Rasa nak tutup blog. Sudah bosan barangkali.
Hujung minggu dan cuti tahun baru Lunar diraikan dengan berkerja.
Sebuah cerpen indie untuk kamu yang belum pernah membacanya.
KABUS (Versi indie)
Jam 10.00am. Ella terpisat-pisat bangun sesudah kembali tertidur jam 07.00am tadi. Dia merasa letih bercampur sebal. Diselak selimut, dia bangun dalam keadaan seribu tahun mengembara di Sahara. Ella mengesat-ngesat matanya yang degil mahu celik. Dikesat bibirnya. Liur basi bertempekan sana sini.
Ella pandang cermin solek. Semakin buruk rupanya. Kecantikan pudar sudah. Musim bunga berlalu dan kehidupan perlu diteruskan walau apa berlaku. Ella tidak bingkas lagi seperti dulu. Tiba-tiba dia rindu mengejar komuter UKM - KL C dan elarti KL C - Asia Jaya. Dia rindu terkejar-kejar selapas kerja ke Sentul dan KLPAC. Dia rindu berjalan-jalan dari Stesyen Awaji dan sesat-sesat sebelum sampai ke studio latihan Kim san atau apartmen Kawakita san. Dia rindu kepada anak-anak ayam dan sawah padi di tanah kelahirannya.
Ella cuba bangun. Perlahan-lahan. Rumahnya seakan diselebungi kabus tebal. Kabus tebal itu bagaimanpun semakin menipis. Tiba-tiba sahaja bertentangan dengan kamar tidurnya, ada lagi sebuah kamar tidur yang serupa. Ella rasa macam bermimpi. Mana ada kamar tidur di situ. Yang ada hanya hanya ruang dapur untuk memasak. Sejak mutakhir ini, fungsinya semakin hilang.
Dalam kabus tebal yang semakin menipis, kelihatan seorang perempuan tua yang baru bangun tidur seperti dia. Kamar itu dan susun atur perabotnya saling tak tumpah seperti yang terdapat di di dalam kamar tidurnya. Cadar dan selimut juga berwarna serupa. Ella cuba hampiri kamar tersebut. Malangnya, seakan ada cermin kaca lutsinar menghalang pergerakannya.
Ella kembali ke kamarnya. Jam di kamar tidurnya, tertera 10.20am dan kalender meja dengan hiasan gambar kucing comel bertarikh 29 hb. March 2010. Dia kembali mengintai kamar di hadapannya. Kalender dengan hiasan gambar sakura bertarikh sama tapi tahun berbeza; 29 hb. 2030. Jam dinding tepat 6.00am. Perempuan tua itu kelihatan tersenyum melhat lelaki tua yang tidur kaku dielimuti selimut tebal bercorak berbeza tapi masih sama warna dengan selimut tebal Ella.
Dari sebuah almari usang, perempuan tua itu mengeluarkan unifom kerja lelakinya, stokin dan lain-lain keperluan dengan penuh kasih sayang. Dikejutkan lelaki tua yang sedang tidur kaku. Ella cuba memberitahu perempuan tua itu yang pasangannya sudah tiada. Dia menjerit sekuat hati, malangnya suaranya tidak didengari sama sekali. Ella yakin lelaki tua itu sudah mati. Ella yakin dia tidak berhalusinasi.
Perempuan tua itu masih lagi mengejutkan pasangannya yang terbujur kaku. Wajah tua itu tenang dan kelihatan aman. Mungkin kedamaian terpamer di wajahnya adalah gambaran dunia sebelah sana yang lebih indah. Terbebas dari segala kekejaman dunia sebelah sini yang sesak lagi menyiksakan. Buat seketika, perempuan tua itu mengucup dahi dan tangan pasangannya yang kaku. Ella seakan terasa kedinginan itu berada di bawah tahap beku darjah C. Perempuan tua itu mengesat mata tuanya yang berkaca-kaca. Kemudian kembali berbaring sambil mendakap pasangannya yang kaku. Masih dengan rasa cinta yang mendalam.
Ella hiba! Hiba yang teramat hiba. Airmatanya mengalir tanpa sedar. Seluruh jiwanya luluh dan jatuh berkeping-keping.
* * *
Zasssssss! Selimutnya ditarik."Dah..dah..bangun bangun, pergi sarapan. Jangan nak bersedih-sedih tak tentu hala lagi. Bangun,mandi dan pergi tulis apa-apa" Leter lelakinya yang entah bila pulang.
"Kesian perempuan tua tu bang, suaminya mati.."
"Perempuan tua mana ni?"
Tu kat bilik...."
Belum sempat ayat itu Ella habiskan, si suami sudah keluar. Terdengar daun pintu ditutup perlahan.
Ps: Entri ini digarap setelah menonton filem pendek yang sungguh 'touching'
Cerpen betul suudah setahun tersadai. Barangkali sudah masuk recycle bin editor..
Ulasan
(wey... ayat pertama tu tak bes, la... ~hehe...)
Jangan ditutup, kesian dekat peminat kak lily ni (merujuk kepada saya). :)
Salam manis.
Tak gitu uncle? :p
Hana Tajimasuri,
pesal guna nick lain pulak? Ingatkan silent reader mana tadi,
Awak kan dah baca kat blog sana?
ps: Jom minum-minum dan mabuk kopi esok.
makin malas up date.
heh.
,
hihihi...