Langkau ke kandungan utama

Yaya si kupu-kupu

Yaya.

Bagai seekor kupu-kupu. Dia bukan rama-rama. Dia sedar dirinya. Dia hanya kupu-kupu. Kehadirannya saban waktu. Disambut nista dan sumpah seranah.

Ahhh!
Kejamnya dunia yang menjadikan dirinya seorang pendendam.

Dia yatim.

Yaya hodoh!
Yaya buruk!
Yaya cacat!
Yaya bawa penyakit dan kesialan.

Pendekata, tiada yang manis indah tentang Yaya

Semua hodoh
Semua buruk
Semua cacat
Segalanya penuh kesialan.

Dan

Manusia sekeliling termasuk saudara sedarah pun jijik melihat Yaya.

“Jangan kamu lalu belakang Kak Ina, Yaya. Nanti kenan engkau”. Marah Tok Teh. Ketika itu Kak Ina hamil masuk bulan keempat.

Kak Ina merenungnya. Jijik berdaki-daki dalam hati. Dia faham benar. Walau Kak Ina tidak mengucap sepatah kata pun.

Hancur hati Yaya. Berderai-derai bagai cermin retak jatuh dari bumbung bangunan bertingkat lima belas. Waktu itu umur Yaya masih budak. Masih mentah. Tapi hatinya tetap mengerti. Mengerti amat. Dia dibenci. Kehadirannya tidak pernah disenangi. Tok Teh bukan orang lain. Tok Teh adalah ibu kepada allahyarham ayahnya. Tok Teh sembahyang lima waktu tidak tinggal. Seminggu sekali, ke pondok Haji Din dengar orang baca kitab. Entah apa yang dia dengar, lain pulak praktikal melayan si yatim.

Hancur hatinya!
Tidak berbaki sedikit pun!
Tidak berkeping-keping. Malah berdebu-debu.
Debu-debu hatinya berterbangan dibawa angin.

Jika luka hatinya dapat dilihat mata kasar; nescahaya akan terperciklah darah di sana sini. Molekulnya berserakan di mana-mana.

Yaya.

Bagai seekor kupu-kupu. Dia bukan rama-rama. Dia tahu dirinya Dia hanya kupu-kupu. Kehadirannya saban waktu. Disambut nista dan sumpah seranah.

Dia yatim.

Yaya hodoh!
Yaya buruk!
Yaya cacat!
Yaya bawa penyakit dan kesialan.

Budak-budak bersorak-sorak, termasuk saudara-saudara sepupunya sendiri.

Pendekata, tiada yang indah-indah tentang Yaya.

“Yaya, biar orang benci kamu. Jangan kamu dibenci Tuhan” Kata Long Minah bersaudara sepupu dengan allahyarham ayahnya.

Yaya tersenyum. Luhur dan jujur. Mengangguk-angguk faham. Namun hatinya sudah lebur. Dek nista-nista manusia.

“Mereka yang benci kamu, sama juga mereka benci ciptaan Tuhan. Tuhan marah orang yang menghina dan benci kejadiaanNya” sambung Ustaz Din, suami Long Minah sambil mengusap-ngusap kepalanya. Yang berkuping dengan kudis buta.

Hanya Long Din dan Long Minah tempat dia menumpang manja. Selepas dia menjadi yatim, ibunya berkahwin semula dan sibuk dengan suami dan anak-anak barunya.

Yaya menggaru-garu kepalanya.
Gatal sangat.
Nanah meleleh-leleh.
Darah melekit-lekit
Hanyir menusuk hidung.
Lalat menghurung-hurung.

Yaya.

Hanya seekor kupu-kupu. Dia bukan rama-rama. Dia tahu dirinya. Dia hanya kupu-kupu. Kehadirannya saban waktu. Sering disambut nista dan sumpah seranah.

Dia yatim.

Yaya hodoh!
Yaya buruk!
Yaya cacat!
Yaya bawa penyakit dan kesialan.

Budak-budak bersorak-sorak, termasuk saudara-saudara sepupunya.

Berbelas tahun berlalu sudah. Waktu getir pun bersilih tukar. Long Minah, Ustaz Din dan Tok Teh semua sudah dijemput Tuhan. Ibunya sudah uzur.

Kak Ina sudah hampir lima puluhan. Anak yang dikandungnya dulu sudah berusia sembilan belas tahun. Kacak segak macam Abang Halim suaminya. Dia tidak kenan kamu Yaya.

Cuma ada satu kurang enak tentang anak itu. Dia kini penghuni pusat serenti. Sejak umur empat belas masuk keluar bersilih ganti. Setiap hari buat Kak Ina makan hati. Mencuri, menjerit dan hampir mencekik mati ibu sendiri. Jauh di sudut hati, Kak Ina ingat kekejamannya pada Yaya. Yaya dilibas sesuka hati dengan lidi nyiur hanya kerana tertumpahkan air minuman. Penyesalan kemudian tiada gunanya. Selalu-selalunya begitulah manusia.

Yaya.
Pulanglah! Maafkan mereka.
Berbelas tahun waktu yang agak panjang. Terlalu panjang
Harap lukamu terubat sudah.

Tidak aman mereka yang di dalam kubur.
Juga yang di atas bumi Tuhan.
Tanpa kemaafanmu.

Pulanglah Yaya
Maafkan mereka yang menyalahimu
Maafkan dirimu sendiri.

Kau tidak lagi yatim

Tidak lagi buruk. Tidak lagi jijik
Kekurangan fizikal bukan kecacatan.

Tanggalkan saja pakaian dendam itu.
Tanggalkan saja Yaya. Usah fikir lagi.

Pulanglah! Percayalah! Tiada kurangnya kamu.

Selain hatimu yang berparut itu.

Nota kaki:
Yaya bukan siapa-siapa. Dia mungkin kita; anak-anak kita, kamu, saya dan anda.

Ulasan

Emi Farez berkata…
Hai Kak Waterlily,

Speechless... tertusuk jiwa ni
kak ja berkata…
Salam WL,

Ada masanya kita harus bersedia memaafkan supaya langkah ke arah masa depan akan bisa kita atur dgn lbh kemas dan tersusun, kan? Cuma masaalahnya, forgiving and forgetting cannot happen at the same time..Beri diri kita masa, selama mana yg diperlukan..hopefully not too long...
Brader Black berkata…
Sekali terluka,
tetap akan berbekas sampai bila2.

Tapi tu la, tipikal betol org2 kita ni.
Ilmu dunia akhirat tip top, tp praktikal jd lain.
tasekM berkata…
kita semua serupa... tiada kasta di sisi Dia...

Yaya, kamu tetap istimewa...
kad0k. berkata…
yaya..kamu sgt tabah...tapi rajuk itu tidak kemana...manusia sentiasa melakukan kesilapan..maafkan mereka..
Tanpa Nama berkata…
Tajam sentuhan Marianie hari ini... sejenak terduduk memikir apakah ada sifat Mak Minah dalam diri ini... Na'uzubillah...

Terima kasih sis.
Tanpa Nama berkata…
Eh.. mak Minah pulak... kak Ina la...
t.a.t.a berkata…
Setiap yg ada kat bumi ni dah Dia sediakan kelebihan dan kekurangan nya, kita kena terima dgn redha dan ikhlas.

yaya, teguh la jiwamu menempuh hidup ini.
Hasrul Halid berkata…
Kupu-kupu pun makhluk tuhan. Kupu-kupu pun penghias alam.

Dari mana kita datang tak penting, yang pentingnya kemana kita akan pergi.

(lama tak singgah sini, pun baru habis assignment.. hehehe)
Pa'chik berkata…
kesian yaya... tokteh jahat macam amnu...


err... kat kampung ni, dulu ada gak nama yaya.. tapi... dah mati.. aids.. dia isap dadah... taiko gila... sume benda jahat dia buat...
malay-tree berkata…
aku kembali singgah diteratak mu untuk menyampaikan: Assalamualaikum.


selalu2 lah singgah di pokok aku.


selamat malam.
Anonymous berkata…
sebelah mata untuk sebelah mata
(an eye for an eye)

kadang-kadang Tuhan tunjukkan balasan dan teladan sementara nafas masih belum hilang dan sementara tegak masih bertulang.

yaya..

bagai mentari.hadirnya setiap hari dan memancarkan nikmat dan berkat kepada seluruh insani dan duniawi.

berapa keratkah yang mendongak dan menadah tangan mensyukuri?

melainkan dengar bisik-bisik...'panas betul hari ini!'.

ironi..kan?
Tanpa Nama berkata…
err..

tahukah?? kupu2 tu sebenarnya yang cantik.

rama2 yang kebanyakannya berwarna coklat.

salah tafsir. :)

kan kupu2 terbang malam??
CRAZY BEAUTIFUL88 berkata…
sekali teluka, sampai bila-bila kita akan ingat
Sayunya baca entri ni.
-Adakah Manusia zaman sekarang semakin hilang Nilai Ehsan?
-Kesian Yaya. Hanya masa dan izin Allah swt yang bisa menyembuhkan luka dihati Yaya
Lily Abdullah berkata…
Salam.

Aishah,
Luka hai Yaya hampir sembuh. Cuma parut-parutnya tidak mau tanggal.

Beauty,
Ya, bukan sekali. Berkali-kali. Parut pun makin tebal.

Lina,
Ye ke?Nanti saya gugel imejnya :)

Po,
Orang cuma melihat Yaya dari sisi gelapnya.

Sebagaimana kita marahkan anjing,nyamok dan babi. Sedangkan itu juga makhluk Tuhan.

Pohon,
Walaikummusalam.
Aku selalu ke pokokmu. Melihat-lihat jika ada buaian untuk bermain-main di bawah rendangmu.

Kirimkan daun semambu untuk Yaya juga ya:p

Chik,
Jangan kau politikkan isu Yaya. Ini isu kemanusiaan :p.

p/s: Yaya, ayahnya mati kerana menagih. Dosa-dosa si ayah, maka anak yang menanggung.

Hasrul,
Kupu-kupu juga cantik, jika kita mau melihat sisi cantiknya.

p/s: Kak Lily dah 'merdeka'. Baru abih exam.Lega!

Tata,
Yaya tidak pernah pulang-pulang. Dia tabah. Cuma dendamnya yang tidak pernah padam.

Kak Raden,
Cerita ini nampak macam fiktif. Sebenarnya saya tulis berdasarkan kisah benar. Cuma wataknya saya ubah-ubah sikit :)

Mudah-mudah sifat kak Ina itu hapus dalam diri kita.

Kadok,
Suatu hari nanti Yaya pasti pulang. Doakan dia.

Tasik,
Di sisi Tuhan kita sama saja. Cuma manusia ang suka berkasta-kasta.

Adik kachak,
Begitulah orang kita. Berilmu, tapi tidak beramal.

Entah!

Kak Ja,
Betul tu, memaafkan tidak sama dengan melupakan.

Segalanya mengambil ruang dan masa.

Ibu kumbang,
Tersusuk di mana? Sdikit sebanyak mungkin ada antara kita yang melalui pengalaman seperti Yaya.

Nota kaki:
Yaya bukan siapa-siapa. Dia mungkin kita; anak-anak kita, kamu, saya dan anda.

T/kasih.
violet berkata…
salam kak lily.

Allah Maha Adil. Hanya Allah yg mampu memberi balasan ats setiap kelakuan manusia. baik atau sebaliknya. bersandarlah pada Dia.

tp hati manusia tak sama. ada yg mudah memaafkan, tapi tak mudah utk melupakan. kekal parut dihati. sampai mati!
ckLah @xiiinam berkata…
WaterLily,
Yaya mengingatkan kehidupan 'Lala'masa kecil.Pernah seorang ibu menarik kasar anaknya yang sedang asyik bermain dengan Lala...Lala kanak-kanak penuh kudis,dan perut buncit kecacingan....Tapi cikgu sayang Lala,sebab Lala sentiasa dapat no.1 dan Johan Tilawah plak tu!!
Lily Abdullah berkata…
Salam.

Vee,
Itulah hati manusia. Terlalu banyak penghinaan diterima, kadang kala ambil waktu untuk memaafkan. Melupakan pula adalah satu perkara yang berbeza.

Cik Lah,
Yaya juga sama macam Lala. Dia pintar,patuh dan taat. Kerana kepintaran dia berjaya keluar dari belenggu penghinaan. Sayangnya pintar dia, sukar merawat hatinya yang telah luka.
Amalina berkata…
Salam,
Kenan... yelah teruk betul kita di brain wash org tua2 dulu. Kadang2 tu mcm percaya tak percaya je dgn kenan. Haish... Ada ka...

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...