Sebuah fiksimini lantaran cerpen belum ditulis-tulis lagi . Yang sudah ditulis pun tidak tersiar-siar lagi.
Hari itu hari Sabtu, Dia melihat segala-galanya beku. Angin membisu. Awan statik. Air yang diminum terasa payau dan pahit. Makanan ditelan tersekat-sekat.
Semua objek di pandang lensa matanya kelihatan pegun.
Dia teringat kerja-kerja di kantor yang belum siap. Teringat laporan-laporan yang perlu siap sebelum Isnin tiba.
Dia bangun, mandi dan pakai baju.
"Ah! Tidur sekejap! Bukan dibayar elaun lebih masa pun." Bisik hatinya.
Ya! Dia pergi berkerja sekadar memenuhi tuntutan egonya. Dia benci selalu dibantu-bantu dan bantuan itu sering menjadi jajaan orang.
Rupanya, tidur yang sekejap bertukar kepada tidur yang panjang.
Dan
Hari itu hari Sabtu, Dia melihat segala-galanya beku. Angin membisu. Awan statik. Air yang diminum terasa payau dan pahit. Makanan ditelan tersekat-sekat.
Semua objek di pandang lensa matanya kelihatan pegun.
Ulasan
selamat menjalankan tugas.
Semoga lancar dan selesai sebelum Isnin.
Semoga masa dan pengorbanan anda diimbal dengan gandaan kebaikan.
Banyak betul blog ko bang, saya tak tau mana nak tinnggal komen.
Baca diam2 je ye.
Jhaaz,
Salam kenal. Rasanya, kak WL pernah ke blog kamu :)
Kak Has,
Dia cuma insan biasa. Kadang diuji bertimpa-timpa, luruh juga imannya.
T.ksh
its okay...