Langkau ke kandungan utama

Enntah apa ceritanya






Sudah lama rasanya tidak menulis. Tumpul akal dan mati ilham rasanya. Nantinya, saya melalut yang bukan-bukan.
Dan...
Saya syak adik dia sudah membaca blog saya. Adik dia yang kacak itu. Saya rasa dia juga kacak. Dan jika bukan kami bukan sama-sama cerebral palsy, adakah dia akan memilih saya.

Adakah..saya selalu bertanya dan dia tidak pernah menjawab. Saya tertanya-tanya walau tiga musim hampir mendatang. Kami masih berdua.
ps: Tasik, kau beruntung kerana telah bertiga.











Ulasan

A t i Q a h berkata…
Oh. Adik hubby akak ye tu.
Em, akak pun bertiga juga. Dengan Coco. ;)
kak ja berkata…
Salam WL,kja yg cuma kenal WL melalui blog ni je pun terasa ada bnyk keistimewaannya pd WL ni.. inikan pulak sang suami yg sentiasa di sisi.. Dia bertuah dpt WL sbg isteri..Cerebral palsy atau tidak, itu tak penting.. Tuhan pun tak membeza2kan hambaNya berdasarkan kesempurnaan (atau kekurangan) fizikal..
Ungku Nor berkata…
mungkin awak lebih bahagia ditakdirkan berdua dari bertiga..berempat..dan seterusnya.

ingat, rahsia Tuhan tiada siapa yang mampu menafsirnya..
Cikgooden berkata…
WL...amboih haih. lama tul hang nak update noo..aku dok kluaq masuk kluaq masuk blog hang nak tunggu cerita raya.

ha ha ha...selamat hari raya kat hang ngan cik abang hang.

Biar berdua,daripada bersorang.
syukur....
Brader Black berkata…
Kak,
berdua lebih baik.
Rajuna berkata…
alahai
sabar ye kak
Artozy berkata…
beruntunglah kamu yang sentiasa dipayungi adipati cinta ;)
tasekM berkata…
ye kakak, aku ini memang kurang bersyukur dgn apa2 yg ada. benar. dan suka mengharap apa2 yang aku tak punya.. yang belum tentu ianya baik buat aku..

ppsstt... darling kamukah itu? ye... dia mmg kacak.





.
Pa'chik berkata…
anak sapa tu weh?
kad0k. berkata…
sabar kak...masanya akan tiba juga..insya-allah..

pstttt..selamat hari lebaran...:)
Lily Abdullah berkata…
Kadok,
Aku terima apa yang ada dik.:p


Chik,
Anak-anak buah dia.

Tasik,
Itu bukan abang Razak kamu. Yang tu adik dia..paling bongsu dan disayanginya. Tapi bila aku check balik gambar dia masa muda2 dulu ada iras-iras..hehe..kacak kan?

Artozy,
Ya..sangat bertuah :)

Juna,
Aku sabar..cuma kadang kala telinga aku bingit dengan pertanyaan "bila lagi?" sebagai contoh hahahah!

Adik kachak,
Berdua saling melengkapi.

cikgu,
Kawan2 macam hang yang buat aku tak sampai hati tak update. Aku update juga walau dengan cerita sampah sarap hahaha..

Kak Ungku,
Haa..betul tu..Tuhan bagi apa yang kita mampu saja,

ps: akak, ada resepi kek lapis dak?


Kak Ja,
terima kasih untuk pujian itu. Salam Aidilfitri untuk kak Ja dan keluarga juga.

Tiqah,
Ye...akak syak dia dah tau blog akak la..

ps:bertiga dengan si coco..hehehe..comey jugak. Masalahnya akak ja yang dok bercakap dengan dia..dia dok miau..miau..tak faham :P
The Purple Cat berkata…
Salam Raya, Ms Waterlily :)
rudy bluehikari berkata…
saya pun doakannn juga utk waterlily. amin!
Tanpa Nama berkata…
kak,

berdua lebih baik dari berseorangan :)

selamat hari raya, maaf zahir batin yer kak :)
artsoul berkata…
salam aidilfitri kak lily :)
Lily Abdullah berkata…
Salam Ed buat Art dan purple cat.

Kema
Berdua lebih baik. Tahun 35 baru dapat berdua..sangat mnghargainya.

Rudy san
terima kasih atas doa itu.
fusarium solani berkata…
Salam,
Kak Waterlilyku, biler lagi kita buleh berjumpa nie? Takde plan nak serang rumah kak ungku ker? Boleh Aliff ikut sekali!

Berdua pun ok aper?

p/s: Ya, wajah adik abang razak ada irasnya. Kacak juga dia.
Tanpa Nama berkata…
nak nyanyi kejap.

berduaaa denganmuu.
pasti lebih baikkk.
aku yakin itu....
Saya doakan moga-moga akak akan bertiga, berempat, malah bertujuh. Insya-Allah.
Lily Abdullah berkata…
Purp,
Terima kasih :)

Lina,
Sudah bertemu untuk berdua?

Aliff,
Kalau dia marah,tak kacak lansung hehe.. Jumpa?Bila free..akak bila pun boley..janji akak sihat ja.

tq
Luvvvvv berkata…
teringin nak kenal akak WL. singgah la blog saya

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...