Insiden begini mungkin tiada kaitan dengan adik-adik dan anak-anak zaman sekarang di mana ibubapa lebih bersikap terbuka dan maklumat diperolehi di hujung jari.
KAWAN MERAH.
Usianya ketika itu baru sebelas tahun. Kata emak dia sudah besar. Emak juga berpesan jangan lagi bermain ‘aci ligan’ atau ‘sorok-sorok’ dengan Azmi.
Dia angguk walaupun tidak faham.
Emak pesan, jangan dekat dengan mana-mana budak lelaki.
Jangan berlari-lari ke sawah kontang dan bermain layang-layang dengan Mohsein lagi.
Jangan itu dan jangan ini. Lama-lama dia naik bosan tahap gaban.
Dia tahu kenapa
Setiap bulan ‘kawan merah’nya datang. Dia benci kawan barunya itu.
Entah datang dari planet-planet mana.
Dia benci!
Sunguh-sunguh!
‘Kawan merah’ yang datang setiap purnama itu menyebabkan Mohsein dan Azmi cop dia sombong.
Dia sebenarnya lagi benci dengan dua ketul daging yang sedang membesar di atas dada.
Dan dia mengesyaki ada dua alien sedang membesar di dalam dadanya.
Suatu hari abah pulang kerja. Abah belikan dia buku yang bertajuk “Asas-asas Fardu ‘Ain”.
Dia baca dan dia mula memahami!
Ulasan
.
oh! lupa tak boleh gelak gitu gaya.
hihihihi..(ala2 gades swit macam yang ko ajar) :D