Sejak pulang dari kampung tempohari, tiba-tiba rutin harian saya menjadi tersangat padat. Padat kerana asyik melayan sakit. Deman menjadi rutin.
Tadi sore. Saya terasa sedikit sihat. Lalu, saya menghadap pc; konon-konon mau menulis entri.
Alahai!
Kontang idea. Lantas saya berhenti. Saya mula mengemas files dan folders lama. PC saya sudah slow macam siput. Dan saya temui puisi ini (jika bisa dipanggil puisi).
Saya rindu untuk menulis entri. Tapi tidak boleh menulis separa hati. Nanti hasilnya jadi buruk amat.
Tapi saya rindu untuk menulis entri.
***************************************
Nishiawaji
Suhumu menggelegak berbara
Hingga pagi tidak lagi dingin
Panas merentang hari
Nishiawaji
Maghrib tidak terasa Maghrib
Ramadhan tidak terasa hadir
Yang terhidu cuma bau hamis panas
Seakan mau menghangus iman.
Nishiawaji
Melalui lorong-lorongmu
Di waktu-waktu gelap tidak
terang pun bukan
Bau ikan rebus yang memualkan
Loya terpaksa aku tahan
Nishiawaji
Melalui lorong-lorongmu
Di malam-malam minggu
Saban kali ku temui
Pria dan para lelaki mabuk
terhoyang-hayang
Ada yang sudah terbaring di jalanan
Walhal baru jam sembilan
Nishiawaji
Melalui lorong-lorongmu
Terasa seakan diperhatikan
Hanya aku yang berselubung
di tengah gadis-gadis gebu
berskirt mini
seluar separa betis.
dengan rambut berwarna-warni
pelbagai gaya.
Ya Rabbi!!
Betapa aku terasa sunyi
Betapa aku terasa asing
dan kerdil
di sini.
Aku mahu pulang!
26/9/2007
Ogimachi Park
Ulasan
Get well soon sis:)
weh... lama sungguh tak up date blog nih.... selalu datang bg salam tp tak berjawab... :)
next maskara harap dapat jumpa kamu kak..
jgn lupa mkn ubat tauuu...
pengalaman berpuasa di tempat org.. semestinya syahdu mengingatkan kampung halaman.. huhu.. terasa kesepiannya..
:)
cam besh jek?
Hujan batu di negeri sendiri..
Hmm..ntah ape kaitan pepatah tu dgn entri ni tah....aku pun blank..tapi nak menyapa juga!
Cik Lah,
Betul sesangatlah tu. Blank juga? :p
Kja,
Boleh tulis yang hodoh2 je akak. Saja nak cuba-cuba :)
Juna,
Sebahagian kecil di bandaraya Osaka. Apa yang bestnya..gadis2 gebu ek? ahaks!
Akhi Shah,
Senyum ye? ;p
'Od,
Sepi sangat..rasa asing sungguh. Namanya pun bukan tanahair kita :)
Art,
Kadangkala sepi itu indah. Mengajar kita menilai apa yang dimiliki dan menghargainya.
Tata,
Akak okay alhamdulillah. Sihat la cara orang sakit :)( senyum pun boleh lagi hehehe)
Tasik,
Yep,kat Jepun la. Maskara? insyallah jika ada kelapangan :)
Ibu,
Terima kasih kerana tak jemu ke sini. Sokongan insan-insan seperti kamu buat kakak ini rasa terharu dan dihargai. Hingga jika akak tak update, rasa bersalah pula :)
Shimi,
"Blank" bagi seorang yang ingin menulis tidak indah. Terima kasih kerana selalu ke sini.
Liyana,
Yep..happy sangat dapat updated( w'pun dengan sebuah puisi entah apa2 hehehe)
Tiqah,
Tentulah rindu. Rindukan sushi bar dan kari ikan Innoe san ahaks!
p/s Masih dok ketawa teringat entri poligami dan origami kamu itu :)
T/kasih juga untuk yang baca diam2.