Hari ini, selepas Subuh awal-awal lagi saya sudah mula menjenguk blog Pak Kadir . Bagus topik Pak Kadir hari ini. Tentang bloggers juga...Saya langgar lagi larangan suami dan janji saya. Saya beri ulasan juga. Hah..hah..hah..isteri mithali lagi solehah konon. Saya sudah cuba...tapi seperti yang saya maklumkan sebelum ini rasa ingin tahu mengatasi segalanya. Harap-harap selepas ini, suami saya tidak akan mengugut untuk memberhentikan kabel internet kami :)). Tertanya-tanya juga kenapa kerajaan UMNO khasnya nampak sangat takut pada bloggers. Bukankah mereka ada media arus perdana yang sentisa memberikan publisiti yang cukup menguntungkan mereka? Tak faham saya....saya cuba untuk memahami....tapi masih tidak faham lagi apa yang tersirat & tersurat? Suami balik....saya kena berhenti..sebenarnya banyak lagi yang saya nak tulis walaupun bahasa saya tidak seindah bahasa Pak Kadir
Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan
Ulasan