Langkau ke kandungan utama

Tiara dan kisah sekeping hatiku yang sekecil hama

Tiara

Nama yang manis dan indah. Orangnya juga comel.

Aku rasa malu dengannya. Dia suci. Dia manis. Umur sudah sembilan belas tahun. Sedang anak gadis lain sudah masuk kolej atau pandai main-main cinta, dia masih dilayan seperti kanak-kanak.

Tiara.

Senyumannya lurus dan tulus.

Aku rasa malu dengannya. Dia suci. Dia manis. Umur sudah sembilan belas tahun. Sedang anak gadis lain sudah masuk kolej atau pandai main-main cinta, dia masih dengan sapu tangan dan pampers.

Tiara.

Dia peramah dalam bahasa tersendiri dan selalu tersenyum.

Aku rasa malu dengannya. Dia suci. Dia manis. Umur sudah sembilan belas tahun. Sedang anak gadis lain sudah masuk kolej atau pandai berutus email dan esemes berbau cinta, dia cuma punya sepasang tangan kejung keras tidak mampu menyuapkan makanan ke mulut sendiri; apatah lagi mengetuk papan kekunci. Biarpun begitu, semangatnya untuk belajar dan hidup tidak sesekali luntur.

Masuk ke makmal komputer, kakak Thara atau cikgu Nurul akan pakaikan “head pointer” di kepalanya. Satu alat berbentuk separa bulat yang diperbuat daripada besi dan ada sebatang besi panjang di tengahnya. Alat bantu belajar, agar dia tidak buta huruf dan teknologi maklumat. Menggantikan sepasang tangannya yang keras kejung. Dan aku akan duduk di sebelahnya. Memegang tetikus.

Dan

Agak sukar memahami pertuturannya, apatah lagi berkomunikasi dengannya. Tapi aku belajar sesuatu sejak aku bertemu dengan Kim san. Sejak pertemuanku, dengan seorang lelaki hebat bernama Kimura san.

Tiara

Dan aku akan duduk di sebelahnya. Memegang tetikus.

“Tiara nak buat apa hari ni.?” Soalan yang selalu keluar dari bibirku. Dia tersenyum. Manis dan jujur.

Okay, typing using Ms Word?” Aku sambung. Dia akan menggangguk jika ya dan akan menggeleng jika tidak. Yes or no. Itu saja.

Typing test ya?” Aku sambil mengelap air liur yang meleleh-leleh dari bibirnya. Jijik.??? Tiada lagi makna kejijikan bagiku. Kalau merasa jijik, jangan bekerja dengan anak-anak suci ini.

Eeemmmmmeeee” Perkataan asing yang sungguh asing. Sesudah tiga tahun mengenalinya baru aku dapat memahaminya.

“Oh....email ya”. Aku. Dan dia pun mengganguk.

Okay. Tiara nak email siapa? “. Lalu aku ambil sebuah buku catatan kecil di dalam begnya.

Aku klik untuknya. Dia pun mula mengetuk papan kekunci menggunakan “head pointer” itu.

Kini aku tahu cara berkomunikasi dengannya. Aku yang seharusnya bersabar dan memahaminya. Bukan sebaliknya. Biarpun aku perlu mengulang-ngulang percakapan berkali-kali. Itu merupakan salah satu ilmu yang Kim san perturunkan untuk aku.

----------------------------------------------------

Pagi tadi.

Aku mencari-cari kunci makmal komputer. Tidak ketemu. CK belum sampai. Puas aku mencari, akhirnya aku esemes CK. Kata CK, dia juga tidak tahu. Berat hatiku untuk membuka mulut dan bertanya perempuan itu. Tapi aku gagahi jua. Demi anak-anak lurus dan manis itu. Jam sembilan aku harus bersiap sedia. Segalanya perlu dibersihkan. Penghawa dingin dan segala suis perlu terpasang.

Namun pertanyaanku dijawab dengan tengkingan.

Hari ini aku rasa hatiku sekecil hama.

Tengahari aku bertanya lagi pasal gajiku yang belum dibayar. Jawapannya membuatkan aku merasa diriku bagai seorang pengemis.

Hari ini aku rasa hatiku sekecil hama.

Hari ini aku rasa hatiku sekecil hama.

Sungguh!
Percayalah esok aku bisa kembali tersenyum. Ramai lagi yang menjadi saraf tunjang, menyokong agar aku terus melangkah sebebasnya. Aku sekadar mahu sedikit ruang untuk bernafas di dunia yang semakin sempit nilai kesopanan dan kemanusiaan ini.
Nota kaki:
Terima kasih Amal dan adik Ying.

Ulasan

Pa'chik berkata…
dia tu suka tengking orang ke? ada laki belum tu? elok dapat laki jenih suka menendang lah...
mOEha Aziz berkata…
salam akak....

biarlah... dia dan kita menuju ke satu destinasi jugak.... di sana nanti ati akak takkan sekecil hama lagi dan tiara tak perlu pakai head pointer lagi malah akan berlagu di sungai sungai madu dan susu.. Insyaallah
Unknown berkata…
kak, sapa yang tengking2 akak tuh.
meh sini saya bahasakan sikit.
ingat bagus sangat la tu. kena panah petir baru tau.

kak, sori ek. saya mmg tak suka org yang suka perlekehkan org lain.

apapun, akak stay cool okeh ;)
tasekM berkata…
kak,
sila pancit tayar keretanya.. hehe.. (kepalaku dah keluar tanduk)

sabar ye kak.. kite sayang kakak.. tak suker nak tengok kakak sedih..

pegi maskara tak?
Hafifi berkata…
senyumlah senyumlah wahai che mek molek..senyum k...
A t i Q a h berkata…
Kak Lily,
akak kuat dan baik. Hidup akak! Yeah!
Tanpa Nama berkata…
bersabar sahaja lah lily..itu kunci utk segalanya
Sod Ba Ro... Itu saja dapat saya katakan.

Saya tahu insan yang saya kenali sebagai Waterlily adalah seorang yang kuat dan tabah. Saya akui, saya pun tak sekuat dan setabah itu.

Pada hakikatnya, semua manusia di dunia ini kurang upaya. Kalau tidak anggota tubuhnya pun; akal, jiwa atau fikirannya.
violet berkata…
biar hati sekecil hama tp indah sinar kilauannya bak batu permata.

jgn mcm hati yg hitam dan busuk, tak ada budi bahasa dan kurang ajar!

p/s: kak lily, hati sy pun terus jadi kecik bila baca entri kak lily ni...tp lambat laun hati kita ni akn jadi besar semula ye kak lily...

senyum, senyum... :)
Lily Abdullah berkata…
Salam

Chik,
Dia dah berlaki dan beranak tiga Chik. Dulu dia baik-baik aje. Namun sejak ada kroninya berkerja di situ, dia mula besar kepala.

Muha,
Ya semua menuju ke satu destinasi yang sama. Mengadap Tuhan yang satu dan kiblat yang sama,tapi hati kita mungkin lain-lain bicara dik.

Tasik,
Dia tak pakai kereta. Setiap pagi suaminya hantar. Dulu dia baik-baik saja. Cuma itulah, ada perkhabaran dari angin konon dia mau meletakkan kroninya berkerja di makmal pc. Kononnya kerja di situ mudah. Tak perlu menyuap makan anak-anak. Tak perlu bawa mereka ke tandas. Sejak itulah konflik bermula. Perkhabaran oleh angin ada waktunya jadi perkhabaran benar yang merumitkan.

ps: Maskara. Insyaallah pergi rasanya. Bawa Muhamad Cerdik tak?

Kema,
Jangan menyumpah dia. Kakak ini masih bisa tersenyum :)

Hafifi,
Sedang senyum dan sengih semasa menjawab komentar kamu. :)

Kadok,
Masih tersenyum. Tapi tak dapat menandingi senyuman Tiara.

Tiqah,
Pujian seharusnya kembali kepada Tuhan. Kakak mungkin sedikit baik kerana dilahirkan dalam tubuh ini. Jika tubuh ini sempurna belum tentu dik. Harap-harap baiklah jua hendaknya :)

Purp,
Marah dan berkecil hati adalah perkara normal bila dilukai.

Sabar adalah kata kuncinya :)

Vee,
Ya. Hari ini hati kakak sudah jadi besar dengan membaca sokongan komentar kamu semua. Hari kakak gembira melihat Tiara tersenyum dan tertawa.

ps: Tetap senyum walaupun belum dapat gaji. Katanya, gaji kakak ini belum dikira. Oh....berjuta agaknya, sampai 29 hb belum dikra-kira. Sedangkan orang lain, sudah menghabiskannya lima hari yang lalu :D

Terima kasih semua sahabatku. (senyum).
Pa'chik berkata…
elok lagi kalau kepala dia membesar dan terus membesar, sampai meletup... ekeke...
rudy bluehikari berkata…
hurm.... bacakan dia alfatihah dan selawat nabi banyak2 b4 berckp dgh dia. Tiada kuasa apapun yg boleh menandingi kuasa Allah SWT. Sabar lilyyyyy
Jie berkata…
datang bulan kot.. he he he

sabaQ no...jom main congkak...pakai guli.
berterabut cari bawah sofa!
tasekM berkata…
kak lily,
manusia seusia muhammad cerdik tu bole ker masuk??..
Lily Abdullah berkata…
Salam

Ko jangan Chik. Dia belum kira gaji aku ni hehehe...

En Rudy,
Terima kasih kerana bertandang dan meninggalkan nasihat. Terharu saya.

Kak Jie,
Rumah saya tak boleh ada sebarang objek kecil berbentuk bulat. Nanti Coco kejar dan telan hehehe...

Tasik,
Tak taulah kak Lily. Cuba risik dari tuan rumah, enche Nage dan para soljah. :)
sinaganaga berkata…
Pagi tadi, di dalam LRT, ada kanak-kanak perempuan kurang upaya pakai baju pengakap beritahu kat aku, "soltang semailllll!"

"Orait adikkk, molek-molek gi sekolah ya!"

Aku syak, dia bersekolah di Sek. Ren. Batu Rd (berhampiran pejabat Nida).
KunangKunangMalam berkata…
dulu.masa saya mengajar sekola rendah.saya lebih suka lepak di bilik kanak2 khas daripada duduk dibilik guru yang kerjanya menjual kain dan brcakap yang bukan2 atau pun di kelas kanak2 yang makin hari makin banyak mulutnya.dah tak reti nak menghormati org tua.
(aku syak pengaruh "tom tom bak" =P)

kanak2 khas seperti tiara lagi tulus dan berbudi bahasa..
saya suka mereka..
Amalina berkata…
Salam kak,
Baca kisah Tiara mcm bayangan kisah Nurul 15 thn akan datang. Nurul terperangkap dalam badannye sendiri, tapi punya kemahuan dan nampak gaya sukakan ilmu pengetahuan/ sesuatu yg baru. Dan ramah juga dgn budak2, kalau di hospital ke, restoran ke, ada budak kecik dok dekat, sibuk dia menegur.

Kak Mar dan Tiara. Kak Mar juga tak kurang hebatnya, dlm usia skrg ni pun masih belajar diOUM. Kelas hujung minggu pulak tu, tabik kak Mar. Ramai student yg muda2 pun tak sekuat semangat akak.

Kak Mar dan perempuan yg menengking. Hubby selalu marah amal bila amal cepat melenting. Katanya mcm org cetek pemikiran. Perempuan itu juga cetek pemikirannya, tak terbanding dgn kak Mar yg jauh perjlnan dan luas pemandangannya. Kasihan dia. Elok kalau ada sahabat yg sudi menegur kelemahannya tu. Teringat satu kisah benar, seorang bapa me'lecture' seorang guru India yg sgt garang tak tentu hala. Anak murid kecut perut sampai homework 4 pages disangka 40 pages. Selang beberapa hari kena 'lecture' guru tersebut masuk hospital, darah naik agaknya kerana memikir. Keluar dari hospital terus jadi baik sehingga jadi guru kesayangan anak murid.

Sincerely,
Amal, yang kagum dgn Profesor2 yg melayan karenah anak murid dgn tenang walaupun sedar dikelentong, ditipu, diponteng oleh murid2 yg pelbagai ragam.
achik berkata…
oh.. saya pun blum gaji..
tapi dah dikejar 'ceti'.. ;p
hakinamoto berkata…
salam kak...
pekabo?lame tak melawat akak nye blog..
tiara yg akak citer neh tiara yg kt teater tuh ke?

smpaikan salam saya kepada semua yg terlibat ngan teater tuh eh...
Lily Abdullah berkata…
Salam,
enche Naga,

Bebudak OKU sekarang lebih bertuah berbanding dengan zaman saya dulu.
Saya hanya merasa masuk pengakap kelana - umur 35. En Z yang sesetengah org cakap tak betul tu,mengajar kami kawad bersama-sama dengan yang berkerusi roda. Kelakar jugak weh!

Err bang "Soltang semaiii" tu dia maksudkan soljah kut :D

Kunang,
Yang penting dalam hidup ini cuma kasih sayang dan pengertian. :)
Kanak-kanak ini jika dimarah pun tidak pandai menyimpan dendam.

Amal,
Semoga Allah permudahkan urusan menjaga Nurul. Semoga perlindungan Allah sentiasa di sisi.

Marah? Siapalah yang tidak pernah marah Amal. Cuma bila usia meningkat, biasanya kita tone kemarahan akan reda. Kakak ini dulu pemarah juga orangnya. :)

Achik,
Wooo...dikejar "ceti". Ceti PTPTN ke yang dimaksudkan? Wooo..bahaya tuu...

Pay,
Waaa..dah update blog ke? Tiara yang tu le. Yang mana lagi. Cuma jumpa Vanee, Tiara, Shahrul je. Yang lain dah hilang. Petra dah pergi NZ.

Terima kasih.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam