Langkau ke kandungan utama

Lagu hari minggu(sebelum berangkat ke tempat kerja tanpa OT)

Dan bersamanya saya tinggalkan secebis fiksi realiti. Mungkin ada teman-teman yang sudah membaca di blog yang lagi satu.








Sepuluh atau sebelas tahun lalu pada jam 8 hingga 10 pagi, aku adalah seorang andalusia dan penjual nasi lemak di warung kecil. Seawal 5 pagi sudah bangun, membantu emak membungkus nasi lemak untuk dijual di warung kecil tepi jalan. 

Aku berangan-angan mahu pergi Tokyo dan mencari Hiroshi.

Hari ini, pada waktu-waktu yang lalu aku kadang menulis blog, kadang sajak dan puisi yang tak pernah tersiar di media perdana. Kadang menulis cerpen separuh jalan. Kadang menulis tugasan. Kadang aku buka folder novel yang asyik tersangkut dan berserabai sana sini. Kadang aku sakit dan terkedang di atas katil. Dan aku masih berimiginasi tentang ume, sakura, salji, musim luruh dan Hiroshi. 

Belajar memetik gitar dan melagukannya di sisi Hiroshi.

Dan hari ini pada waktu yang sama aku memamjat tangga dua blok bangunan asrama bertingkat 3. Melakukan pemeriksaan harian bangunan, memeriksa setor dewan makan, menulis laporan itu dan ini.

Aku kadang keletihan dan duduk di dalam pejabat umpama setor juga. Ya! Mereka menganak-tirikan aku dengan separuh karpet pun tidak diletakkan di pejabat itu.
Aku pujuk lara dengan berkata. Tidak mengapa, komputer masih ada; janji kerja boleh diuruskan.

Aku masih bermimpi tentang mencari engkau, Hiroshi.

Damn!
Umur sudah puluhan masih berangan-angan.

Harapan - sebelum nyawaku diangkat Izrael, malaikatMu, aku mohon aku mampu siapkan sebuah novel. Untuk tatapan Hiroshi.


*dicatat ketika khayal Diazepam*
..dan hati pillu!

Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
kak, dalam khayal kadang-kadang ilham buleh menjelma dari semua arah...
Lily Abdullah berkata…
Diazepam buat letih dan rasa nak membuta sepanjang hari.

Lama2 rasa nak membuta tu hilang! hehe

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...