Langkau ke kandungan utama

Kejujuran - saya sedang mencari nilai kamu.


Suasana di dewan peperiksaan yang hingar-bingar jadi diam.

Para calon mula mengambil tempat duduk masing-masing.

Ketua pengawas mula membacakan arahan dan kertas soalan mula diedarkan.

Seluruh kamar dingin. Entah berapa darjah Celsius suhunya. Mungkin saya sahaja yang terasa amat kedinginannya. Kerana saya sewaktu berpergian, ditemani tempias hujan.

Ketua pengawas mengingatkan para calon supaya kami tidak menipu. Menurutnya, ada yang sudah tertangkap dan bakal dihukum semalam.

Anak kecil menipu memang nampak manis.

Mungkin yang dewasa bisa membetulkan kesalahannya. Lagipun dia hanya anak kecil yang baru belajar tentang dunia. Kesilapan juga sebahagian dari proses pembelajaran.

Apabila orang dewasa menipu, apa cerita? Dalam peperiksaan di peringkat tinggi pun mahu menipukah? Ini bukan ujian atau peperiksaan sekolah menengah.

Ahhhh….manusia. Ada sahaja kebodohan yang disangka kecerdikan dan kepintaran.

Ya…janji punya sekeping sijil. Pokoknya ada status. Soalnya, kembungkah dompet? Pangkat apa yang ada. Anak menantu siapa atau berapa buah kereta menjalar di halaman kediaman mewah yang dimiliki. ?

Kejujuran tolak saja ketepi. Jika saya dan kamu tidak sanggup, barangkali di luar sana ramai yang menyanggupinya.

Mereka mungkin terlupa, di suatu dunia lain sesudah mati bakal ada peperiksaan besar menanti.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Betul tu, sebab itu ramai orang jujur hanya dikenali setelah dia tiada. Kadang-kala harga sebuah kejujuran itu amat mahal sehingga ramai yang tidak mampu membayarnya.
DeeN berkata…
Salam kak Lily,

Dulu waktu kat sekolah tinggi, gempar kat dewan exam. kalo tak salah 10 org student kene tangkap sebab menipu. Serentak plak tuh. DIoarang letak formula kat cover kalkulator saintifik. Huh! Mujur saya tak terikut2. HaHaHaHa!!!
Yana Ismail berkata…
Biarla score dengan usaha sendiri. Baru puas hati:). Cuaknye mahu exam.
Tanpa Nama berkata…
Sijil sekarang murah2! Sama macam aiskrim ha ha!
abeming berkata…
nanti masa peperiksaan yang sebenar...dah x dapat menipu dah =)
Amalina berkata…
Macam familiar je gambar tanda seksyen peperiksaan kat atas tu...
tasekM berkata…
kak lily kita datang ziarah
Menipu itu bodoh. Menipu dan ditangkap dua kali bodoh.

Manusia boleh memperbodohkan diri sendiri dan orang lain, tapi bukan Tuhan.

:)
Sastri berkata…
hmmm... menipu untuk mendapatkan sekeping sijil... berbaloi kah?
Ungku Nor berkata…
peperiksaan besar kat dunia lain selepas mati tu dia tak nampak depan mata, sebab tu la no hal jer dia rasa..hehe
Pa'chik berkata…
nanti nak citer pasal menipu masa peksa... haha...
A t i Q a h berkata…
Setuju dengan Kak Ungku. Lantaran yang DI SANA itu tak nampak, kita sewenangnya berbuat kelakuan yang terlarang.
muhdzahari berkata…
pnah, dipoket ade skping nota, smsa test. lecturer hnya dduk, ddpan. tp mmg prnsip sy..usha sndri wlaupn mse tu mmg ade pluang utk bkak nota tu..
Lily Abdullah berkata…
Salam untuk semua.

Mardee,
Ya. Mahal amat. Tidak mampu dibayar walau ada aset berjuta.

Nura & Zahari
Ada peluang,tetapi tidak melakukan lebih mulia :)

ps: Salam kenal Zahari.

Puteri,
Ya. Usaha sendiri lebih berbaloi. :)

Azzam,
Murah2 sudah hilang nilai.

Tasik,
Terima kasih kerana menziarah. Nanti kak Lily datang rumah awak pulak :) Salam kenal.

Purp,
Memperbodohkan diri sendiri juga menyakitkan.

Dik Sas,
Ada orang rasa berbaloi melakukannya.

Kak Ungku,abeming & Tiqah,
Dosa dan pahala memang tidak kelihatan. Kalau dapat dilihat @ hilang aset dunia, rasanya ramai yang tidak sanggup.

Amal,
Familiar ye...ala kat UM tu :)

Chik,
Cerita jangan tak cerita. Bukan nak burukkan orang lian. Sekadar peringatan untuk kita.

Terima kasih.
Tanpa Nama berkata…
kalau dpt sijil cara gitu, tak kemana pun, tak halal ma... makin susah ada. duit tak berkat nanti bg makan anak bini, mcmana anak nak jadi baik. jadi sampah masyarakat pulak nanti. pikir la sikit. kan tuhan dah bagi otak tu.
Lily Abdullah berkata…
A yang tidak bernama,

Otak sahaja tidak berguna kadang kala.

Otak + Iman baru ada guna munafaatnya.

Kenapa kamu tidak meletakkan nama?

Terima kasih kerana singgah.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.