ibunoor.com-
Pretty Honey berkata…
Semoga terus diberi kekuatan dan ilham untuk menulis...:)

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...