Langkau ke kandungan utama

Suatu petang....saya,dia dan sekeping coklat


Suatu petang.

Lelaki saya pulang. Belikan saya coklat. Jenama Cadbury. Manis. Saya tidak suka.

Tiga tahun serumah. Sekamar. Berkongsi bantal kadang-kadang. Dia masih tidak arif tentang kegemaran saya.

Saya suka kerepek kentang. Saya suka kentang putar. Saya suka jejari kentang yang bergoreng, sayur kentang dan segalanya tentang kentang.

Tapi bukan kulit kentang ya.:p

“Cubalah rasa. Sedap woo!” Dia cuba mempromosi. Promosi percuma. Saya mencebik. Buat-buat muka meluat. Memang saya meluat. Berkali saya beritau, dia masih buat-buat tidak tahu. Dia fikir, apa yang dia suka, mesti saya akan suka.

Petang itu.

Saya tarik muncung sedepa. Saya harap dia akan ke kedai semula. Belikan kerepek kentang saya.

Lama saya menunggu. Perut saya berkeriuk keroncong. Bukan keroncong untuk Ana. Keroncong kelaparan. Kebetulan petang itu hujan.

Saya buka peti sejuk kami. Cari jejari kentang untuk digoreng.

Alahai! Sudah habis.

Dia mengusik-ngusik. Menayang coklat pada saya. Berjenama Cadbury. Dengan harapan saya terliur dan sudi merasa.

Maaf ! Sikit pun saya tak ingin. Saya mau kerepek kentang juga.

Tapi, perut saya lapar. Saya cubit sedikit dan rasa.
Manis.
Lemak.
Lazat.

Huh! Enak juga. Atau rasa enak itu adalah disebabkan perut saya yang sedang kelaparan.

“Sedap kan?” Dia. Saya mencebik. Buat-buat muka meluat lagi. Malas hendak mengaku. Dia tersengih.
“Lain kali rasalah dulu” Dia. Pulangkan saya paku buah keras.

Petang itu.

Kami duduk bersama. Berkongsi sekeping coklat. Dan di luar, hujan semakin melebat.

Petang itu.

Manis sungguh!

Tapi!
Saya tetap tidak sukakan coklat.
Kerepek gentang juga yang saya mahu.

Nota kaki:
Imej curi dari wikipedia.
Tidak sempat ‘snap’ sendiri.

Ulasan

Emi Farez berkata…
salam kak W/lily,

Coklat tu habis sebelum sempat nak snap gambar.. saya suka white coklat..
Tanpa Nama berkata…
Tanam je kentang kat belakang rumah,kak.. ;-)
violet berkata…
merajuk ye kak lily ni...

bgtau kerap2 kt suami kesukaan kak lily. bila beli coklat, belilah produk kentang sekali.

*romantiknye menikmati coklat berdua sambil hujan diluar sana. mmg manis...
chinta berkata…
coklat tu pemberian romantik sebenarnye..
13may berkata…
saya pun tak suka coklat..hehhe
Brader Black berkata…
wah wah wah!

hujan+sharing cekelat=sangat schwet!

Romantik la tu.
kad0k. berkata…
mungkin kak wl x paham..lelaki kamu ingin beromantik dgn kamu...:p...kalau tidak manis..apa yg manis petang itu?...hahaha
tasekM berkata…
kak, aku kalau dah lapar, lempeng pun sodap....

abg tu nk beromantika tu kak...

:)
Saya suka cokelat & saya juga suka kentang.
he..he...dilain hari pujuk 'Dia' pulak makan kentang.
kuchalana berkata…
coklat bagus untuk penstabilan hormon..

ujan2 kene kopi o ngan goreng pisang baru feel.. kekeke

ole
cakapaje berkata…
Salam,

Sebagai jalan tengah, apa kata kita cuba buat cokelat kentang? goreng potato fingers kemdian tuangkan cokelat yang telah dimasak. Lepas tu, leh duk romantis kat serambi tu sambil menikmati kegemaran berdua :) Den nak buat takleh ler...takdak serambi dan kalu buat, keno tangkap! Naya no ;)
Tanpa Nama berkata…
oooo sooo suwiiitt..

ps. takpe. suatu hari kita ketemu juga.
Lily Abdullah berkata…
Salam,

Akhi Shah,
Lama tidak ke mari. Kentang coklat tak 'match' la akhi. Masin manis. Lain la strowberi coklat hiks!:p

Kuchalana,
Goreng pisang pun ada. Kerepek kentang yang tak ada.

p/s: Mana pergi link 'Music Phamacy' tu. Blog tu dah delete ek?

Aishah,
Dia makan serba-serbi. Permaisuri dia yang suka memilih-milih. Nasib dialah dapat yang cerewet.:p

Dik Tasik,
Jangan ko sebut bab lempang. Menitik air liur teringat lempeng pisang emak.

p/s: Sekarang mak tak larat masak dah. Aku pulak tak pandai buat lempeng. :)

Kadok,Vee, Chinta dan Adik kachak,
Yang manis coklat itu la :)Romantik amendenya..pantang nampak coklat dia beli. Kak Lily takut dia kena kencing manis ja. Maklum la, perut dah ke depan.

May,
Suka kerepek kentang juga hang? Meh kak Lily belanja Mr.Potato :)

Adik Ying,
Tengah fikir ni, kentang boleh tanam hidroponic ke? hiks!

Ibu Kumbang,
Ya betul tu. Dia kalau jumpa coklat tak hingat dunia :p

Alina,
Yes, harapnya begitu jua.Panjang umur ketemu jua.

T/kasih.
Pa'chik berkata…
tak suka cekelat... walau manis.. tetap gak pahit... hahah...

kalau eskrim pun aku lagi suka banila...
Rajuna berkata…
apa signifikan perempuan suka kan coklat pun aku tak kaji. tapi kak lily best. tak tipikal. kerepek kentang memang sedap. dah cubi kerepek ubi? baru la citarasa tempatan. haha
kak ja berkata…
Salam WL,
"Berkali saya beritau, dia masih buat-buat tidak tahu. Dia fikir, apa yang dia suka, mesti saya akan suka." Don't worry WL, ur husband is just being normal..Mcm kja selalu kata pd 'lelakiku' yg dah 20 thn berkongsi bantal walau berlainan mimpi, tp masih tak fhm2, "u cannot force ur likes and dislikes on other people"..

WL sama mcm kja, kja pun tak suka chocolates, kecuali kit kat yg kja selalu crave esp bila nak dpt migraine..
fusarium solani berkata…
Salam,
he!he! abang razak punya kegemaran sama macam sayalah! Tak yah merajuk, nanti kalau kiter jumpa lagi, Aliff belikan apa-apa jenis kentang akak nak ok?

p/s:selalu jadi silence reader kat sini....
t.a.t.a berkata…
Antara kentang dan coklat, saya lebih suka kentang. shedap la..
Tok Rimau berkata…
Saya suka cokelat yang tidak manis.
AL-BIMA SAKTI berkata…
akhirnya kau...
tergoda juga dgn benda manis
membuatkan kau lemas dlm gerimis
boleh meraung dan menangis
terkena terkencing manis...
Lily Abdullah berkata…
Salam,

Al Bima,
Ada beza antara 'tergoda' dan suka.
Kerepek kentang juga yang kupilih.:p

Tok R,
Ada ke coklat yang tak manis hehehe..

Mus,
Belanja la cik abang akak makn coklat sama ya.

Kak Ja,
Nampaknya saya tidaklah keseorangan :)

Juna,
Jerepek ubi kayu lagi sedap weh!

Tata,
Yay, kita kroni kentang :)

Cik,
Ais kerim vanila aku suka. Tapi ais kerim coklat tak sedap lor...

T/kasih.
A t i Q a h berkata…
Kak Lily suka betul kat kentang eh. Nanti saya cipta coklat perisa kentang la. Ehehe.
SATIRA + KACAU berkata…
Saudari Lily: Saya suka membaca kisah ini. Kalau "diurus selia" dan disusun atur" dengan baik, bukan mustahil boleh menjadi satu bab dari sebuah novel, bukankah?

Saya suka membaca karya yang ditulis dengan hati dan kejujuran sendiri. Tentunya juga dengan hati dan ego yang tidak melambung.

Erm. Sesuatu yang terasa teduh.

Sekadar saran.

Satira + Kacau
Lily Abdullah berkata…
Tiqah,
Pasti tak sedap punyalah hehe..

Sdra Satira,
Terima kasih di atas saranan. Saya ingin sekali mencuba. Tapi sedang bertatih...

T/kasih.
Dare To Dream berkata…
ni first time saye bace blog akak.
sangat sweet.
sangat simple.
neway, saya memahami perasaan tak suka coklat tu.sebab saya pun tak suke.
Lily Abdullah berkata…
Tassy,
Terima kasih kerana pertama kali membaca &meninggalkan jejak.
Salam kenal :)
Amalina berkata…
Salam,
alahai comeinye akak dgn hubby, hihi.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...