Langkau ke kandungan utama

BLOGGER VS KERAJAAN

salam..dua tiga minggu kebelakangan heboh orang bercakap pasal blogger. Sejak Nathaniel Tan ditangkap. Saya keliru..sungguh-sungguh keliru. Siapa betul..siapa salah..siapa fitnah siapa....Pening kepala saya fikir apa akan terjadi kepada Malaysia tercinta setelah 50 tahun merdeka ni. Sekiranya berlaku perang saudara macam Iraq atau Afghanistan ke mana saya nak lari....mungkin saya terpaksa tunggu & dikebumikan di tanahair sendiri....Sebab saya bukan jutawan macam Ananda Krishnan atau Robert Kuok si raja gula. Juga bukan politikus macam Takhsin atau mana-mana politikus Malaysia yang ada duit berjuta-juta ( walaupun usianya masih muda ). Suami saya marah...katanya jangan masuk campur hal orang politik. Jadi saya sebagai isteri yang solehah (heh..heh...heh) terpaksa ikut nasihat dia. Saya sudah buat keputusan tidak akan membaca lagi blog-blog yang berunsurkan politik. Tapi jiwa saya tetap kacau. Rasa ingin tahu saya mengatasi segala-segalanya. Tapi saya janji - saya tidak akan memberi sebarang komen lagi. Dan tahun ini saya telah membuat keputusan - SAYA TIDAK AKAN KELUAR MENGUNDI LAGI.

Ulasan

NoraHash berkata…
[Saya tidak akan keluar mengundi lagi]

Salam Waterlily,
Saya yakin kalau kita tidak pergi mengundi atau rosak kan undi akan merugikan diri kita sendiri. Bayangkan lah satu undi kita yang terlalu BERNILAI ketika itu(BERNILAI di sini maksudnya ada orang sanggup bayar harga undi kita) di buang begitu saja....jadi saya cadangkan waterlily beralih pada parti yang lebih BOLEH di harapkan...
Lily Abdullah berkata…
Thanks Naha. That sound a good suggestion. Sebenarnya....ayat saya belum habis lagi....dalam proses nak mengedit posting saya - what I mean is saya takkan undi lagi parti U_MO :))
Lily Abdullah berkata…
"U_MO" the spelling correction is U_N0. I don't want to be in caged too :)))

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...