Langkau ke kandungan utama

Banjingan politikus ( sebuah puisi ulangan ketika menonton berita di tv)

/1/
Saat segala bentuk musibah hadir
tika itulah teater kepemimpinan
berperang moral, antara gajah sesama gajah
demi tegakkan benang perundangan yang basah
semua mahu tunjuk taring dan gigi kuat menggigit
kami si kancil marhain tersepit sesak
nafas tercungap, terpijak lenyek di antara ideologi kalian
menyokong digelar banjingan
menentang digelar derhaka.

/2/
Ketika wabak pornografi mulai menular
anak hingusan menjual, menonton dan melakonkan segala aksi ular
usia anak hingga mahu ke kuburan pun, masih berbelok arah
munculnya bintang filem porno bentuk baharu
percuma, tanpa taja, tanpa biaya
gembira riang bersorak bangga
“Oh! aksi kita masuk Youtube”

/3/
Lagi, masalah kewangan dibahas
wang, wang, dan wang
sebuah lembaran kertas mahal
tidak sedar adalah alat pembunuhan jiwa
jika kau terlalu obses dengannya
rompakan senyap atau terbuka,
pembunuhan bahkan penjualan tubuh
direncanakan kerana mahu lembaran kertas bercap wajah tuan
sia-sia para marhain berteriak bergadai nyawa
tuan-tuan juga akhirnya memperkasarayakan diri

/4/
Sebuah legalitasi anti korupsi konon direka cipta
susuk pimpinan yang belum tentu bijaksana
entah, barangkali jelas tidak punya hati nurani
seekor haiwan pun tidak bisa lagi dijadikan perumpamaan.

1.31am
10/08/09

Ulasan

Makbonda61 berkata…
'seekor haiwan pun tidak bisa lagi dijadikan perumpamaan.'

Karnivor? Bukan.
Herbivor? Bukan
Omnivor? juga bukan.
Tapi adalah lambang makhluk bermata satu,
yang arahnya hanyalah duniawi. Ketikanya telah tiba.
Menandakan zaman telah tiba ke akhirnya.
Sebagai iktibar pada yang mahu.
MATMIN berkata…
Agak2 puisi ni boleh baca kat parlimen ke? hehehe
13may berkata…
best! buleh buat buku nanti...
Lily Abdullah berkata…
kak Has,
Ya, betul tu kak, Sama2 kita mengambil iktibar.

MatMin,

Haha! tak cukup kena buang kerja, lokap juga masuk atau tahanan ISA.


May,
Wah lama x nampak hang kat sini?
Ashraf berkata…
teruskan usaha kak Lily!

Salam kenangan..
Lily Abdullah berkata…
Ashraf,

Salam kenangan. Semoga bertemu lagi.

Selamat menulis dik!

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

.Dulu dan sekarang

Suatu hari di tahun 2 005. Finn memilih untuk ditempatkan di kelas Kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat. Kata teman-teman, mengapa dipilih kelas sebegitu. Pilih sahaja kursus jahitan, mereka mencadangkan. Nanti susah mahu mendapatkan kerja. Tapi dia tidak peduli. Umur sudah tiga puluh lima dan guru kelas memanggilnya “kakak”. Finn tercari-cari di mana suis komputer. Dia bertanya rakan-rakan yang jauh lebih muda. Rata-rata mereka sekurang-kurangnya punyai sijil. Petanda mereka punyai banyak kelebihan. Sekurang-kurangnya kenal MS Word dan website. “ Hang okay kak?” Cikgu yang lebih muda dari Finn itu bertanya. Ber hang dan aku sahaja dia dan Finn. Sama-sama Kedahan . “ Hujung tahun ni hang menikah saja laaa ”. Mulutnya memang masin dan Finn bertemu lelakinya. “Finn, ko bagi saya sijil ko dan fotokopi sekali” Encik Z, penolong pengarah merangkap kaunselor kepada para pelatih. “ Buat apa cik Z ? Cari kerja untuk saya ke?” Finn keteringinan untuk tahu. “Ada laaaa ”...