Langkau ke kandungan utama

TENTANG KAMI

Tahun lalu, setelah tiga kali berturut-turut ke pawagam, akhir dapat juga saya menonton filem kegemaran saya “CINTA”. Memang menarik. Bagi seseorang yang berjiwa seni seperti saya, tiada perkataan yang dapat saya gambarkan tentang filem tersebut. Lalu saya rumuskan “CINTA” adalah filem paling ‘manis’ yang pernah saya tonton. Terasa begitu dekat dengan hati saya. Keindahan dialognya begitu bersahaja dan menusuk jiwa. Antara dialog yang paling indah bagi saya ialah sewaktu Datuk Rahim Razali(Cikgu Elyas) mengucapkan “Isteri bukan hakmilik , tapi satu anugerah”. Seakan tersedar dari mimpi, dialog tersebut membuat saya,terfikir akan sesuatu.
Benarlah…pasangan kita bukan hakmilik kita secara total,tetapi dia adalah anugerah Tuhan yang paling istimewa untuk kita. Ada orang tidak pernah memilikinya hingga ke liang lahad. Ada pula Tuhan anugerahkannya hanya untuk beberapa tahun atau puluhan tahun. Setengahnya pula, samada sengaja atau tidak,telah mempersiakan anugerah istimewa Tuhan yang satu ini. Ada yang mendaptkannya sebaik sahaja melangkah ke alam remaja. Saya??? Agak terlewat memiliki….memiliki???( bukan perkataan yang sesuai saya kira) Saya agak terlewat menerima anugerah Tuhan yang istimewa ini Semusim, setelah kehilangan ayahanda tercinta,barulah dia hadir dalam hidup saya. Maha Suci Tuhan..Dia yang lebih ketahui segalanya.. Insan yang paling saya cintai itu, Tuhan kirimkan kepada saya seolah-olah menggantikan tempat ayahanda tercinta. Mengasihi.melindungi,menjaga dan menerima diri saya seadanya. Saya temuinya ketika usia telah mencecah 35 tahun. Ketika teman-teman seusia saya sudah pun mempunyai tiga atau empat orang cahayamata. Ada yang telah berpisah dengan pasangan masing-masing. Ada juga yang bertemu pasangan lain buat kedua kali. Ada yang kehilangan pasangan masing-masing kerana dijemput Tuhan. Pertama kali terpandangnya,hati saya terdetik sesuatu “DIA AKAN MENJADI PASANGAN HIDUPKU”. Walaupun di waktu itu,hati masih ragu-ragu saya cuba berfikiran positif. Kami menyambut ulangtahun perkahwinan yang pertama 6 Nov yang lalu. Saya tahu dia tidak pedulikan tarikh tersebut. Mungkin lansung tidak mengingatinya. Saya kira kebanyakan lelaki memang begitu. Saya tidak kisah. Saya tahu dia sayang dan cintai saya lebih dari dirinya sendiri. Sentiasa berusaha memenuhi segala keinginan saya. Biarlah orang lain bercakap buruk mengenai dirinya.Saya juga tidak kisah kerana dialah insan yang sentiasa di sisi ketika saya perlukan perlindungan,cinta dan pelukan kasih.
Setiap orang termasuk saya punya kelemahan tersendiri dan dia juga tidak pernah terkecuali. Lalu saya terima dia seadanya. Setiap kali dia lakukan sesuatu yang membuat saya marah dan berkecil hati,saya pujuk hati saya untuk mengingati kebaikan dan pengorbanannya. Saya tidak tahu apa bakal terjadi keesokan pagi atau sepuluh tahun yang akan mendatang. Saya hanya menghargai hari ini…detik-detik yang saya lalui bersamanya. Pagi esok ketika saya membuka mata, saya berharap saya masih berada dalam dakapannya.
Saya ingin dia tahu,saya sangat sayanginya dan perlukannya. Tetapi kadang kala kerana keegoan saya enggan menunjukkanya..atau mengucapkannya. Ada sesebuah lagu nyanyian kumpulan terkenal Radja ingin saya tujukan padanya –“Aku Ada Kerena Kau Ada”. Benarlah yang diucapkan watak Rubiah dalam filem “CINTA”. “SEHARI BERSAMA ORANG YANG KITA SAYANGI LEBIH BAIK DARI HIDUP BERTAHUN DENGAN ORANG YANG KITA TIDAK SUKAI”. Tapi saya tidak ingin hidup sehari bersamanya…walau saya tahu kita hanya mampu merencanakan kehidupan……..

Cinta adalah anugerah Yang Kuasa
Yang bila terasa
Betapa indahnya
Sungguh lemah diriku
Tak bererti hidupku
Bila tak ada dirimu

Andai ku bisa akan ku balas
Semua yang pernah engkau berikan
Terima kasih dariku
Atas ketulusanmu
Menyayangi diriku

Aku ada kerna kau pun ada
Dengan cinta kau buat diriku hidup
Selamanya..

Aku ada kerna kau pun ada
Dengan cinta kau buat diriku hidup
Selamanya..

Andai ku bisa akan ku balas
Semua yang pernah engkau berikan
Terima kasih dariku
Atas ketulusanmu
Menyayangi diriku

2.20 am
Dec 9, 2006

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...