Langkau ke kandungan utama

Baru setahun jagong....

Terbaru kad ucapan dari Izz

Julai ini, genaplah setahun saya bergelar Water Lily. Kadang-kadang saya begitu yakin gembira dengan identiti baru saya. Lily, Kak Lily,WL dan juga Water( ini cuma gelaran dari guru tatabahasa saya, Tuan Sinaganaga). Kadang-kadang saya terlupa identiti nyata saya.

Tulisan saya pada permulaannya, buruk amat. Apa tidaknya. Saya fikir wadah blog cuma tempat untuk melepaskan geram dan marah. Awalnya, pengunjung juga tidak ramai. Hanya beberapa kerat. Boleh dibilang jari. Encik Pinter, Akhi Shah, Doc TA, Naha dan Purple Cat adalah antara pengunjung awal. Saya tidak tahu berapa ramai yang menjadi silent reader kerana waktu itu saya tidak pandai memasang segala mak nenek widget.

Kecuali Faizaini, adik botak saya dan abang Edee, tiada teman-teman yang saya kenali berblog. Saya rasa blog saya jarang dibaca oleh kenalan dan saudara-mara. Pengunjungnya majoriti adalah kenalan cyber saya.

Terima kasih atas segala sokongan. Saya akan terus menulis. Kerana saya menyukainya.

Menulis itu umpama oksigen yang dihirup. Jiwa saya seakan mati jika tidak melakukannya.

Alhamdulillah!

Banyak kenangan manis di sini. Laman saya belum pernah di hijack. Belum pernah ada komentar-komentar yang melukakan hati. Semoga ia kekal begitu. Sekiranya ada teguran yang membina, saya berlapang dada menerima.

Ketahuilah. Hidup saya di alam nyata tidak begitu indah. Hati saya penuh dengan parut-parut luka. Jadi, biarlah saya bergembira sebentar di sini.

Di sini.

Terlepas segala lelah, beban dan kekusutan yang melanda.

Izinkan saya bergembira di sini. Untuk sebentar cuma.

Dedikasi istimewa:


Para komentar
Yang tidak pernah jemu ke sini dan membaca dalam diam.



  1. Encik Pinter. Terima kasih kerana kamu tanpa sengaja mengajar kakak ini menulis secara kreatif dan fiktif.
  2. Tok Rimau. Terima kasih sudi menjemput saya menjadi penulis GT
  3. Encik Naga. Selalu buat saya ketawa-ketawa.
  4. Naha. Terima kasih atas budi baik. Semoga Allah swt memberikan ganjarannya
  5. Akhi Shah. Terima kasih atas kunjungan sampai ke rumah dan dedikasi lagu sempena ulangtahun saya di sini
  6. Tiqah. Cenderahati kamu masih ada.
  7. Izz Fantasi Diary. Terima kasih atas kiriman kad yang cantik itu.
  8. Abang Edee. Terima kasih kerana mengajar saya membuat blog.

Terima kasih.


Ulasan

kad0k. berkata…
walau apa pon kak wl..teruskan menulis..:)
Emi Farez berkata…
kak WL,

Semoga akak tidak hanya menulis disini.. semoga akak dapat mengembangkan lagi bakat akak.. Go akak Go..
Brader Black berkata…
Slamat Ulangtahun kak.

Tulis lg yg best2.

Klu org komen pon,
ape ade hal?
Ck berkata…
waterlily,
setiap hari saya akan ternanti2kan entry anda.teruskan menulis di blog ini dan kalau boleh saya juga ingin melihat anda menulis novel dan saya akan membelinya.
jagoan berkata…
Perjuangan belum selesai...

Setitik usaha setitik hasil ma...
shahril aley berkata…
selamat nyambut ulangtahun pertama blog water lily
semoga ia kana berterusan hingga ke akhir hayat ye...
wahhh lain macam plak ayat ni
tasekM berkata…
semoga kakak terus menulis... supaya saya boleh terus membaca.. :)
Unknown berkata…
selamat menulis..
Kemat berkata…
tahniah... teruskan usaha untuk menulis...

saya pun masih bertatih dalam dunia penulisan...
Unknown berkata…
selamat ulangtahun Water Lily...

Teruskan menulis...akak nak turut sma menyelami luahan hatimu dik...

Moga sentiasa dirahmati Allah.
ckLah @xiiinam berkata…
Masa itu,saya sakit.Saya mrayau2 di internet,pastu saya curi-curi baca blog keponakan saya,Tiqah,pastu saya terjumpa blog sicksadcity,pastu saya baca,pastu saya try buat blog. Jadi!Sebab tu saya ada blog!

**xiiinam751 bermula kerana waterlily!
nadzunix berkata…
Selamat Ulang Tahun akak WL ...

meminjam kata2


"Ketahuilah. Hidup saya di alam nyata tidak begitu indah. Hati saya penuh dengan parut-parut luka. Jadi, biarlah saya bergembira sebentar di sini."

itulah dia kan hakikat sebuah kehidupan..bila ada alam diantaranya memilukan hati mungkin ada secebis alam yang mampu memberikan kita senyuman ...

salams akak :)
Salamk Kak WL

Selamat Ulang Tahun Pertama. Saya ingin terus membaca cerita berjiwa dari insan yang bernama Waterlily.



Terima kasih kerana kamu tanpa sengaja mengajar kakak ini menulis secara kreatif dan fiktif.

Jawapan saya: Sama-sama. Saya bukan sesiapa. Cuma kebetulan barangkali.
Rajuna berkata…
bravo kak lily, bravo

biler ntah nak power macam kak lily.
huhu..
Jie berkata…
teruskan menulis, kakjie suka membacanya kerana kakjie memang lemah bab2 penulisan ...
saudagar gaRAM.. berkata…
teruskan..

bukan untuk mereka..
tapi untuk lu sendiri kot..



maybe satu tahun in,akan berbeza kalo lu tak menulis bermula dari tahun lepas kan?
boe~ berkata…
blog aku dihadiahkan oleh seseorg yg indah. dan aku menulis didlmnya... :)
. berkata…
tahniah.teruskan.
rudy bluehikari berkata…
wahhhhhhhhhhhhhhhhhh tahniah utk umur setahun! moga terus menulissss
Pa'chik berkata…
dah setahun ye???
bagos bagos...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
bila nak tulis citer antu lagi... hahah...
Tanpa Nama berkata…
Dah setahun ek? kalau baby dah nak pandai jalan.. Bestnya.

Selamat Ulang Tahun.

;-)
Lily Abdullah berkata…
Adik Ying,
Baby tak de hik!hik! Blog inilah galang gantinya :p

Chik,
Tak abih2 lagi crite antu? Tu bukan 'skill' aku la chik. Cerita sedih2 aku terror :p

Rudy san,
Terima kasih. Doakan saya ya :)

Neziee,oe & Juna,
Terima kasih.

Garam,
Kalau tak bermula tahun lalu, takde chance le mau tulis dalam GT kut hehehe..

Kak Jie,
Akak mahir bab2 widget. Banyak juga yang saya belajar dari tutorial akak, kecuali back up blog dan edit template(sampai sekarang saya dok blurr lagi :))

Purp,
Terima kasih sekali lagi untuk kamu. Kak WL bermula dari entri2 kamu yang berjiwa itu :)

Nad,
Selama ini kamu juga membaca dalam diam ya?

Cik Lah,
Ye ke? Oh, terharunya saya.

Kak Raden,
Macam akak, saya juga membaca laman akak dalam diam.

Encik Kemat, PG, Shahril & Tasik,
Terima kasih. Akan teruskan selagi termampu.

A Tok,
Aku mau belajar lagi dik. Cuma tunjukkan aku jalan...

Elmely,
Inilah kali pertama kamu tinggalkan jejak setelah sekian lama jadi pembaca diam. T/kasih. Semoga terus menyinggah di sini. :)

Adik kachak,
Jika kutukan itu berasas, aku sanggup terima dan belajar darinya.

Ibu kumbang,
Kaki masih terantai dengan belenggu kurang ilmu. Tapi harapnya, kakak itu masih boleh pergi jauh.

Kadok,
Terima kasih. Sejak kita berkenalan(di cyber space) kamu tak pernah jemu meninggalkan komen di sini.

ps: salam untuk kekasih kamu ya hehe..

T/kasih
Buwau98 berkata…
Hi
Happy first anniversary Water Lily
so'od berkata…
tahniah kak.. sori terlambat..:(

teruskan menulis!

salam :)
Lily Abdullah berkata…
Buwau,
T/kasih.

'Od,
Takpa,takpa...t/kasih ya. Doakan akak sihat okay.

Makasih.
t.a.t.a berkata…
hepi anniversary kak.. semoga akak sentiasa sihat dan sentiasa dipermudahkan oleh Nya segala urusan dunia dan akhirat akak, insyaAllah.
chinta berkata…
TAHNIAH dah setahun...teruskan menulis sbb sy suka blog akak nie..
Lily Abdullah berkata…
Chinta dan Tata(amboi nak sama bunyinya)

T/kasih. Doakan kak Lily sihat dan melimpah-limpah idea. :)

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam