Langkau ke kandungan utama

Sekaki Payung Kertas



Kala langit muram dan meruntuhkan molekul-molekul H2O; di waktu dingin basah begini, ingatan pun menguakkan pintu ke zaman lalu.

Sekaki payung kertas dalam kenangan. Abah(allahyarham) sering-sering menggunakannya ketika berbasikal di waktu hujan.
Orang kampung juga menggunakannya ketika kehujanan. Atau mengiringi jenazah ke teratak sementara menunggu hari perhitungan.

Biarpun puluhan tahun berlalu, aromanya masih terbau-bau. Waktu itu ia cuma berwarna asli. Coklat kehitaman.

Wangi!!

Saya sering-sering menghidunya. Ketagihan. Umpama penghidu gam. Rasa mau dipatah-patahkan bilah-bilah rantingnya dan diratah-ratah.

Memang gila!

Kini.

Payung kertas berganti nylon. Walau bercorak cantik warna-warna, hilang seri tanpa aroma.
Katanya nylon tahan lebih lama!

Ulasan

SHIMI berkata…
Kak, sunguh nostalgiakan payung itu. Payung itu sering mengingatkan saya pada pusara mak dan abah
AbGJaS berkata…
Salam Water Lily,
Andainya abgjas diikat mata lalu disuruh menghidu dan meneka akan 'bau' payung kertas ini, pasti abgjas akan menekanya dgn tepat.

Bau payung kertas ini telah terakam utuh di minda walau kini tiada lagi bersua.

-post yg unik.
DramaQueen berkata…
Salam kak lily..

Masa sy baca, hidung ni mcm terhidu2 jerr bau payung tu.. simbolik la entri akak ni..

Teringat sy ketika mengiringi jenazah Almarhum adik lelaki sy..
4 tahun yg lalu terbawa dlm ingatan..
alfatihah..

:: selamat berhujung minggu ::
Pa'chik berkata…
payung daun nipah lagi klasik kot...

kak... ujan sekarang rasanya tak h2O mana dah... hehehe...
Kay berkata…
WL,

payung kertas itu mengimbau sejarah silam huhuhuu... mula nak nangis nih...

mungkin masih ada dijual di pasar seni kut... ingat nak simpan satu.
(sediakan payung sebelum hujan)
Lily Abdullah berkata…
Salam untuk semua.

Kay,
Nostalgia sangat payung klasik itu kan? Benar ada jual di CM? saya juga lepingin memiliki.:)

Chik,
Kat tempat aku takde pulak payung daun nipah.Rokok daun nipah aku tau.Masa kecik dulu, aku curi2 hisap tanpa tembakau. hehehe.

ps:betul cakap ko tu, hujan sekarang berasid. Tercemar sangat dah dunia akhir zaman ni.

Lucky,
Inagtkan,bila kak Lily buat posting takde yang nak komen. Rupanya kita berkongsi nostalgia yang sama.

Abang Jas,
Benar. Seolah-olah aroma itu sebati dalam diri. Terbau-bau aromanya dan segala kenangan ketika hujan :)

Shimi,
Al Fatihah untuk kedua ayahbonda kamu dan mereka yang mendahului kita. Moga dipayungi rahmat Allah swt. Ameen!

T/kasih.
ckLah @xiiinam berkata…
payung kertas yang harum kini hanya diguna di kuburan....



Kuburan orang kecil...
Chik chuMeLL berkata…
salam kenal kpd pemilik blog...

susah dah nk jupe payung kertas skrg ni..mungkin dikampung2 masih lg boleh didapati..tp dibandar2..emm..

nice blog..hope boleh berukar link...
Pa'chik berkata…
apa pulak takde payung daun nipah sana... buatannya sama je ngan ngan tupi orang pakai gi bendang tuh...
AieSha berkata…
isk. jahilnya saya. saya belum pernah jumpa payung tu lagi. isk.
DeeN berkata…
Tak pernah guna payung kertas. Tak tau camner rasanya. Huhukk...
Saya kalo hujan tak lebat sgt, main redah jer. Malas nak bawak payung. Hehe
A t i Q a h berkata…
Kalau saya rindu bau payung kertas ni, saya akan hidu bau duit kertas. Sama kak bau dia. Tak tipuu. Huhu.
ibundo berkata…
U ni peminat payung eh...
addyaholix berkata…
aku bila hujan tak pernah pakai payung.
aku bagi alasan, lelaki tak perlu payung, nanti nampak lembut semacam.
tapi persepsi aku dah mula berubah!

entri yang sangat menarik =)
Kay berkata…
WL,
payung kertas berwarna coklat bersalut bau varnish,
klasik dan memikat...
yang penuh dengan elemen nostalgia
itu ada diletakkan dlm blog saya so sesiapa yang belum pernah tengok singgah ler ke
http://cintaiallah.blogspot.com

well, "i love walking in the rain because no one knows i'm crying!"
hehehe..have a good day!
hegira berkata…
dulu saya ada payung kertas warna coklat. tapi terbiar lama dan semakin usang. dimakan masa.

dan jika dalam hujan berjalan berdua, temannya sekaki payung nilon kecil. tempias tempias tak terasa. ya. intim. cuma selepas itu baru tersedar sudah basah kuyup.

oh.
tasekM berkata…
lama betul tak tgk payung tu....


.
BuRuuj berkata…
sy pun suke payung kertas.uhu...
Nizam.Ariff berkata…
Payung kertas versi kulit kayu a.k.a payung chetiar, kalau baling kat biawak boleh mati woo...
Ungku Nor berkata…
masa gath dalam ujan aritu, mcm2 kaler payung ada kat tepi wakaf tu..hehe
benludin berkata…
aku suka pada bau payang kertas.yang pasti baunya tidak sama dgn bunga kertas
boe~ berkata…
mana nak cari payung kertas skrg ni ye... teringat zaman budak2 dulu
the loco's berkata…
salam..
saya baru di sini...

bila sebut pasal payung kertas ni mmg teringat arwah ayah...

al-fatihah...
AieSha berkata…
wahai kakak, terimalah anugerah dr saya. ;)
lunaticg berkata…
Salam...
di mana nak dapat payung kertas macam ni lagi yek? Masih ada orang buat ke? Ni pakai tangan nak buat kan?
kak ja berkata…
Sememangnya WL, one thing about payung kertas ni, bau dia tu... Bau yg kja rindukan sgt...
sherry berkata…
Salam

Sungguh indah bahasa puan
tersirat membisik kesan...
Tanpa Nama berkata…
wah cantiknya gambar payung-payung tu, payung2 tu tak silap saya, diimport dari China, mereka pembuat payung macam tu, yang terbesar pengeluarannya. Tapi memang benar, yang nylon, lebih mudah dibuat dari mesin, walaupun bukanlah lebih tahan.
Lily Abdullah berkata…
Dark,
Memang cantik :)

Sherry,
T/kasih dan salam kenal.

Kak Ja,
Saya juga rindukan baunya :)

Luna,
Entahlah. Rasanya sudah tiada.
Cari kat CM pun tak jumpa.

Aie,
T/kasih untuk anugerah itu. Akan diambil nanti. Mungkin payung sebegitu dah tiada sewaktu kamu membesar.

Capullate,
Salam kenal.AlFatihah. T/kasih kerana singgah ke sini.

Zambri,
Payung kertas sudah pupus agaknya.

Benludin,
Bunga kertas ada bau ke hahaha..

Encik Jones,
:D

Kak Ungku,
Huhuhu..sangat jeles saya tak boleh join. Ada sapa2 guna daun pisang tak?hahaha!

Nizam,
Berat weh!Baling orang pun kena-kena gaya boleh padam hahaha!

Buruj,
Baunya kan?ooo...sungguh klasik.

Tasik,
Payung Avon ade,cantik hape weh hahaha!

Alina,
Payung dan hujan mengundang sebegitu banyak kenangan

Ah! Andai waktu bisa kembali berputaran ke belakang.
Lily Abdullah berkata…
Kay,
Saya dah pergi cari kat CM. Tak jumpa.

Addy,
Baru ku tahu,kenapa lelaki tak gemar berpayung :)

Kak Pah,
Saya peminat macam-macam - payung,mug,key chain,buku etc.ect..hahaha!

Tiqah,
Duit kertas yang baru keluar dari bank,ada le iras-iras baunya.:)

Deen,
Ko memang brutal ye dik.:)

Chik,
ye..ye..aku ingat,tp orang kampung jarang pakai. depa guna topi cina tanam sayur.

Cik Lah,
Orang besar berpayung kuning agaknya.

Insan biasa,
Salam kenal dan biasa-biasakan diri :)

Terima kasih.
rudy bluehikari berkata…
memakai payung di jepun bagi sang lelaki adalah peruntuh ego lelaki malayssia. aku sudah buang malu berpayung. daripada basah dek hujan, kemudian demam selsema lebih baik aku melindungi badan dgn payung yang tersedia ada.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...