Langkau ke kandungan utama

Selamat tahun baru 2009

Semalam, hari-hari terakhir Disember saya mencari-cari pakaian sukan saya. Kasut,baju,trek sut semua sempurna. Serba ada.
.
.
.
.

Usai solat Subuh tahun baru (baharu), mata masih kuyu. Saya pakai semuanya kecuali kasut.
Dan saya zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

“Kata nak pergi berlari” dia.

Hampeh!

Ps: Makluman saiz baju saya dari M bertukar L. Dan saya risau.

Ha!ha!ha!

Ulasan

Ck berkata…
tak pe kak, berlari dalam mimmpi!!!muahahahaaaaa!!!!
DramaQueen berkata…
hahaha.. akak ni kelakar la...
kira ok la tu kak..sempat lagi mengenakan segala pakaian yg diazamkan untuk dipakai ketika berlari walaupun tak berlari.. janji 50% azam tu dah terlaksana.. kira pahala akak nak jog tu dah dapat la.. sket.. hehehehe...

tak pe ka.. sy ni lagi dasat.. dulu M..skarang XL.. lagi tensyen.. hehehe..

ceria selalu kak! Slmt tahun baru.
Mommy Aisy berkata…
hi Kak Lily!~

lama xsinggah n tnya kaba.
selamat tahun baru.

saya suka baca tulisan kakak, pendek padat dan penuh makna.

3P ----> pis!~
AieSha berkata…
biasa la. hari pertama tahun baru. awal lagi kan. ;P
ckLah @xiiinam berkata…
Baju itu mengecilkah?
Layla Haq berkata…
Berlari dalam mimpi, biar berpeluh.
Kita sama kelab. Kelab L.
Lan Bingka berkata…
niat tu dah ada..hehe. takpe, esok2 boleh lari..
boe~ berkata…
selamat tahun baru. salah silap harap diampun
Nizam.Ariff berkata…
Tak pe kak,
M= muat-muat,
L= longgar

Jadi, kak dah kurus sikit la, tu sebab dah longgar. Yang bahaya kalau XL, sebab tak longgar lagi dah. Hahaha
Kay berkata…
WL,
Salam kenal juga and be happy! (meh kita lari kat tasik shah alam nak?) hehehehe..biar bagaimana keadaan kita, kita tetap unik dan tanpa kita semua.. alam ini tidak sempurna muaaahhhhaaaa so memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa, gaya dan saiz.
tasekM berkata…
aku hr tu beli kasut jogging, baju, seluar bagai2.... sebulan je pakai. hahaha...


.
::MizzLina:: berkata…
please visit us where you can find authentic designer brands for sale at reasonable price. :)
addyaholix berkata…
itu hijrah juga namanya hahaha!
Rajuna berkata…
kata ayah pen.
kalau nk kurus cuma perlu niat. tak perlu lakukannya

faham?
hihi
Pa'chik berkata…
syukur la kerana itu tandanya kamu makan cukup... hehehe...
MOLY berkata…
happy new year kak lily !!
:)
Lily Abdullah berkata…
Lily lulu,
Happy New Year too.

Chik,
Dah terlebih makan ni hahaha!

Juna,
Banyak la ko punya niat hahaha!

Addy,
Hijrah yang tak menjadi :)

Beg tangan,
TQ.

Tasik,
Aku tengah bersemangat ni...

Kay,
Bukan apa risaukan penyakit :)
Shah Alam...woo,jauh tu.Berlari dari BBB ke SA nanti nangis Usin Bolt.

Nizam,
Betul, M=muat-muat sampai Pn
Khadijah(adik akak yang leser tu)dok perli-perli hahaha!

Encik Zambri,
Selamat tahun baru juga.:)

Lan,
Hari ni hujan, kansel lagi(alasan banyak) hahaha!

Bayan,
Moh kita pindah kelab M pulak. Kelab M? Woo..lain macam ja bunyi dia hahaha!

Cik Lah,
Ya..ya..salahkan baju hahaha!

aie,
Ada banyak hari lagi..tapi perancangan Tuhan siapa yang boleh pastikan :)

Fana,
Ohh..lamanya kamu hilang.Selamat kemabali.

Lucky,
Hahaha..salahkan mata,sape suruh ngantuk kan?

Emely,
Jangan ketawa..sok2 kak lily lari lagi(Dah masuk hari ke 3 ni, tak jalan2 lagi program.)hahaha!

Terima kasih.
kak ja berkata…
Saiz baju yg bertukar dari M ke L tu sebenarnya lambang kemakmuran, WL.. hahaha..

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...