Langkau ke kandungan utama

.Dulu dan sekarang

Suatu hari di tahun 2005.

Finn memilih untuk ditempatkan di kelas Kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat. Kata teman-teman, mengapa dipilih kelas sebegitu. Pilih sahaja kursus jahitan, mereka mencadangkan. Nanti susah mahu mendapatkan kerja. Tapi dia tidak peduli. Umur sudah tiga puluh lima dan guru kelas memanggilnya “kakak”. Finn tercari-cari di mana suis komputer. Dia bertanya rakan-rakan yang jauh lebih muda. Rata-rata mereka sekurang-kurangnya punyai sijil. Petanda mereka punyai banyak kelebihan. Sekurang-kurangnya kenal MS Word dan website.

Hang okay kak?” Cikgu yang lebih muda dari Finn itu bertanya. Berhang dan aku sahaja dia dan Finn. Sama-sama Kedahan. “ Hujung tahun ni hang menikah saja laaa”. Mulutnya memang masin dan Finn bertemu lelakinya.

“Finn, ko bagi saya sijil ko dan fotokopi sekali” Encik Z, penolong pengarah merangkap kaunselor kepada para pelatih. “ Buat apa cik Z ? Cari kerja untuk saya ke?” Finn keteringinan untuk tahu. “Ada laaaa”. Selepas berapa bulan berkerja dan menikahi lelakinya, Finn bergelar pelajar jarak jauh(dibaca: pelajar tua). Oh...hidupnya menjadi sungguh kelam kabut dan dia hampir-hampir berputus asa. Lelakinyalah yang banyak menyokong untuk bangun dan meniupkan semangat. Terdengar suara-suara sumbang “ Alah....tak ke mana, dua tiga bulan berhentilah tuu”. Finn buktikan dia masih bertahan walaupun ada waktunya dia amat keletihan. Kudrat Finn tidak seberapa, tapi dia masih bertahan. Alhamdullillah!!!

------------------------------------------------------
Suatu hari di tahun 2007

Semester Januari 2007, Finn mendapat satu soalan tugasan. Beginilah lebih kurang “WHAT IS BLOG (weblog). Describe bla...bla...bla... “ Subjek Infomasi Teknologi dan Penggunaan merupakan salah satu subjek wajib universiti tersebut. Dalam bahasa yang dia kurang faham itu. Dia pun mula menggugel di sana sini. Seorang abang satu universiti berlainan kursus memberikannya banyak maklumat melalui laman sembang Yahoo Masengger.

Abang yang baik hati itu ada blog. Finn minta tolong ajarkan dia mencipta laman blog sendiri. Abang yang tidak lokek ilmu itu pun menjadi cikgu onlinenya.

Terima kasih Abang Edee. Komen abang itu” Wah,kita ajar sikit aje. Dia lebih dari kita”. Finn hantar icon budak bulat berwarna kuning sedang tersengih kepada abang Edee sambil mengucapkan ribuan terima kasih.


February 2007, Finn mula menulis “Art of Body Expression”. Sekadar merakam pertemuannya dengan Kim san dan projek teater HUTAN KENANGAN. Kini, benar. Segalanya tinggal kenangan. Keterbatasan bahasa, menyebabkan blog tersebut tersadai. Sama tersadainya projek teater yang sedang diusahakannya kerana ketiadaan penaja dan bantuan sukarelawan. Koruko istilah bahasa Jepun.

Memang dia merasa bersalah amat. Janji pada Kim san gagal ditunaikan.

July 2007.

Finn menulis lagi satu laman. “Water Lily”. Dia kepingin jadi teratai. Idea ini tercetus kerana satu insiden.
Suatu hari Cik Az mengadakan seisi kaunseling berkelompok. Pelatih ditanya apakah yang hendak mereka lambangkan diri masing-masing. Ada mahu jadi pohon, ada memilih buku, obor, lilin dan pelbagai lagi. Sampai giliran Finn, dia dengan tegas menjawab teratai berserta hujah-hujah tersendiri.
Pada mulanya dia menulis untuk melempiaskan kemarahan. Dia mahu mengubah dunia dan persepsi masyarakat terhadap golongan kurang upaya. Mahu menuntut hak. Simpati, tidak sama sekali. Dia cuma mahu haknya dan rakan-rakan. Sudah bosan didiskriminasi.

Bahasanya agak kesat, kasar dan berbaur kemarahan.

Namun, segalanya berubah selepas Finn terjumpa laman Encik Pinter ini. Imej-imej di laman itu meruntun hati kecilnya. Perjumpaan GEJU 2007, di planet PENA dan pertemuan dengan Naga mengubah arah penulisannya. Dari entri yang berbaur marah kepada entri yang lebih sopan bahasa. Kadang kala, dalam komentar terselit gurau senda.

Finn tiada ilmu penulisan kreatif. Dia hanya menulis dari sekeping hati. Hati yang kadang kala ceria, luka dan lara. Dan kini, dia harus lebih berhati-hati dengan huruf dan himpunan perkataan yang diketuk dari papan kekuncinya.

Finn akan terus mengetuk papan kekunci selagi jari-jemarinya terdaya. Dia hanya blogger kecil dan kurang ilmu. Jika ada yang tersalah atau tersinggung dengan tulisannya, maaf dipinta.

Ulasan

Unknown berkata…
Kak Lily..lama tak singgah sini..sorii..kak lily sehat?
Tanpa Nama berkata…
Subject wajib? Wah! Uni mana tu?
pengkao berkata…
oo macam tu ceritanya.
motif permulaan blog kita ada persamaan kot.
Pa'chik berkata…
ada satu blog kaler itam yang ditulis tanpa motif hapa pun.. saja-saja je... pasal tuan dia boring sesangat ngan internet, dah tak tau nak buat bende lam dunia tak bersempadan tu... nak ngechet.. ahh... bosan amat...
nak berporum... huhuhu... benci sesangat... heheh...
sudahnya dia buat blog itam legam.. tulis sesukati...
A t i Q a h berkata…
Yeah! Majulah blog untuk negara. Ho ho..
en_me berkata…
semoga terus berblog.. keep it up..
malay-tree berkata…
waterlily, engkau mungkin teratai yang sunyi.

Jadi aku datang melawat kamu. Aku beri daun semambu, buat penyembuh parut mu.

Datang kerumah ku, bila-bila engkau perlukan aku.
Dulu..kini dan selamanya...sy harap finn sentiasa bersemangat n teruskan menulis sebab ramai yg suka baca entry finn...sy salah seorang darinya..Ganbate ne Kak Lily (^_^)
cakapaje berkata…
Salam WL,

Blog Finn yang mana? Nak juga saya menjenguk dan menemankan dia.
Lily Abdullah berkata…
Salam.

Kimie,
Terima kasih sebab singgah.

Azzam,
Ya...subjek wajib Uni yang banyak kakak-kakak dan pakcik-pakcik :)

Peng aka abg L,
Ya. Ada persamaan sedikit sebanyak.

Chik,
Kak Liliair tetap suka blog hitam itu. Pasti tuannya ada motif sedikit sebanyak :)

Tiqah,
Hoyeee...majulah blog untuk negara. :D

en_me,
Kadang kala kontang idea.
Terima kasih kerana singgah.


Pohon Melayu,
Lily teruja dengan komentar kamu.
Kamu pakar psikologi? Aku takut pada yang pandai membaca hati.

Terima kasih kerana bertandang dan membawakan aku daun semambu

Ya. Aku mengaku hatiku banyak parut dan aku sedang cuba merawat sendiri.

Aku selalu bertandang,cuma sekali memberi salam. Selebihnya aku membaca dalam diam.

Oda san,
Terima kasih. Apalah sangat entri-entri ini, sekadar berkongsi pengalaman yang dilalui.
Lily Abdullah berkata…
Shah,
Finn yang mana lagi...Finn sahabatmu inilah :)

ps: Muha sudah update blognya.

Terima kasih.
Sastri berkata…
semoga Finn terus menulis... dan saya tumpang bangga dengannya... :)
tasekM berkata…
kak lily,
dipertemukan dengan insan-insan berhati mulia itu sebuah hadiah dari Dia dan aku gembira diperkenalkan dengan kamu...

terima kasih atas lawatan balas. kita nak bina highway ke rumah awak. senang nak buat lawatan sambil belajar.
azie berkata…
sekarang saya sudah tahu dari mana datangnya wanita hebat beridentitikan waterlily ini..i adore ur strength so mac sis.
Mommy Aisy berkata…
kakak yg lily,
dimana jwpn tag yg dahulu.
masih terhutang ini. aku masih menanti. huhuhu...
Hafifi berkata…
hehe:) akhirnya dtg sini lagi..art of body expression?kool
malay-tree berkata…
waterlily, malam ini jika ko kesepian jgn lupa bertandang ke blog aku.

usah gusar, pegawai maksiat tidur mampus ini malam.

bukan...bukan...aku bergurau cuma.

ada sesuatu hendak ku bingkiskan malam ini. siang ini, tidak mampu. nasi bungkus ku dari tadi belum tersentuh.

malam sepi, bila gila ku datang, baru aku bernafsu menulis. khabra kepada jiran2 mu...singgah datang ke blog aku.

malam ini aku terasa mahu mengamuk. jangan khuatir tiada sesiapa akan ku bunuh.
zizie ali berkata…
banyak yg 'kebetulan' dlm hidup lampau kita. masa depan pula sukar diduga.
Sri Diah berkata…
Finn itu kamu... teruslah berkemmbang waterlily, tiada siapa yang berani memetikmu dari danau itu...
Lily Abdullah berkata…
Dik Sas,
Ya. Semoga begitulah.

Tasik,
Sama-sama kita bina highway free tol ye :)

Cik Tapak Seleman,
Anda cute. Terima kasih. :)

Hafifi,
Betul ke itu photo kamu. Kamu juga comel. Akhirnya kamu bersuara juga.

Pohon,
Aku kepunyaan seorang lelaki. Jangan berani kau bergurau sebegitu. :)

Pegawai maksiat memang tidurnya mampus. Kedua malaikat di sisi kita tidak pernah tidur-tidur saudara.

Nanti aku singgah. Mengamoklah sepuas hatimu. Cuma pesanku jangan ada darah dan airmata yang tumpah.

Mengamok itu sebahagian dari budaya Melayu.

ZZ,
Ya. Banyak kebetulan dalam hidup ini. Kadang kala orang yang ditemui tidak sedar, dia berjasa besar, memberikan impak besar dalam hidup orang lain.

Kak Sri,
Terima kasih Kak Sri. Finn adalah saya. Saya juga berharap ada Finn lain yang sanggup berjuang seperti saya.

Terima kasih.
Lily Abdullah berkata…
cik Fana sayang,
Kak Lily sudah menunaikan janji. Okay babe? :)
Ungku Nor berkata…
lily, masih ingat bagaimana kita berkenalan?

ehehe.
akak masih ingat lagi tau.
awak??
Lily Abdullah berkata…
Huhuhu.....masakan saya lupa hari itu. Ingatan tidak pernah berkurang.

"Akak camne ek nak buat bayaran untuk perjumpaan GEJU tu?.

Kemudian akak jengok blog ni.

Kemudian kita tukar no phone.

Lepas tu saya jumpa seorang perempuan comel tergantung kamera di lehernya kat planet Pena.

Hehehe....

ps: Dah hapdet la ni. Nak pi tgk kejap. Semalam lain macam je bunyi intronya. :)
Terima kasih, ada juga rupanya jasa saya, yang tak seberapa itu...

Teruskan menulis.

:)
Ungku Nor berkata…
"Lepas tu saya jumpa seorang perempuan comel tergantung kamera di lehernya kat planet Pena"

Pertama kali ketemu awak di halaman Rumah Pena tu, airmata akak nyaris tumpah ke aspal yang hangat.
Ntah kenapa, saat memeluk awak dengan erat tika itu bagai ada satu perasaan halus yang sangat-sangat menusuk kalbu.
Akak terharu dan sangat berbesar hati dapat mengenali awak.
jangan nangisss!!! hehehe

*kesat airmata cepat-cepat*
Tanpa Nama berkata…
aslmkm kak lily,

buktikan kebatasan fizikal tidak membataskan kekuatan minda dan fikiran.

ilmu yg tinggi pd diri akan buka mata masyarakat sekeliling.

always be urself n you'll be happy wif ur life.

p/s: support kak lily dari jauh. take care ;)
achik berkata…
salam kak..

saya suka baca blog akak.. cuma 'segan' nak tinggal komen.. ;)
Lily Abdullah berkata…
Salam

Purp,
Jasa yang kamu sangka tidak sebesar mana itu sangat besar dan bermakna bagi kakak ini.

Semoga kamu juga terus menulis. Mungkin lebih jauh. Satu hari nanti mungkin kakak terbeli novel kamu misalnya hehehe... :)

Kak Ungku,
Aiseh..emo-emo gitu(sob..sob..kesat airmata :D)

Terharunya saya. Gembira dapat kenal Ungku Nor Faizah yang sangat penyayang dan baik hati.(Dan sukakan kucing ahaks!)

Achik,
Takpe. Membaca dalam diam pun kak Lily dah suka sangat.

Vee,
Terima kasih bebanyak. Take care too.

ps: nampaknya Vee dah sampai ke laman encik Pinter itu. :)

Terima kasih.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam