Sangat mengantuk. Pagi tadi pergi kerja dengan mata sembab dan bengkak. Bersama luka yang masih tersisa. Air mata puas diseka. Asyik mau mengalir saja.
Adik warden tertanya-tanya dan saya pun bercerita sambil menyapu air mata. Saya kata gred dan nama jawatan pun sudah bertukar. Maknanya saya tidak perlu duduk sekolah lagi. Boleh minta pindah ke Kementerian atau Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Tapi saya sayangkan tempat ini. Jiran-jiran berbudi dan kawan-kawan baik hati. Kakak cleaner baik. Kakak cleaner siap tanam bunga dan hadiahkan saya dua pasu pokok bunga.
Saya selalu bercerita hobi saya menanam pokok. Saya suka bercakap dengan pokok. Saya beritahu mereka, saya nak korek tanah belakang bukit mahu tanam pokok. Mereka kata melarang saya. Malah usik-usik saya lagi.
Saya selalu bercerita hobi saya menanam pokok. Saya suka bercakap dengan pokok. Saya beritahu mereka, saya nak korek tanah belakang bukit mahu tanam pokok. Mereka kata melarang saya. Malah usik-usik saya lagi.
"Nanti malam, kalau Mar mimpi minta dipulangkan tanah tu macam mana?" Usik Kak Rohaya. Kak Jah, Kak Intan dan Kak Misliah ketawa terkekeh-kekeh. Akhirnya Kak Aya bawakan saya dua pasu pokok dari rumahnya.
Abang jaga baik. Selalu tidak keberatan apabila diminta tolong. Pekerja Makcik Rozie pun ada yang baik-baik.
Pendek kata saya suka berada di sini. Tidak mungkin kerana seorang dua, saya mahu pindah. Sudah namanya manusia, ke mana pun lari akan bertemu dengan yang lebih kurang juga.
Sabarlah. Tunggu. Biar dia dengan bodoh sombongnya.
Tapi pabila tengok dia, masih ada rasa nak terajang tong sampah.
Tunggulah. Lama-lama rasa nak terajang tong sampah pasti berkurang.
Ulasan
Bagus,berkawan dengan tumbuhan,satu trapi.......macam Makbonda
Tapi memang betul, walau di mana pun pasti akan jumpa manusia-manusia yang pesen menyakitkan hati juga...
Sabarlah sehingga perasaan itu jadi lali!Sabarlah!
Dah sabar dah ni. Tapi keadaan mungkin tak akan sama seperti dulu.
Nizam,
Haaa..payah kan? Lagi pun nak berpindah randah ni mmg leceh.
Tas,
Naik pangkat hapanya dengan SPM cabuk aku tu haha. Cuma bawah SBPA ni nama dan gred jawatan ditukar. Kerjanya sama, malah betambah-tambah.
Kak Has,
Hanya Tuhanlah yang boleh mengubah hati dia tu. Kita cuma kena belajar menyesuaikan diri.
Tak pindah mana2 lagi. Sedang dalam pertimmbangan hehe..