Langkau ke kandungan utama

INI LAGI SATU CERITA........

Kadang -kala untuk membuatkan manusia sengal (pinjam perkataan Naha) faham apa yang kita inginkan kita tidak perlu karang ayat panjang berjela...hanya perlu buat sesuatu yang tidak pernah dibuat orang. Maka orang sengal ini pun fahamlah apa yang kita mahu. Malangnya ada juga yang masih sengal + bangang(maaf kasar sikit bahasa saya). Minggu lepas macam selalu saya balik kerja naik LRT. Saya demam,letih dan lapar. Seperti biasa saya kena berdiri. Sia-sia saja ada sign board "Tempat ini dikhaskan untuk OKU,wanita hamil & warga tua. Adakah anda prihatin?" Satu pembaziran. Macam tu lah lebih kurang bunyinya. Dalam bahasa bekas penjajah kita pun ada. Kalau-kalau mereka tidak lagi faham bahasa ibunda sendiri - maklum la semua nampak terpelajar. Saya tengok sahaja tempat duduk yang dikhaskan untuk saya. Ada warga emaskah? Tiada. Wanita hamil?Juga tiada...OKU tidak juga. Yang sedap-sedap duduk di tempat khas tersebut ialah sepasang kekasih yang asyik makhsyuk dilamun perasaan (akhirnya buang anak ditepi jalan..na'uzubillahiminzalik) dan seorang lelaki berbadan besar,sasa (tapi berjiwa kecil, kerana tidak nampak orang lemah yang perlukan pertolongan.). Itulah dia orang sengal yang Naha maksudkan. Dek kerana keletihan,terlampau geram dan marah - saya buang perasaan malu dan mula memprotes. Perlahan-lahan saya duduk atas lantai LRT. Tepat seperti yang Naha respond komen saya dalam blognya "Ragam manusia" .....kalau dah jenis sengal tu,kita buat macam mana pun tetap sengal juga. Nampak normal....tapi otak sengal. Semua orang dalam LRT tu pandang saya...takat pandang saja laa..(sebijik macam iklan dalam radio tu...setakat memandang sahaja). Akhirnya - ada juga yang prihatin,seorang wanita berbangsa Cina separuh umur memberikan saya tempat dudukmya. Dan bangsa saya..saudara seagama saya...bila nak berhenti menjadi sengal....saya faham kenapa mereka sengal...sebab mereka baca al Qur'an sewaktu adanya kematian kaum keluarga mereka sahaja atau ada barang mereka sayangi hilang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...