Langkau ke kandungan utama

Zaza

I.
Zaza
Kompas etika
Cuma tunjukkan aku dan kamu
Yang benar
Yang salah
Mungkin kita benarkan kesalahan
Untuk kepentingan yang sesuatu
Atau kita salahkan kebenaran
Demi nafsu rakus yang berbondongan

II.
Zaza
Kompas agama
Cuma memandu kita
Lorong ke syurga
Simpang ke neraka
Mana satu pilihan kamu
Tepuk dada
Soal imanmu
Soal akalmu
Berdebatlah dengan diri semaumu.

III.
Zaza
Kompas moral
Cuma memberi kau dan aku
dua pilihan
Harus pilih dosa
Atau pahala

IV.
Zaza!
Seharusnya kau layak mengerti
Kompas hanya alatan penentu arah
Kita harus pilih lorong sendiri.
Mau ke mana kita
Ke syurga
Atau pilih sedikit nereka dunia
Untuk ke syurga abadi kekal

V.
Kita bukan jarum kompas Zaza
Terpulang kita mau mengikut
Kiblat yang hakiki.
Atau menyonsang jalan
Dan sesat dalam cahaya


Kamu bagaimana?
Masih mencari cinta gelendangan?

Dan
Malam ini Zaza
Mari kita selusuri
Kaki lima yang sedikit basah
Licin, dan sesak.
Mencari syurga dan keampunan
Yang masih samar


Nota kaki:
Zaza temanku sedang mencari seorang ayah kepada bayi yang dikandungnya secara tidak sah. Kami sama-sama gadis mentah waktu itu dan aku kesal kerana tidak membantunya mencari jalan pulang.

Ulasan

SHIMI berkata…
Tidak semua perjalanan hidup kita indah.
Ck berkata…
puisi yg indah
Rajuna berkata…
cinta perlu tanggungjawab
cinta perlu komitment
walau apa pegangan sekalipun
perhubungan di luar tanggung jawab
tetap aku tentang habis-habisan.

sehingga kini,
walau sehensem mana pun aku
aku malas bercinta
sebab tak pandai
belanja orang.

tak bertanggungjawab kan?
Kehidupan kita ada pahit dan manis
Yang pahit ada ubatnya
Yang manis ada racunnya.
- Puisi untuk Zaza mengingatkan saya tentang teman di Utara yang hilang tanpa berita...
boe~ berkata…
benda dah jadi. bertaubatlah..
Lily Abdullah berkata…
Salam

Zamri(Oe),
Mudah-mudah Zaza ketemu jalan pulang. Entahlah, sudah 20 tahun terputus hubngan dengannya.

Juna,
Belanjakan wangmu pada yang berhak(ibu ayah @ isteri dan anak2 misalnya). Jangan terlalu berhabis-habisan untuk seorang perempuan yang belum tentu jadi hakmu. Jangan pula terlalu kedekut bersederhana dik:)

Aishah,
Zaza telah lama hilang. Kali terakhir saya dengar dia berkahwin dengan lelaki yang membantunya membuang kandungan haramnya itu. Walau saya melarang, dia enggan mendengar. Sedih sungguh melihat seorang teman hilang arah sebegitu.

ELmi,
Teima kasih kerana tidak jemu ke sini :)

Shimi,
Betul tu. Perjalanan hidup Zaza agak tragis. Dia lahir dari keluarga berantakan.

T/kasih semua(yang membaca dalam diam juga)
tasekM berkata…
aku suka kak lily yg ini.. berpuisi indah bermadah...

zaza... kamu diperkosa?... atau...?
Lily Abdullah berkata…
Dik Tasik,
Zaza waktu itu umurnya 17. Dari segi hukum Tuhan bukan perkosaan. Ketika aku sibuk dengan buku-buku sekolah dan kerja rumah, dia melepak-lepak di shopping complex.

Haih! Zaza tidak mau pulang. Walau berkali aku mengajak.
Jie berkata…
Moga masih ada kesempatan untuk pulang...Insya Allah
Brader Black berkata…
Berjiwa!

Pengalaman hidup bnyk mengajar, kan kak?
13may berkata…
harap Zaza baik baik belaka...

kita semua hanya manusia yang lemah...mesti ada buat silap..

salam akak :)
Suka Bebel berkata…
kompas menunjukkan arah. cuma kena pilih kompas yang menunjuk arah yang betul. slamat kenal waterlily
Pa'chik berkata…
sekarang lagi berlambak-lambak kes gi ni.. huhuhu...
Marjerin berkata…
nice one.

salam ziarah..:)
ckLah @xiiinam berkata…
Baru 3 bulan ckLah posting sbg sorg guru,ckLah terkedu apabila seorang murid ting 5 melahirkan anak tanpa nikah...5 minit saja proses melahirkan berbanding ckLah 6 jam melahirkan anak sulung.Dia dibuang sekolah...
15 tahun berlalu...
Dia datang lagi ke sekolah ckLah mendaftarkan anak kembarnya pula di sini...
Dia tegur ckLah Antaranya...
Dia : Anak ckgu berapa orang?
ckLah : 4 je.
Dia : Hiii...saya menang..saya
beranak 4 kali,tapi anak 5..
sambil menunjuk kembarnya...
ckLah: (Engkau memang pandai
beranak...)
Dan sekarang,anak kembarnya antara hard-core di sekolah yg ckLah perlu didik..
Dan sekarang,dia rupanya masih belum insaf...baru ditangkap k*****t dengan suami orang. masyaAllah..
Tanpa Nama berkata…
Alahai Zaza.. tidak adakah tangan yang mampu menarikmu keluar dari lembah itu.
Lily Abdullah berkata…
Ying
Zaza enggan pulang(waktu itu). Bukan keluarganya enggan membantu, tapi sendiri memilih jalan begitu.

Cik Lah,
Tuhan memberi orang telanjur itu sedikit kemudahan mungkin kerana Tuhan masih sayang dan mau dia bertaubat. Tapi peluang yang Tuhan beri,tidak digunakan sebaiknya.

Marjerin,
Salam kenal.Terima kasih kerana menziarah :)

Chik,
Zaman aku remaja, itu adalah kes terpencil. Sekarang dah merebak macam virus. Inilah akibat kita pindakan hukum Tuhan.


SB,
Salam kenal. Kompas agama semua tunjuk arah yang betul,tapi ia tidak memaksa kita mengikutnya. Kita perlu pilih mana arah yang ditunjuknya.

May,
Mudah-mudahan dia insaf.

Adik kachak,
Pengalaman orang lain boleh jadi pengajaran untuk kita.

Kak Jie,
Ya.Moga2 masih ada jalan kembali...

T/kasih

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam