Langkau ke kandungan utama

Seorang perempuan di dalam hujan

Bukan dia

Suatu hari ketika pulang dari sekolah. Gadis kecil itu kehujanan. Melalui lorong sempit celahan kebun getah.

Dia letih dan kebasahan. Perut kelaparan dan tubuh kurus kerdil menggigil kedinginan. Seawal pagi belum menjamah makan.

Tapi

Dia suka berjalan di dalam hujan. Kerana tiada siapa perasan dia sedang menangis kelaparan.

Puluhan tahun kemudian.

Suatu hari ketika pulang dari pekan. Si gadis remaja baru mengenal cinta. Menemui seorang teman istimewa dalam hidupnya. Bagai bulan jatuh ke ribaannya. Malang sang kekasih dilihat memimpin wanita sarat. Tangan kanannya mendukung anak comel seusia dua tahun.

Dan kebetulan hari itu hujan.

Dia pun terus meredah. Tanpa peduli basah.

Dia suka berjalan di dalam hujan. Kerana tiada siapa tahu dia sedang menangis kesedihan. Mangsa kemunafikan seorang lelaki. Atau mangsa kebodohan sendiri.

Hari itu.

Juga hujan. Dia di hospital. Menunggu lelaki tersayang dijemput Tuhan. Rasanya seakan mengiringi jenazah ke kuburan.

Dia berdiri keseorangan di dalam hujan. Persis orang hilang waras.

Dia suka berjalan di dalam hujan. Kerana tiada siapa ambil pusing dia sedang menangis kepayahan.

Hatinya rintih.

Pilu! Tapi bibirnya masih tersenyum. Senyum dalam payah

Tak siapa mendengar. Kecuali Tuhan dan dua malaikat.

Satu di kanannya.

Satu di kirinya.

Mencatat apa-apa saja.

Yang dosa
Yang pahala.

Bakal dibawa ke sana dan diadili.

Dia suka berjalan di dalam hujan. Hujan menyembunyikan segalanya tentang dia. Tentang lara hatinya. Tentang kotor hatinya. Tentang daki dalam akal fikirnya. Tentang betapa rendah imannya. Tentang betapa bebalnya dia.

Tapi hujan tidak membantunya. Untuk terus-menerus. Menyambung kemunafikan dalam diri.
Dan pada Tuhannya juga.

Ulasan

artsoul berkata…
adakah dia pasrah dgn apa yg berlaku?...
Desperado berkata…
SALAM ZIARAH PUAN...

Very nice blog...kalau i mintak you tulis script pun boleh nie...
Nice story telling though...
Izinkan saya link kan puan punya blog ke blog saya
Yana Ismail berkata…
hujan memang tidak akan membantu, diri sendiri yang harus mengubahnya?betul tak kak?
mendalam sungguh entry ini
SHIMI berkata…
Sesungguhnya hujan itu diturunkan untuk memberi rahmat kepada kita. Mungkin hujan tidak membantu kita pada waktu itu, tetapi hujan itu amat diperlukan oleh makhluk lain dibumi ini.
Selamat bermain hujan. Sekarang ni petang kan hujan
Unknown berkata…
dulu rumah bila hujan bocornya amat mencabar aku.. namun sekarang rumahku atapnya sudah berganti.. dan bocor tiada lagi.. terima kasih hujan kerana mendewasakan aku
Lily Abdullah berkata…
PG,
Hujan mengajar kita banyak perkara. Nampaknya kita punya pengalaman yang lebih kurang sama :)

Shimi,
Hujan itu cantik dan rahmat. :)

Lyana,
Entri ini tidaklah terlalu abstrak. Tahniah, kerana Lyana berjaya membaca maksud tersirat dengan tepat. :)

Des,
T/kasih sudi mampir ke sini. Salam kenal ya.

Tulis skrip? Oh, berat tanggongjawab tu. Belum bersedia & tidak berilmu.

ps: tulis cerita2 kontot kat blog ni bolehlah. :)

Art,
Dia cuma perempuan biasa. Yang selalu-selalu kamu temui di mana-mana. Kadang kala dia berusaha untuk berubah. Ada waktu dia seakan pasrah. Pernah juga dia berputus asa.

T/kasih.
Pa'chik berkata…
hehe.. pasal nabi tu.. selalu as je lah...
tak suka hujan... lagu dia tak sedap... hehe...
Ku Keng berkata…
dan pada kita dianjurkan menganggap hujan sebagai 'curahan' dan 'hujan' yang memberkatkan.

Salam
tasekM berkata…
aku juga suka hujan...
Yana Ismail berkata…
huhu lama juga memahamkan kak:)hehe thanks!
Yana Ismail berkata…
huhu lama juga memahamkan kak:)hehe thanks!
DeeN berkata…
Dan ada seorang sahabat yang suka menangis bila berseorangan, kerna tak siapa yang melihat kecuali DIA Yang Maha Mengetahui!

Huhu.
Rajuna berkata…
hanya iman dan taqwa penerus kesinambungan jiwa

ceh..
achik berkata…
dah lama x main hujan.. :D
ckLah @xiiinam berkata…
Semalam hujan seharian. Aku sendirian di rumah. Ku kuak jendela,jiran-jiran juga tiada. Aku keluar. Membasahkan tangan di tirisan hujan.Kemudian kaki.Kemudian kepala dan akhirnya,seluruh tubuh,berpusing-pusing dalam hujan seperti Kajol!Bestnya,main hujan tak ada orang tengok!..Dan malam itu,hidungku sumbat,badanku panas.Kalaulah suami dan anak2ku tahu puncanya...
Brader Black berkata…
Dia asik main hujan je, x kene selsema ke?

Kuat betol antibodi dia ek?
AL-BIMA SAKTI berkata…
sepatutnya
kita sedar selepas kesilapan
kita insaf selepas keterlanjuran
kita bangkit selepas kejatuhan
kita cerdik selepas diperbodohkan
kita keringkan selepas kebasahan...
Anonymous berkata…
w.lily...

Serasa aku.

Kadang-kadang dia juga suka berjalan di waktu rembang agar suram di wajahnya tidak akan kelihatan.

Tapi berjalan di waktu rembang..kang terdengar suara wanita menyanyi irama klasik yang merdu pulak.

alahai.
Bila berdiri di tengah hujan, tunduklah, jangan mendongak. Tunggu hujan teduh baru boleh mengintai langit.

Tiba-tiba saya teringat lagu Hujan [Sudirman]
cakapaje berkata…
Salam WL,

Alhamdulillah. Semakin hari, semakin cantik nukilan WL. Syabas! ;)
kad0k. berkata…
ada satu phrase dlm english..tak ingat mcm mana..tp ada kaitan dgn hujan dan airmata..kalau x silap mcm ni...i like crying in the rain coz nobody will see me crying...lebih kurang mcm tu la..tp sgt bermakna..:)
sinaganaga berkata…
Wo, cerita sedey ni. Ermmm, cerita ketawa2 takde ke weh? He he.
The Purple Cat berkata…
Oooohh.. sedihnya entri ini.
tasekM berkata…
kak, kamu ke maskara tak?
Sastri berkata…
hmmm... teringat lirik lagu ni...

i'll never let u see
the way my broken heart is huting me
i've got my pride and i know how to hide
all my sorrow and pain
i'll do my crying in the rain
pengkao berkata…
saya rindukan hujan di kampung zaman dulu-dulu.
zaman air hujan kurang tercemar.
Ydiana berkata…
Salam Lily

Masa kecik2 saya suka bila hujan, sebab nak main dalam hujan....!

Tapi lama kelamaan saya anggap hujan tu amat menyusahkan. Susah nak keluar rumah, baju jemuran basah, kita pun basah.

Tapi alhamdulillah sekarang ni dah sedar. Tiap kali hujan, ucap syukur, taklah kering tasik kita, taklah kontang sungai kita....dan tak payah siram pokok... :)
13may berkata…
hujan takpe gi akak...

jgn guruh kilat berdentam dentum dah la...

bahaya..
arsaili berkata…
salam...semoga hujan bukan sekadar tempat mencurah rasa kesedihan...tapi membawa sinar dalam kehidupan
Lily Abdullah berkata…
Salam buat semua.

Maaf lewat membalas. Balik kampung dan kurang sihat

Arsaili : Selapas hujan selalunya muncul pelangi. Hujan itu cantik sebenarnya

May: Akak tau ko main bola tengah hujan kan..kan...kan

Diana & Peng : Zaman anak memang indah jika dikenangkan.

Sas: Lagu itu memang indah(dan sedih juga).

Tasik: Aku juga suka hujan dik. Amacam Maskara? Tak sempat baca laporannya lagi hahaha!

Tiqah: Bermusahabah denan entri kontot ni? Pelik sungguh hahaha!.

Purple cat: Aiseh...sedih sangat ke?

Naga: Aku kalau boleh nak tulis yang buat orang ketawa macam ko jugak bang. Tapi aku tak berdaya. Dan sesungguhnya aku sangat jelessssss dengan ko hahahaha!

Kadok: Lagu itulah yang mengilhamkan saya entri ini.

Akhi Shah: Terima kasih untuk pujian itu. (dan untuk kopok lekor Tganu...sedap sungguh).

Purp: Ya, jangan mengintai langit sebelum hujan teduh. Nanti kita sesak nafas.

PS: Teringat entri kamu “ Cerita Pelangi Sesudah Hujan” tu.:p

Po: Dia akan sentiasa melangkah dalam apa situasi pun. Hujan, panas, rebut dan suram malam. Hidup perlu diteruskan walau dalam apa keadaan sekalipun

Al Bima: Ya. Seharusnya begitu. Usia akan mematangkan dia.

Adik Kachak: Dia sudah tiada kekuatan lagi untukterus bersembunyi dalam hujan. Letih kena penyakit yang macam-macam.

Cik Lah: Sesekali, apa salah bermain dengan hujan. Seronok kan?

Achik: Sila main hujan. Seronok ape heheehee..

Juna: Titipkan kata-kata itu kepada dia.

Deen: Sahabat kamu itu sama dengan dia dalam entri ini: p

Liyana: Entri akak senang faham. Cuba pergi blog Encik Abdullah Jones hehehe...

Abang Ku Keng: Hujan dan segala dari Tuhan itu rahmat & penuh keberkatan selagi kita mau belajar merenung.

Chik: Kak Lili tau, ko suka lagu Hujan(Sudirman). Sukan Hujan( Pagi yang gelap):p

T / kasih semua.
rudy bluehikari berkata…
hujan menyejukkan hati yang panas.....
Hujan juga bisa menyembunyikan airmata yang berlinang disebabkan kekecewaan....
Sri Diah berkata…
Sesekali dia mesti berjalan di tengah panas. Dia mesti berani berdepan keringat dan keluar dari derita menjerat...
Kerana itulah hakikat.
Lily Abdullah berkata…
Encik Rudy,
Ada juga orang marah sebab hujan :)

Let,
Hujan kadang kala tidak melindungi apa-apa.

Kak Sri,
Ya, dia cuma perlu cari sedikit kekuatan dalam diri...

T/kasih.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam