Langkau ke kandungan utama

CERITA TENTANG KAMI

Mari kita dengar cerita. Tentang pengalaman saya sebagai orang kurang upaya(OKU). Banyak perkara telah berubah...seiring dengan perubahan dan kemajuan negara. Namun nasib OKU tidak banyak berbeza..jika ada pun terlalu minima. Jadi sama-sama kita renungkan pengalaman saya. Saya juga akan menulis pengalaman rakan-rakan saya. Dipendekkan cerita nasib kami hampir sama & pengalaman yang dilalui tidak banyak berbeza. OKU samada berkerusi roda,kekurangan anggota atau apa saja....layanan sesetengah pihak terhadap kami tidak banyak berbeza.

Ulasan

Mir Hamzeh berkata…
Salam perkenalan, kakak (nak panggil nama apa ya? Lily kah?)...

Sebenarnya, saya terpaut ke blog kakak ini daripada komen yang kakak tinggalkan di blog A. Kadir Jasin.

Dan saya boleh katakan saya bangga dengan kakak melalui nukilan-nukilan kakak di blog dan juga dua blog yang lain.

Lalu tarikan yang kuat membawa saya menyusur arkib lama blog kakak dan saya pilih untuk tinggalkan komen ini di entri kakak yang pertama.

Selamat majujaya untukmu. Saya doakan semoga kakak terus bersemangat meneruskan hidup mengisi ruang-ruang kosong di bumi Allah yang luas ini.

Jika ada apa-apa acara yang boleh saya turut serta atau sumbangkan sesuatu, mohon kakak maklumkan melalui emel di (positivist82@yahoo.com) ya.

Terima kasih.
Salam.

Oops, lupa pula, nama saya Amir.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...