Langkau ke kandungan utama

Angin kering


Kawasan Utara kering. Musim timur kata orang Utara. Jika kamu berkulit manja macam aku, pasti kamu akan terkena penyakit kulit ,gatal-gatal dan kayap air.

Angin kering. Datang menerpa tanpa silu dan menampar-nampar mukanya. Muka aku dan wajah Khadijah. Wajah kami betiga yang semakin dimamah usia. Tubuh kami semakin naik bagai belon dipam-pam. Kala itu, kami duduk-duduk di pangkin. Bicara- bicara kosong. Sepi! Dan mulut kami, sesekali menguyah bubur ‘Asyurra.

Dan sepi yang sesungguhnya membunuh jiwa!

Sungguh!

Kering ! Gersang tanah hati yang membunuh jiwa. Dalam kesepian yang membunuh itu, kami melihat gumpalan rami kering ditolak puput angin ke sana ke mari seolah-olah menarikan kemurungan dan kebosanan kami.

Mungkin dengan rutin harian yang kami lalui atau dengan pasangan-pasangan kami.


Kami. Aku, dia dan Khadijah. Adalah perempuan-perempuan kebosanan dan antara kami Khadijah paling jarang merungut. Dia menerima apa saja seadanya. Kekasaran bahasa ditelan kunyah demi anak-anak. Antara kami, Teh paling malang menderita tampar terajang dan segala maki hamun suami.

Mungkin! Aku antara perempuan-perempuan yang tidak tahu mengenal untung.
Mungkin!

Tapi aku tidak lagi bisa bertahan dengan sindiran saudara sebelah dia dan jiran-jiran yang kepoci itu. " Bila lagi...orang yang kawin kemudian pun dah ada dua tiga"
Hoi! Bukan kehendak akulah bengong!

Aku letih!

Lelah! Melayan karenah dan soalan-solan bengong pada mereka gurauan kononnya!
“Positif beb!” ucap Khadijah. Masih dengan tawa senda tapi serius nadanya!
“Mak Long kau lebih beruntung dari aku” ucap Teh. Sebak nada suaranya.
Sesak dan sebak juga menyerbu ke setiap inci dan penjuru ruang hatiku.

Petang itu!
Kering ! Gersang tanah hati yang membunuh jiwa. Dalam kesepian yang membunuh itu, kami melihat gumpalan rami kering ditolak puput angin ke sana ke mari seolah-olah menarikan kemurungan dan kebosanan kami.

Hanya pada Tuhan, kami mahu mengadu!

Ps: Cerita tentang Teh tercatat di sini. Dan dia masih begitu. Tapi keadaannya lebih baik dari dahulu, sejak jantan keparat itu pergi kerana mendapat pekerjaan baru.

Ulasan

ckLah @xiiinam berkata…
Sakit hati aku yang membacanya...sakit lagi orang yang kena menghadap jiran-jiran kepoci itu....tabahkan jiwamu adikku...
DramaQueen berkata…
sebegitulah hidup ini.. kadang tidak terduga soklan2 bengong sperti itu menerjah hidup kerana mereka2 yg bengong itu cetek akalnya sehingga membuatkan bibir dengan sekejapan terlontar soklan bengong itu tanpa berfikir samada bakal meronyok hati yg mendapat tamparan soklan itu..

kak.. lama betul tak ada entri. rindu pada tulisan akak. terubat rindu dengan adanya entri akak. akak sehat ke? sy doa moga akak sihat n ceria selalu. amin.

take care!
slmt berhujung minggu.
hegira berkata…
ah kak. biarkan ajelah mereka berkatakata. Tuhan aje yang tahu perancangannya kan?

be strong, kay?
Pa'chik berkata…
hang carik ceramah ustaz kazim bagi dia dengaq weh... lam tu ada sebut, orang ada anak, tak semestinya lebih beruntung dari orang takdak anak, orang mati mak pak, tak semestinya lebih malang dari yang masih ada mak pak... orang yang dah kawen, tak semestinya lebih baik dari yang belum kawen... :P

pasal semua tu mai sekali ngan tanggung jawab... belum tentu kita mampu nak pikul beban itu...
tasekM berkata…
pakcik sgt betul.

aku teringat kisah lama. aku. seusia 10 tahun telah yatim. jgn cerita ranjau dan duri menempuh hidup. hanya yg merasai bisa memahami. namun. satu yg benar2 membuatkan aku berfikir ialah apabila melihat kehidupan kawan2 aku yg punya ibu dan ayah tetapi lebih daif dari aku. bukan satu atau dua. malah ramai.

ya. Dia lebih tahu. dan kita. sering tak puas dgn apa2 pun.

aku. aku lah.....


.
Cikgooden berkata…
panas ka kedah la nih?..bangi ujan derek..
Nizam.Ariff berkata…
anak adalah rezeki, atau mgkin juga ujian dariNya. pasangan juga anugerah, atau mgkin juga musibah. bende yg dah jadi dah mmg jadi dan dah berbentuk takdir tu. yg belum jadi lagi adalah untung nasib yg kita belum tahu. berdoalah, itu senjata mukminin/nat.
mugiwara berkata…
mulut orang susah nk tutup.
mulut tempayan boleh la...

ckp senang....kumat kamit bibir keluarkan suara saja...

kita bersabar...
tapi ada had~
Ck berkata…
biasalah kak .....orang sentiasa suka cari kelemahan kita .saya dah masak sgt dgn persoalan camtuh! dah 10tahun dah pun....huhuhu!!!
kak ja berkata…
Sabar WL.. makhluk2 kepochi tu tak cukup cerdik..

Teh sepatutnya dah lama kick the keparat out of her life.. Women are better off tanpa la*i yg mcm tu.. Kalau jantan mcm tu, tak berla*i pun tak pa..

Kja pun berkulit manja.. Gatal habis badan. Kena selalu sapu losyen..
sheikh teluk intan berkata…
Salam Puan Waterlily,

Setelah membaca entri ini, lama saya berfikir. Tapi hakikatnya, manusia ini sentiasa diuji oleh Allah supaya kita menjadi hamba tuhan yang tabah.

Akhirkata, terubat rindu saya membaca tulisan puan yang tersangat indah dan puitis bahasanya.

Salam Ukhwah dari saya.
Tanpa Nama berkata…
hairan ya?
kenapa perkara-perkara yang terang-terangan di tangan Tuhan itu yang perlu dipersoalkan?
soal jodoh dan rezeki misalnya?
apa mereka fikir kita manusia ada kuasa kah untuk mengawalnya?
haish!

sabar ya kak?kuatkan semangat.pedulikan saja kata-kata orang.
Amiene Rev berkata…
Udara yang kering,
bisa merubah hati kering.
Anonymous berkata…
Kadang-kadang

Angin Februari mampu menerbangkan luka-luka yang bersarang di celah-celah batang jerami yang kering dan menunggu masa terbakar oleh peritnya bahang matahari yang memancar dari langit tinggi terus ke bumi yang sudah terlalu tua untuk mendengar cerita-cerita yang sama berulang-ulangkali tanpa ada noktahnya.

Barangkali

angin itu sekadar singgah sebelum berlalu pergi
zizie ali berkata…
angin ialah udara yg bergerak. angin kering kerana kandungan H20 berada di paras minima.
13may berkata…
mulut org mana bleh ditutup akak...hehhe hehhe
kad0k. berkata…
salam,
kak..sy dulu pernah mendengar kepoci2 seperti itu...biarlah. mereka punya hak utk bersuara tapi hanya diatas sana sahaja yg tau apa yg terbaik utk kita. semoga terus tabah selalu.
addyaholix berkata…
kak,
sakitnya hati bila baca. biarlah kak, mulut tempayan boleh kita tutup, mulut orang apa yang mampu kita buat. biarlah. cuma kuatkan semangat dan dekatkan diri dengan Dia. sama-sama kita doa semuanya berjalan lancar.

untuk kak Teh,
tak perlu berkorban sedemikian rupa dengan alasan mahu hidup anak-anak sempurna. saya percaya kak seorang ibu yang baik. tapi jangan sampai menyeksa diri sendiri. kak juga manusia, bukan bola yang boleh ditendang diterajang sedemikian rupa. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kak. saya sendiri sebagai lelaki terasa malu bila ada lelaki sedemikian rupa.
Pa'chik berkata…
pail yang hang nak tu kan.... sila mencemar duli datang ke blog naaa...
Kay berkata…
WL,
be patient with what life throw at you, it meant that Allah love you. Dia hanya duga hambaNya yang dikasihi... dan Dia duga hambaNya mengikut kemampuan hambaNya...
(payung kertas itu sdg menanti anda dengan setia... hehehe)
Ungku Nor berkata…
things happen for a reason..

take care.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...