Hari ini seperti selalunya..rutin harian saya bermula seawal jam 5 am. Tapi pagi ini saya bercuti...hilang lagi pendapatan saya RM30 sehari..apa nak buat. Terpaksa bercuti untuk menduduki peperiksaan. Hari yang malang lagi...waktu pulang motorsikal suami rosak...maka tersangkutlah kami dekat Kampung Pandan. Sebelum ini saya tidak pernah naik bas..tiba-tiba hari ini terpaksa naik kenderaan Rapid KL tu....sakitnya hati saya...sepanjang jalan sehingga sekarang hati saya masih menyumpah-nyumpah pemandu bas yang bernombor pendaftaran WNP 6927(maaf kalau tersalah tengok...maklumlah tengah bengang) milik Rapid KL. Bas tersebut kami naiki dari Bukit Bintang ke Bangkok Bank kira-kira jam 5.22 pm. Wahai pemandu bas yang bangang & sengal..maafkan kami kerana kami betul-betul tidak tahu cara-cara menaiki bas.Kami sangka kad OKU kami sudah cukup untuk mendapatkan tambang separuh harga atau menaikinya secara percuma. Tidak bolehkah awak beritahu kami secara berhemah..tidak payahlah menenking-nengking kerana kami cuma ada sedikit masaalah pendengaran.Tidak perlu juga berhoi-hoi dengan kami - kerana kami juga ada gelaran encik,puan,adik,kakak dan sebagainya. Kucing di rumah kami pun ada nama dan kami tidak pernah berhoi-hoi dengan makhluk kesayangan sahabat Rasulullah S.A.W. itu. Kami pun ada maruah...malulah kami dimarah macam kanak-kanak. Wahai pihak pengurusan Rapid KL..saya rasa tiada guna anda semua menyediakan pengangkutan mesra OKU. Seelok-eloknya anda semua didiklah kakitangan anda cara-cara menghormati OKU terlebih dahulu. Saya sangka semua sudah berubah kerana perubahan zaman,teknologi maklumat dan sebagainya. Nampaknya sikap manusia tidak pernah berubah...Teringat kembali ketika saya berusia 16 tahun. Tersalah menaiki bas dan saya dihalau turun bas macam kucing kurap....ini lah realiti...saya kena menerima dengan tabah hati.
Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan
Ulasan
dh lama x naik bas, x da pengalaman, dulu2 adalah naik bas berhimpit2 waktu nk g keja, kna marah x penah, x pa lah...Sabar je lah ya...pengalaman tu, ada jga idea nk taip sesuatu kn, klu org tu marah Cik Lily hari ini, esok lusa org lain marah dia plk...harap tabah. Take k