Langkau ke kandungan utama

Pagi Itu Dingin


Pagi itu dingin dan tidak juga gelap.

Saya naiki tren komuter jam enam suku minit pagi dan bersolat subuh di KL Central. Sesudahnya, saya sepantas mungkin menerjah tangga escalator. Jam tujuh suku sudah menyeberang jalan bertentangan Hotel Armada.

Pagi itu dingin dan tidak juga gelap.

Saya melihat jam di tangan. Kekadang lorong itu sunyi. Seekor anjing marhain pun tiada. Ada kalanya, saya berkongsi lorong dengan anak muda berjanggut sejemput dan berserban tetapi bukan muslim itu. Dia sentiasa menyapa saya. “ Apa khabar kakak? Ada baik?” Saya cuma tersenyum. Kemudian dia menyambung lariannya. Kadangkala, waktu jarak antara kami agak berjauhan, dia akan mengangkat tangan cuma.

Pagi itu dingin dan tidak juga gelap.

Saya meneruskan perjalanan saya. “Selamat pagi”. Saya disapa oleh sepasang wargatua berbangsa Tionghua. Keduanya, nampak amat mesra. Senyuman keduanya menghilangkan lelah saya buat seketika.

Pagi itu dingin dan tidak juga gelap.

Sesampai di tangga pejabat, Vonothini yang selurus Kassim itu akan menyambut saya dengan ucapan “ Selamat pagi, kakak” . Selama tiga tahun, itulah ucapan yang setiap pagi saya dengar. Saya gembira. Senyumannya luhur dan manis. Dan saya tidak pernah jemu mendengarnya. Malah saya tercari-cari, jika dia tidak datang ke sekolah.

---------------------------------------------------------


Pagi itu dingin dan hati saya terbakar kepanasan.

Pintu pejabat saya kuak sambil mulut saya mengucapkan salam. Perempuan itu menjawab acuh tidak acuh tanpa memandang wajah saya. Dan sejak mutakhir ini, tabiatnya semakin menjadi-jadi. Saya masih bersabar. Kesalahan saya sebesar hama turut dicari gali hingga ke lubang cacing.

Jika tidak kerana keperluan untuk mengetip kad perakam waktu dan mengambil kunci makmal komputer, saya enggan menjengok muka di pejabat itu lagi. Hari malang, di suatu pagi di minggu yang lalu, saya dipanggil boss besar kerana adu dombanya. Nasib baik boss besar saya itu seorang lelaki tua berpengalaman dan tidak mudah melatah. Jika tidak, barangkali saya sudah kehilangan punca pendapatan agaknya.

Alhamdulillah, puan guru besar saya yang nampak garang di mata itu, membela saya.

--------------------------------------------------------

Pagi itu dingin dan hati saya kembali aman.


CK, rakan sekerja saya berkerusi roda. Segala baginya agak terbatas. Dia juga seorang Cerebral Palsy. Satu hari, kerusi roda eletroniknya kehabisan beteri. Dan dia pun merungut. “Susahnya pakai wheelchair ni. Semua mau minta orang tolong”. Saya memahami perasaannya. Dia merasa bersalah kerana asyik meminta bantuan saya.

Lalu saya katakan padanya, tidaklah susah sangat jika ada yang mahu menolong dan memahami. Dia terdiam. Saya katakan padanya, di luar sana ramai lagi orang yang baik dan prihatin.

Dan saya percaya. Saya yakin sungguh. Di luar sana, ramai lagi insan-insan yang benar- benar prihatin. Mungkin kita tidak bernasib baik, kerana jarang menemuinya.

Kemanusiaan adalah hak milik semua. Tanpa batasan kasta, bangsa maupun agama.

Nota kaki:

Ulasan

Unknown berkata…
pagi2 mmg dingin..tambah2 saya g keje naik moto...sejuks..

p/s:- ada post baru..singgahla..hehe
Ungku Nor berkata…
kalau ada orang yang rasa malu nak makan semeja dengan awak, katakan padanya,

"Akak unibers ini sangat terharu dan merasa sangat bertuah sebab dapat makan semeja dengan manusia seistimewa Lily"

*hugs kuat-kuat*
Tanpa Nama berkata…
ni yg wat saya tumpang rasa terharu gak ni...uhuks

hugs kak lily kuat2 jugak
13may berkata…
sekrg pukul 7pagi dah terang benderang kan...
Lily Abdullah berkata…
Salam,
Kimie naik kumuter sejuk jugak..derang on aircornd pepagi sejuk giler :)

En Spammer,
Rata rumah awak spam.Dok diam2. Bukan awak faham apa saya tulis pun.

Kak Ungku,
Oh ya ka....ooo..terharu sungguh pompuan ini muah!mauah! (1000 kali):D.

ps: memang gembira sungguh hari kita berpesta itu ahaks!!

V,
Terima kasih kerana sentiasa membaca entri2 kak Lily yg ter"emo2" ini.

Hug juga.

MayMay(Keenu Reaves)
Pagi itu dingin dan tidak juga gelap( metafora tuu..)

ps: Bila balik dari bulan? Ahaks!!
13may berkata…
hehhe...keja tak setel lagi...
ni tengah amik amik angin sikit...
Tanpa Nama berkata…
alangkah indahnya dunia kalau semua manusia melaksanakan konsep kemanusiaan yg sebetulnya..
Brader Black berkata…
kalau pagi2 hati sudah panas,
rasa macham x ghairah je nak hidup ari tu.
pengkao berkata…
bangun pagi murah rezeki..
Amalina berkata…
pagi tadi dingin dan ribut tapi dah tenang. cuma masih dingin... ish sedapnya masuk selimut :D.
Lily Abdullah berkata…
Salam,

May
Woo..kiranya belum balik dari bulan la..sekadar turun-turun roket ambil angin ya? :D

'Od,
Ya memang indah - kerana kita semua sebenarnya berasal dari kedua Adam dan Hawa :)

Si Kachak,
Hari nan malang itu si kakak ini balik dan menangis sahajalah. Ujian Allah dan adat kehidupan. Ada yang suka, ada yang mendengki.

Peng aka abg L,
Ya..mudah-mudahan. Rezeki Tuhan datang dalam pelbagai bentuk dan kerahmatan.

Amal,
Woo..selimut jangan dicerita. Kak Mar masih rindu selimut tebal Kawakita san :D

Terima kasih pembaca senyap.
Pa'chik berkata…
kita santaukan perempuan tu nak? ekekek...

memang kalau selalu kita minta tolong ngan orang, buat kita rasa kita ni hanya nyusahkan orang... tapi.. kadang tu, orang yang suka nak tolong tu... tak kisah pun... mungkin mereka lagi suka pasal dapat buat pahala kan...
Yana Ismail berkata…
Betul kak. Ramai orang yang prihatin di luar sana. Nice entry:)
Kerp (Ph.D) berkata…
hebat betul cara penulisan kak Mar. kalau akak ada cerita panjang boleh cuba hantar kat publisher buku sseperti alaf21 sebagai contoh. wang royalty banyak masuk.
Amalina berkata…
Salam kak,
Semlm sembang2 dgn hubby. Dia teringat motto satu NGO tpt kami hantar Afiqah hari2 di PJ. NGO jaga anak2 yg severely disabled sampai umur 21 thn. Mottonya dlm BI, sy pun ingat2 lupa, berbunyi dlm BM lbh kurang, 'Jgn kasihankan kami, tapi fahamilah kami dan bantulah kami'.
Just sharing.

Amal.
Itulah warna sebenar manusia kak WL. Manusia.

:)
Lily Abdullah berkata…
Salam,
Chik,
Tak payahlah nak menyihir dia. Biar dia sendiri tersihir :)

Aku cuma doakan moga dia lembut hati. Tidak enak rasanya punya musuh.

Puteri,
Ya...ramai yang masih punya nilai kemanusiaan tinggi. Cuma kadang kala payah ketemu.

Danny,
Kak Mar kepingin bercerita panjang, Tapi belum waktunya. Ditambah lagi kurang ilmu. Peringkat mula sekadar menumpang nama Tok Rimau dan Naga. Kompilasi bersama wak purp. Sila gugel " Gangguan Teksual - Projek Lipas oleh Sindiket Soljah ":)

Amal,
Cantik slogan tu, rasa macam mau cetak baju T dan pakai selalu :)
Terima kasih kerana berkongsi.

Purp,
Benar itulah warna manusia. Putih dan hitam. Terang dan gelap. Hanya dua. Kadangkala kelabu pun ada. :)

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam