Langkau ke kandungan utama

Congkak: Satu ulasan dari fanatik filem seram yang buta aspek teknikal.




Tajuk Filem: Congkak
Tarikh Tonton: 25 April 2008 (5.00 -7.00pm)
Lokasi: Metro Kajang
Pelakon: Anda semua sudah maklum
Penonton: Beberapa kerat termasuk penulis.

Babak 1

I nak balik awal hari ni CK. Nak pergi cinema. Tengok movie. “. Aku.
“Oo..you pergi dengan siapa? Apasal tak ajak I? Mid Valley ek?” dia bertanya.
“Apasal pulak, kena ajak you. Pergi ngan laki I la” Aku tersenyum.
“Alah...you tak payah pergi laaa. Meh I dowmload kat you. Movie apa?” Dengki agaknya, aku tidak mengajak dia.

Ceh! Anak Cina yang seorang ini, tidak habis-habis mau merompak.

“Congkak”. Aku beritahu.
“Laaa..apasal you tak tengok itu Jet Li dan Jackie Chan’. Dia lalu mencadangkan.
“Itu I tunggu you download for me okay”. Aku kata.
“Sampai hati you tak ajak I”, Dia sambil tersenyum-senyum.

Alahai.

Mengada-ngada pulak anak Cina yang berusia tiga belas tahun lebih muda dari aku ini.

Babak 2

Kami tiba di panggong. Bertiketkan kad orang kurang upaya, kami berjaya mendapatkan tiket berharga lapan ringgit Malaysia tiap seorang. Tidak lebih dan tidak pula kurang. Kami tidak mengunyah Twisties. Kami bawa masuk lebihan kentang goreng dari francais KFC di seberang jalan.

Babak 3

“Apasal bila ada couple masuk panggong, mesti orang pandang semacam” Aku tanya lelakiku. Dia asyik menguap-nguap. Pertanyaan aku berlalu tanpa layanan. “Lain kali, kita bawa Coco okay? Aku. “Gila hape” Dia. Kemudian kami diam. Gila. Kami berdua memang gila.

Mula-mula ilkan filem yang tembak-tembak dan bunuh-bunuh dan c*** itu.

Selesai segala iklan bermulalah tayangan filem Congkak. Separuh masa pertama, mulut lelakiku tidak henti-henti mengunyah kentang goreng. Dalam gelap dan samar, kami perasan. Ada filem yang dilakonkan di luar skrin. Filem apa, jangan ditanya. Lebih menyeramkan.

Separuh masa kedua. Lelakiku berdengkur. Cis! Buang duit sungguh.

“Lisaaa.....Lisaaaa.”

Kalau aku bawa anak-anak Khadijah menonton filem ini, pasti mereka tidak akan bermain congkak untuk seumur hidup. Silap-silap disuruh ayah mereka membuang papan congkak yang ada di rumah emak.

Dan Khadijah akan membebel-bebel dengan ayat selalu “Haa...tengok lagi. Lepas tu nak ke jamban pun kena berteman.”

“Lisaaaa.... .....Lisaaaaaaaaaa!”

Aku tergelak. Teringat akan rebiu Encik Naga. Filem ini sudah tidak lagi menyeramkan.

“…isteri saya dah terapung!!!!” dan “…tapi rumah tu saya beli dengan dokumen yang sah…”Dialog watak Kasman.

Ceh!

Ulasan

Pa'chik berkata…
pilem ni nanti ada sambungan... tajuk dia.. batu seremban... ekekek...
Tanpa Nama berkata…
sy menyesal..sungguh. menghabiskan duabelas ringgit mengharapkan balasan yg setimpal..ternyata sy pulang dgn hampa...:(
mOEha Aziz berkata…
banyak komen yang cukup menggiurkan di merata rata tentang filem ni...

ni buat nak tgk ni....

Wah... dating yer... jeles ni... kem salam kat abang...
Tanpa Nama berkata…
Lepas tengok Congkak, PY takut nak lalu tepi katil. Terbayang ada tangan tarik kaki masuk bawah katil.

Lepas ni tauke congkak gulung tikar la nampaknya.


Kita pergi tempat nenekla.. Kita main congkak.

Glup.
Lily Abdullah berkata…
Salam,
Chik,
Batu seremban ke? Kak Liliair ingat galah panjang ke, tak pun zero point hak!hak!hak!

Hampeh sungguh cerita ni.

Kadok,
Menyesal kemudian tak berguna lagi. Salam kenal hoo..apasal susah sangat nak menjerit kat peti kamu.

Muha,
Akak cadangkan tengok itu Jet Li dan Jackie laaa. Lain la jika kamu minat Nanu. Akak cuma suka set dan teknik pencahayaan yang cantik. Itu je.

Okay jom akak teman kalau nak tengok hehehe...

Adik Ying,
Huh...nasib baik bukan tauke papan congkak. :)

Kak Lily ada intai2 bawah katil. Sampah dan habuk ada laaaa(hantu sungguh) hak!hak!haK!
Sri Diah berkata…
... akak nak mencari semula di mana kusorokkan congkak itu... Salam hujung minggu WL.
Pa'chik berkata…
galah panjang tu dah tulis sebenarnya, tapi padam balik.. pasal takleh main dalam rumah.. hahah... kalau orang putih nak plagiat, nanti dia buat tajuk monopoly.. tak pun skrebel... ekeke...
Tanpa Nama berkata…
Ralat: Tauke papan congkak.

Akak ni, suka buli adik Ying. Jumpa di Maskara, ya? ;-)
Lily Abdullah berkata…
Kak Sri,
Selamat berhujung minggu kak. Cepat keluarkan papan congkak hahaha.

ps: Teringat masa kecil. Main congkak yang digali lubang atas tanah. Kotor habis kuku yachhh.. :)

Chik,
Kalu orang Korea/Jepun apa pulak namanya ek?. Kak Liliair suka cerita hantu cina hehehe...

Adik Ying,
Maskara ek? Niat hati memanglah nak pergi. Tapi takut jejaka penghembus api tu suruh baca entri.
Nak menyamar jadi apa ek? Mikrofon, mee hoon, kereta, katil?

ps: wink* dapat idea jadi Mak Mah.
"Nagaaaaa.....Nagaaaaaa!"
boe~ berkata…
lepas tgk 'jgn pandang belakang', serik nk tgk cerita diorg lagi. tak power. keras. penulisan ok la. teknikal pun ok. tp lakonan, arahan, suntingan out.
tasekM berkata…
kak lily,
kita kalau tengok cerita hantu di rumah, pegang remote.. agak-agak takut, off volume... sound effect yang buat kita takut... tanpa suara ok jer.. haram tak takut.. hehe...

setelah membaca ulasan naga rasa nak pergi tonton.. hahah...
Unknown berkata…
congkak jadi buruk sebab ada abak cgi murah. trus jd x tkut. hehe
Hasrul Halid berkata…
A.. Ah! kalau filem cina pulak nanti depa buat 'The Chinese Chess'!

Kehkehkehkeh!

Sabo aja lah Po'chik!
Sabo ajalah Kak Lily!
violet berkata…
gi dating tgk movie ye...hehe.

tp abang lak yg tido, lenkali ajak sy je la gi tgk wayang...haha
Saya sungguh tak sampai hati mengutuk filem Melayu. Jadi saya diam-diam sajalah.
Lily Abdullah berkata…
Salam,
oe,
Jangan pandang belakang, pandang ke depan. Kalau mau melintas tanpa jejambat pandang kiri kanan :D

Kelambu,
Rasanya filem Pocong lagi best kut?

Tasik,
Tak payah menonton jika begitu. Tonton saja Mickey Mouse :)

Hasrul,
Ye le. Sabo le ni. Kalau tak sabo, memang dah tak mau p dah. Tengok dividi je kan pa'chik :D

Vee,
Haa...lain kali ajak V. Ngabih duit ajak orang yang suka tidur. :)

Purp,
Oh...kamu sungguh baik hati dan pemalu. Ya...filem Melayu. Producernya bukan bangsa kita juga.

ps: wink* dialog Mak Mah " Daviiiid....Daviiiiid lagi dan lagi" hehehe...

Terima kasih.
Unknown berkata…
Kak,

Bila kluar crita congkak, baru sy teringat.

"pulangkan congkak aku woii"

p/s - congkak sy telah dikidnap oleh anak2 buah yang tak bertanggungjawab.
Lily Abdullah berkata…
Kema,

Bukan anak buah yang ambik kut. Mak Mah pinjam tu.

ps: wink* " Kemaaaaa...Kemaaaaa...pinjam papan congkak kejap wei, nak main ngan Lisa" hehehe....
Unknown berkata…
kureng asam punya mak mah!
pinjam tak cakap ngan orang.
tak baik tau.

hehe ;)
Lily Abdullah berkata…
Kema,

"Kita pergi tempat nenek la.. Kita main congkak."kata Mak Mah. :)

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam