Langkau ke kandungan utama

Si kucing berkaki tiga tidak bernama

Jam satu enam minit pagi. Mata aku masih bugar. Coco temankan aku menaip entri. Dia comel. Terima kasih Tuhan; Engkau ciptakan untuk aku makhluk secomelnya. Jika tidak, pasti hidupku jadi bosan.

Dia masih comel walaupun sejak mutakhir ini sedikit garang dan ganas.
Dia masih comel walau selalu mengoyak-ngoyak kertas. Bikin sampah sarap teratak kami bertambah sepah

Dan

Dia masih comel walau habis alatan perabot rumah menjadi mangsa cakarannya. Malah kakiku juga kekadang jadi tempatnya melepaskan geram. Bercalar sana sini.

Dan di luar.

Ada seekor kucing yang sedang membesar dan tidak cukup sifat.

Subhanallah!

Tuhan cuma memberinya tiga kaki yang sempurna dan yang keempatnya tanpa telapak kaki dan jejari. Dia agak comel jika dijaga sempurna. Dan aku sudah tidak mampu menjaga untuk yang seekor lagi. Namun, makanan masih aku berikan setiap kali dia bertandang.

Kucing berkaki tidak sempurna itu amat tabah, Dia masih survive. Dua lagi saudaranya yang cukup sifat sudah lama tidak kelihatan.

Mungkin digilis kereta.
Atau mati kelaparan.
Atau sakit berterusan.
Mungkin mati didera kanak-kanak nakal.

Kanak-kanak nakal. Mula-mula eksprimen kamu adalah membunuh haiwan-haiwan kecil. Sedikit remaja kamu mungkin membunuh manusia lain.

Haih!

Keluarga nucleus. Di sini para-para ibu dan bapa-bapa kalut mencari sesuap rezeki. Anak-anak belajar tentang moral, agama dan segala mak nenek dari kaca TV. TV dan internet mengajar tentang moral. Tentang kemanusian. Juga tentang kesonsangan dan kebinatangan.

Khadijah selalu mengeluh padaku.

”Kak, bagaimana aku mau terangkan pada Along bahawa hubungan lelaki perempuan harus ada batas tertentu. Sedang di kaca TV, sinetron Indonesia hari-hari menayangkan anak-anak hingusan berunifom sekolah berpacaran.”

"Haih! Mana aku tahu. Aku jarang menonton kecuali CSI” kata aku. Lagi pula, aku belum punya anak-anak.

CSI pun boleh buat engkau bunuh orang kak!”Khadijah sambil membetulkan tudung labuhnya.

Kucing berkaki tidak sempurna itu mengiau-ngiau di luar rumah. Khayalan aku mati. Wajah Khadijah dan anak-anak hilang. Aku membuka pintu.

Kucing berkaki tidak sempurna masih mengiau-ngiau kelaparan.
Malam ini. Aku tak punya apa pun, kecuali lebihan makanan si Coco.

Kucing berkaki tidak sempurna.
Tuhan. dan para malaikat akan selalu menjaga kamu!

Kewujudan kamu, mengingatkan aku. Bahawa aku juga seperti kamu.
Mudah-mudahan Tuhan dan para malaikat juga akan menjaga aku.
Mengingatkan ketika aku lupa.

Ulasan

ras-adieza berkata…
kucing berkaki tiga harus terus tabah mengharungi liku-liku hidup demi memperjuangkan satu kehidupan yang bermakna tanpa merasa kelemahan diri sendiri....:)
Marjerin berkata…
ada orang berkata, kalau kita tolong kucing yg cacat. dia akan mendoakan kesejahteraan kita.

nice blog. salam ziarah
SHIMI berkata…
Setiap kejadian berlaku ada fungsi dan hikmahnya. Kita sekadar insan kecil yang mengerti apa-apa pun mengenai keagungan Ilahi.
Amiene Rev berkata…
Dulu saya pernah dua kali berjumpa kucing berkaki tiga...

sehingga moody and bad mood...

So.. so.. so.. sad.
Emi Farez berkata…
Setiapkali akak buat post saya sangat suka.. tapi saya tak tau nak komen macam mana.. biasanya saya akan komen dengan ayat2 klise.. hari ni pun saya akan komen dengan ayat2 klise saya "kak, saya kagum dengan akak, saya suka entry akak (walaupun saya buka kategori yang berseni), saya respect akak dan saya amat doakan akak semoga berjaya dalam dalam bidang penulisan suatu hari nanti" .. saya big fan akak...Whoah..
cakapaje berkata…
Salam WL,

Saja je beri komen ni: mungkin kucing kerkaki 3 itu bukan kucing? Manalah tahu kan, mungkin hamba Allah lain menjelma untuk melihat hatibudi manusia. Dan alhamdulillah, WL bertemu dengan dia...

ps. Saya called Muha pagi tadi, dan kedengaran suaranya gembira.
A t i Q a h berkata…
Coco garang pada siapa? Pada kucing kaki tiga itu? Kena ceramah sikit kat Coco tu kak. Ehehhe.
Ungku Nor berkata…
haihh..kalo dekat, memang akak amek je kucen tu bawak balik.

Sekarang ni asek gaduh je dengan si Guli. Dia makin poyo..hehehe
kad0k. berkata…
arghhh...kita kena sentiasa bersyukur..lihat saja pd si kaki tiga..dia besyukur seadanya walaupun didalam hati..dia sangat terseksa..betulkan?
Kucing tu pun tahu nak menghargai hidupnya. Tapi yang pelik manusia pulak yang ambil jalan mudah - Bunuh Diri!
Andainya manusia-manusia yang bermasalah melihat ketabahan seekor kucing berkaki tiga mungkin akan ada keinsafan dalam diri mereka.
boe~ berkata…
adatnya.. pengaruh media mmg kuat dlm membentuk jiwa dan pemikiran generasi baru. semoga kerajaan mendapat kesedaran hasil pendedahan idealogi, cara hidup, gaya hidup dan pemikiran barat ini. jgn setakat nk tapis org bercium je... bnyk lagi. contoh... skrip itu sendiri seperti seorang anak memberitahu ibunya mlm tadi dia telah ditiduri oleh brad pitt. dan kemudian ibunya mengucapkan 'congrate my girl'..
kalau hari2 kene suap dgn budaya mcm ni, kita mgkn akan jadi mcm ni nanti. masa tu org bukan fikir zina itu dosa, tapi ia adalah perkara yg menyeronokkan. mungkin skrg pun dah ada anak remaja yg berfikir brgitu??
Brader Black berkata…
err, stakat ni, cite CSI xde tunjuk lg siasatan forensik terhadap haiwan2 yang cacat didera @ dibunuh.

Kalau ada, camne la agaknye ek?
tasekM berkata…
memang kadang2 buntu utk mengajar anak kecil... aku mengajar MC seolah2 dia sudah berakal penuh.. ntah... aku tak tau cara terbaik.. namun dia mula nak memahaminya...

kak, kucingku beranak lagi... tambah lagi 7 ekor....
Pa'chik berkata…
kata ustaz, tibi tu, tok guru muka pat segi... orang gi dengar kuliah agama kat masjid, kita duk layan tok guru muka pat segi tu lah... kalau umah tebakor... tok guru tu dulu la yang selalu diselamatkan dulu... huhuhu...
AL-BIMA SAKTI berkata…
insaf... tanda kekuasaan/kebesaran Tuhan...
Dia 'mencipta' apa yg dinginkan...
Rajuna berkata…
tak tau nak berkata apa sedang saya bukan seorang moralis.

mungkin menjaga seekor kucing lebih mudah menjaga manusia yang mempunyai naluri dan hasrat.


takut pulak aku nak kawin dan ada anak!
t.a.t.a berkata…
saya jelak tgk tv kita skang ni. asek² cerita indon yg lebih byk -ve dari +ve nya. benci sungguh!! tapi sy lebih rela melayan CSI dari sinetron itu, lagi byk thrill nya.
violet berkata…
salam kak lily,

coco dah pandai tunjuk perasaan ke kak lily. ke dia jeles kak lily dok melayan kucing baru tu...hehe.

memberi haiwan mkn pun dpt pahala. yg penting ikhlas.
ckLah @xiiinam berkata…
kalau anak ckLahjumpa kucing berkaki tiga tu,pasti dibawa balik.Baru ni guru disiplin memberi amaran kpd Muhammad Nabil Emir..
"Jangan bagi kucing-kucing kat sekolah ni makan lagi. Kamu nak jadikan sekolah ni ladang menternak kucing ke?"

Rupanya,secara senyap Nabil membeli makanan kucing secara kilo,dan disorok dalam mejanya!
artsoul berkata…
ay bole imagine si coco kak lily ni..so cute..
Tanpa Nama berkata…
Pernah anak kucing PY menyorok dalam enjin kereta.. Sampai di highway, dia jatuh. Digilis kereta lain.

Seminggu PY tak lalu makan. Sedih yang teramat :-(
Lily Abdullah berkata…
Ying,
Oh..trajis sungguh kematiannya. Kalau Kak Lily juga begitu.

Art.
Dia comel. Tapi cuma baka tempatan.Kak Lily kutip tepi jalan.

Cik Lah,
Saya juga penternak kucing di sekolah dulu :)

Vee,
Kucing tu dah tak berani naik lagi. Dia buli haih!Nakal sungguh.

Tata,
Oh..samalah kita. CSI best kan:)

Juna,
Kak lily juga bukan moralis. Menulis sekadar luahan hati..

Al Bima,
Dia akan ciptakan apa yang diinginkan. Tiada yang mustahil bagiNya.

Cik,
Betul tu aku pernah nampak hahaha! Hari rumah jiran di kg aku terbakar. Benda tu diusungnya dulu.

Dik Tasik,
Memang. Lama-lama anak2 akan mengerti. Macam aku dulu,nakal juga. Bila dah berumur ni, akan lebih berhati-hati.

Adik kachak,
Tak cukup tangan puak CSI tu nanti. Manusia pun dah tak tersiasat dah dik oii!

Zamri,
Ya betul tu. Skrip juga perlu diteliti. Takut bila fikir betapa mencabarnya menjadi ibubapa dan pendidik hari ini.

Aishah,
Begitulah manusia. Tidak pernah merenung setiap kejadian Tuhan ada hikmah yang harus kita pelajari(termasuk saya yang lemah ini)

Kadok,
Tentulah sukar. Sayang ia tidak mampu mengeluh macam kita. Kalaulah kita boleh mendengar rintihan hatinya alangkah...

Kak Ungku,
Meh le ambik Bandar S*** dengan Bangi tak jauh. Skarang kucing tu tak naik dah. Si Coco asyik membuli. Poyo sungguh dia macam Guli juga ;p

Tiqah,
Ni nak bagi ceramah agama ke ceramah motivasi. Coco tak faham rasanya :P

Akhi Shah,
Yang saya ketemu itu bukan makhluk lain rasanya. Si kucing berkaki tiga itu lah.

ps: saya belum melawat Muha.Kak Raden pun belum. Diri sendiri pun kurang sihat.

Amine,
Memang sedih kan?Lebih-lebih lagi yang terbiar. Susah dia nak cari makan,tapi rezekinya tetap ada. :)

Shimi,
Ya. Betul tu. Tidak sia-sia setiap kejadian Tuhan.

Ibu Kumbang(panggil apa ya,nama sebenarnya)
T/kasih kerana selalu ke mari. Komenlah apa2 aja.:)

Majerin,
Setiap pertolongan,hatta menolong seekor anjing sekalipun akan mendapat ganjaranNya. Janji keikhlasan. Salm kenal.Nanti Kak WL melawat space kamu ya:)

Ras,
Ya. Begitulah seharusnya. Walau apa keadaan harus tabah. :)

T/kasih
puding roti berkata…
kesiannya...
kita pn ada ucen yg selalu dtg umah. kita bg mkn je. kdg2 je ajak nengok tibi sm2
Lily Abdullah berkata…
Aduh, adinda puding roti, entri akak yang lama pon kamu komen. :)

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc