Langkau ke kandungan utama

Jauh perjalanan....semoga kita bertemu Tuhan.

Rumah Allah yang indah(Masjid Kobe)

“Entri baru satu!” Aku mengarahkan otakku mengeluarkan apa-apa saja yang teruntun dalam sanubari.

Lagaknya bagai memesan teh tarik dari kedai uncle. Mamak tua yang wajahnya,bagai mau telan para pelanggan.

Tandus idea bukan sesuatu yang bagus untuk aku yang mau mencoret-corat sesuatu.

Aku bukan Tomoko san. Asal tension saja, terus api rokok dinyalakan. Berhubung puntung. Bersambung-sambung. Berkepul-kepul asap ditelan hembus

Tomoko san. Umur hampir lima puluhan. Dia, Kitakado san sama saja.
I never married. But I had someone special long time ago. And we lived together” Tomoko san bercerita pada aku.
I divorced” Kitakado san pun bercerita lara hatinya walau kami baru berkenalan.

Api rokok mereka dinyalakan. Berhubung puntung. Bersambung-sambung. Berkepul-kepul asap ditelan hembus.

Tonight let’s go to the bar” Kitakado san. Dalam bahasa Inggeris loghat BBC.

Bar?” Aku terlopong.

Oh, I ‘m very sorry. You don’t drink right?”

Aku angguk. Tapi akhirnya aku ikut dia ke shushi bar.

Sungguh!

Bukan seleraku. Terasa mau terburai isi perut menelan sotong mentah.

*************************************
Suatu hari, dia membawa aku ke Kobe.

Teruja sungguh dia melihat masjid itu. Kerana dia belum pernah masuk rumah Allah.

How impressed it was” Katanya menerusi email.

Hingga foto aku tengah bersolat pun diambilnya.

Haih!

Aku rindukan mereka. Tiba-tiba. Di malam-malam begini.

Doaku moga kamu bertemu hidayah. Bertemu Tuhan yang sama untuk kita taat dan patut titahnya perintahNya. Bukan Tuhan-tuhan buatan manusia maupun Tuhan manusia. Mudah-mudahan kamu ketemu hidayah. Seperti Huriyya Hiroko Kushimoto. Yang anggun berselubung labuh ke bawah paras dada.

Kadang kala aku terasa ‘ kecil’ apabila bertemunya.

Ulasan

Emi Farez berkata…
Salam Kak Waterlily,

Tamdus Idea? Walaupun baru menjadi daily blogger.. saya sudah start tandus idea...
Tanpa Nama berkata…
kak,
saya teringin mahu ke jepun :)
kad0k. berkata…
saya hanya mendengar cerita2 dari jepun..tidak berpeluang kesana..mereka kata..sana mahal2..betul kah?..tapi yg pasti..sy sangat suka sushi...:)

ermmm..sy sentiasa terasa kerdil...:(
boe~ berkata…
saya pun nak ikutt....
lily, gi sana buat ape?
jagoan berkata…
Saya ingat Abe tu orang Kelantan.

Rupanya ada jugak kat jepun ye.. :D



.
Brader Black berkata…
Sukoi!

eksotik sunggoh mesjid ittew.

kak, kalu sy mahu bermakwekan aweks jepun yg kawai, ade kah peratus kebarangkalian sy tinggi?

ha ha.
CRAZY BEAUTIFUL88 berkata…
salam lily,
kak rose dengar kat jepun tu best, kes jenayah pun kurang. ader member akak tu duk saner 4 tahun, susah nak carik kes kecurian katanyer.
WaterLily,
he..he.. nak bagitau saya dah linkkan blog lily di blog saya.
tasekM berkata…
aku makan sushi pun memilih-milih... kalau ada yg tak masak kt atas dia tu... mmg aku tak amik...

smlm mkn makanan jepun.. entah hape nama ntah... nasi, taugeh, ayam n sup... sup dia kak......... aku rasa nak termuntah...

maaflah jepun... aku sungguh tak jepun.. :)
kuchalana berkata…
Bila kita selalu ingat kepadaNYA.. kita akan nmpk diri kita sekecil2 mahluk.. DIA maha mendengar dan maha mengetahui.
Lily Abdullah berkata…
Salam.

Kuchalana,
Moga-moga kita teus mensyukuri nikmat iman dan Islam. Tiada nikmat yang lagi besar dari itu.

Dik Tasik,
Aku juga sungguh tak Jepun. Aku makan roti aja. Aiseh,terpaksa jadi omputih sebulan hahaha...

Aishah,
Linkkan je. Saya juga bercadang gitu :)T/kasih.

Kak Rose,
Saya tak biasa dengan makanannya. Yang friendly disabled tu,saya suka :)

Adik kachak,
Apa kata kamu mengorat Nelson Yuriko. Rasanya dia sekulit dengan kita. Yuriko Uno pun boleh(yang ni kamu kena belajar bahasa dia). Sepatah haram dia tak tau English hahaha).Dan yang lain tu, sudah sebaya mak kamu. Kamu nak?:p

A Tok.
Abe..ye kat akak kenal satu Abe. Koizumi Yuske. Nama glamer dia Abe hik!hik!

Oe,
Pergi belajar berteater. Sampai sekarang tak pandai juga.:)

Kadok,
Mahal woo...untuk bersarapan paling cikai mau ada 100y.
Kari ayam semangkuk dengan seketul ayam 1000y. Akak disponsor. Kalu tak mana nak cekau duit dik oii!

Dik Kema,
Laa, teringin juga.Kak Lily pun teringi nak pi lagi. Apa kata kita minta Pak lalala sponsor ahaks!

Ibu Kumbang,(nama betul apa ek?)
Kalau banyak idea akak update sejam sekali. Satu jam satu ayat hehehe...

T/kasih.
Rajuna berkata…
aku ada beberapa kenalan yang menuntut di sana
bila pulang ke sini
mereka jadi aneh
mengapa ya?
cakapaje berkata…
Salam WL,

Saya gemar sushi. Pesan Rasulullah s.a.w. agar kita jangan menghina makanan; kalau tak suka, tinggalkan sahaja dan jangan kata tak sedap ye :)
Tanpa Nama berkata…
Sushi sedap.. tapi kalau makan banyak sangat takut otak berulat.

Nauzubillah.


Nota tumit:

Teringin nak makan Kobe Beef. Dengar kata, sekilo mencecah 1K.
Amiene Rev berkata…
Jalanan di Kobe itu, di foto itu, seakan-akan kembarnya di Malaysia, tetapi, suhunya, bisa lebih sejukkan?
13may berkata…
saya pun tak leh nak telan sushi :D
t.a.t.a berkata…
kalau dah namanya tekak melayu, tekak jawa nasik jugak yg dicari nya kan.. hahaha dulu pun saya cuba juga tempura tapi kureng aa.. nak nasik jugak.. hehehhe
ckLah @xiiinam berkata…
Bestnya pgi Jepun. Puteri sulung ckLah sgt obses dengan Jepun. Apa saja tentang Jepun.Pgi MPH,tak sudah2 memborong kamus Jepun,CD artis Jepun,sejarah jepun,makann jepun yang..'yucks' tu..Nak bawa melawat Jepun,tk mampu..smoga dia dpt ke Jepun juga dgn usahanya sndiri satu hr nnti..
fusarium solani berkata…
Teringin benar nak ke Jepun. Mahu melihat pesta ukiran air batu sapphoro.
The Purple Cat berkata…
Salam, waterlily :-)

Its nice to know among the Japanese people, there are muslims, like your friend Huriyya Hiroko Kushimoto. I know there are people from the middle-east living in Japan. You can get halal slaughtered meats in Tokyo.
NoraHash berkata…
Sekali pandang pada wire dan tiang2 elektrik tu macam dekat negara kita je, rupa2nya kat negara maju pun masih ada lagi...tak lama lagi dah masuk bulan puasa...lagi2 le teringat kenangan2 manis di Jepun.
sinaganaga berkata…
Ayam halal boleh dibeli di masjid Kobe. :)
Lily Abdullah berkata…
Naga,
Mahal gila bang. Aku pokai masa tu.

Naha,
Masa dulu takde masa hendak menulis. Udah jadi kenangan baru indah untuk ditulis :)

Purple Cat,
Kat sana ada perempuan berskirt mini masuk masjid. Tempat tak boleh.

Mus,
Akak lagi-lagi la teringin. Tak puas rasanya :)

Cik Lah,
Sejak Tun M memperkenalkan dasar pandang ke Timur, saya jadi teruja dengan negara itu. Kagum dengan cara mereka bekerja. Mudah-mudahan tuan puteri Cik Lah tu akan sampai ke sana insyallah.

Tata,
Nama pun Melayu.

May,
Kalau hang jenis tak makan pulut, tak payah try :)

Amine,
Kak Lily pergi musim panas & hari itu sedikit hujan dan mendung.

Adik Ying,
Suka pulut kan?mesti suka sushi :p

Akhi Shah,
Terima kasih untuk nasihat yang berguna. Itulah, kita kadang2 tanpa sengaja...

Juna,
Aneh? Yang bagaimana? Diaorang rajin kerja ke atau jadi samurai? :P

Terima kasih.
tajudin berkata…
bertemu Tuhan itu suatu yang pasti. cuma bagaimana keadaannya, itu yang belum.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...