Langkau ke kandungan utama

Dunia kucing saya







Budak Blackie ni bulunya kian botak. Banyak fikir kut :p





Hari cuti. Tidak jadi buat OT. Baru tahu,  di rumah bersama sebakul warga Afrika  agak memenatkan.

Masa inilah mereka nak demand. Biskut-biskut tak mahu layan.
Tidur pulak, tempat yang kita tak izinkan.

ps; Mereka kehilngan ibu kira-kira 2 minggu lepas. Tamtam kucing yang saya pelihara tidak sampai setahun.




Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
manja sangat tu...

rotankan jer....
ckLah @xiiinam berkata…
...sebakul warga Afrika! Comel frasanya!
tasekM berkata…
aku suka kucing tapi dia tak boleh tidur dlm rumah sbb aku alah.



.
m taufiq a aziz berkata…
ingatkan sebakul 'awang hitam'..


salam perkenalan..
berbalas singgahan :)
Lily Abdullah berkata…
Zam,
Jangan kan nak meroton, dia buat muka 'sardin'tu nak marah pun tak jadi.


Kak Lah,
Itu nama yang diberikan oleh kawan Nizam, Sepa untuk enti saya yang lepas :)

Tas,
Malam-malam atau time aku kerja dia duduk belakang. Mujur la kuarter ni ada dapur basuh dan dapur kering. Ruang terbuka kat luar tu, aku letak depa. Tapi pantang pintu buka, merayap merayu-rayu nak masuk bermanja. ha ha.

Tawawyakof,
Salam perkenalan.

Eh..kakak suka entri awak yang ada perkataan "konon' tu.

Kelakar eh.
puding roti berkata…
sy dl pn ada kucing warna hitam. semua hitam. tp suka kejar org. kesian anak dara jiran sebelah lari lintang pukang kena kejar. sy dl bila kena kejar dgn hitam, sy panjat meja, kerusi atau apa sj yg sy rs hitam tak dpt panjat. kalau kt tpt lapang, tipsnya kena berhenti berlari kemudian duduk mencangkung. hitam pun brek mengejuk dan berhenti mengejar. tak tau kenapa macam tu. hihi
uncle gedek berkata…
Black on blue denim...

NGAM!

denim kamu ke?
Lily Abdullah berkata…
Uncle
Dah lama x paki sejak jadi makcik2 ni uncle. Denim lama tu.


Adik Puding,

Warga Afrika kakak tgk orang lari sembunyi hihi

Aiyak sudah azan. Kita bai bai dulu ye.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc