Langkau ke kandungan utama

Secebis catatan untuk Huriya Shiozaki Hiroko Kushimoto.




…….



Dan dalam sebegitu banyak peradaban, kamu telah memilih peradaban Melayu-Islam befokuskan Malaysia sebagai bahan tesismu.

Dan Tuhan telah memilihmu, untuk menerima hidayahNya.

Dan kamu bertemu Tuhan; Dialah yang Maha Esa;Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak juga diperanakkan. Dan tiada sesuatu pun yang setara denganNya.

Alhamdulillah!

Kita bertemu dan menyembah Tuhan yang sama.

Dan.

Ku pelajari sedikit sebanyak tentang budaya bangsamu.

Hari itu kita bertemu. Suamimu, Ahmad siap menghidangkan kami teh campuran madu.

Manis!

Walau tanpa occa bercampur gula!.
Indah!
Walau tiada kembang sakura!
Tanpa kuntuman ume!

Tiap kali kutatap wajahmu dan Ahmad, mengingatkan aku pada Kitakado san. Nampaknya begitu dia berminat dengan rumah Tuhan di Kobe.

Entah kenapa, aku tiba-tiba diusik rindu!
Moga ikatan ukhwah terjalin selamanya.
Kita bertemu kerana cinta Tuhan.
………



Tuhanku, agamaMu dan umatnya diinjak pijak di seluruh pelusuk dunia. Moga-moga ada harapan untuk esok. Moga-moga kami bukan lagi bangsa yang dipijak hina. Dan agamaMu tidak lagi dicerca-cerca.

Ameen!

Ulasan

A t i Q a h berkata…
syukur alhamdulillah. :)
ckLah @xiiinam berkata…
Syukr Tuhan menganugerahi hidayah buat Ahmad...
Tanpa Nama berkata…
kenangan dari catatan itu memang indah kak. Syukur kerana iamenui jalan yang sebenarnya
Kay berkata…
MasyaAllah.. so beautiful!!! thats what we called it hidayah from ALLAH SWT.
May ALLAH bless all of us.
addyaholix berkata…
Alhamdulillah kak.
moga kita semua dilandasan yang sepatutnya insyaallah!
Nizam.Ariff berkata…
Catatan kakak tulus dan mulus...terharu lagi kak.
Tanpa Nama berkata…
hidayah Allah itu tidak dapat dihalang walau oleh tembok apa pun, alhamdulillah. Ya, satu hari nanti, masa itu akan datang, dimana semua umat manusia mnyembah tuhan yang satu.
tasekM berkata…
yg sebelah tu darling kamu ke kak?

:)


.
sherry berkata…
Terima kasih tuhan
Atas anugerah persaudaraan
Termeterinya ikatan
Sehaluan bergandingan
Muga berkekalan dan berpanjangan
violet berkata…
rasa terharu dan kagum bercampur baur.

Alhamdulillah.
DeeN berkata…
Alhamdulillah.
Nama cute jer Ahmad berkain pelikat.
Tak siapa akan menduga, bila hidayah datang bertandang.
Irfan Jani berkata…
AllahuAkbar. Indahnya Hidayah dia. Dia di mana sekarang? Boleh utuskan maklumat ke emelku?
malay-tree berkata…
Water Lily terima kasih kerna selalu menjenguk ku dipondok usang.

aku beruzlah mencari kebenaran.


aku harus menulis tentang palestine.
Vishnu berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
ibundo berkata…
Tidak semua orang mendapat hidayahNya.
Artozy berkata…
keinsafan. dalam pelbagai bentuk. dan rupa. dan tulisan kau. adalah satu. antaranya.
Rajuna berkata…
paksa dia buat sushi!
hegira berkata…
alhamdulillah.

dan manisnya kamu berdua. :)
rudy bluehikari berkata…
salam omedetou kepada mereka berdua kerana menerima hadiah paling agung dalam hidup.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.