Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...
Ulasan
Em, akak pun bertiga juga. Dengan Coco. ;)
ingat, rahsia Tuhan tiada siapa yang mampu menafsirnya..
ha ha ha...selamat hari raya kat hang ngan cik abang hang.
Biar berdua,daripada bersorang.
syukur....
berdua lebih baik.
sabar ye kak
ppsstt... darling kamukah itu? ye... dia mmg kacak.
.
pstttt..selamat hari lebaran...:)
Aku terima apa yang ada dik.:p
Chik,
Anak-anak buah dia.
Tasik,
Itu bukan abang Razak kamu. Yang tu adik dia..paling bongsu dan disayanginya. Tapi bila aku check balik gambar dia masa muda2 dulu ada iras-iras..hehe..kacak kan?
Artozy,
Ya..sangat bertuah :)
Juna,
Aku sabar..cuma kadang kala telinga aku bingit dengan pertanyaan "bila lagi?" sebagai contoh hahahah!
Adik kachak,
Berdua saling melengkapi.
cikgu,
Kawan2 macam hang yang buat aku tak sampai hati tak update. Aku update juga walau dengan cerita sampah sarap hahaha..
Kak Ungku,
Haa..betul tu..Tuhan bagi apa yang kita mampu saja,
ps: akak, ada resepi kek lapis dak?
Kak Ja,
terima kasih untuk pujian itu. Salam Aidilfitri untuk kak Ja dan keluarga juga.
Tiqah,
Ye...akak syak dia dah tau blog akak la..
ps:bertiga dengan si coco..hehehe..comey jugak. Masalahnya akak ja yang dok bercakap dengan dia..dia dok miau..miau..tak faham :P
berdua lebih baik dari berseorangan :)
selamat hari raya, maaf zahir batin yer kak :)
Kema
Berdua lebih baik. Tahun 35 baru dapat berdua..sangat mnghargainya.
Rudy san
terima kasih atas doa itu.
Kak Waterlilyku, biler lagi kita buleh berjumpa nie? Takde plan nak serang rumah kak ungku ker? Boleh Aliff ikut sekali!
Berdua pun ok aper?
p/s: Ya, wajah adik abang razak ada irasnya. Kacak juga dia.
berduaaa denganmuu.
pasti lebih baikkk.
aku yakin itu....
Terima kasih :)
Lina,
Sudah bertemu untuk berdua?
Aliff,
Kalau dia marah,tak kacak lansung hehe.. Jumpa?Bila free..akak bila pun boley..janji akak sihat ja.
tq