Langkau ke kandungan utama

Kejujuran, maaf kadang saya tidak yakin kamu ada

Saya mencari warna kamu di dalam diri sendiri. Kadang kamu berwarna putih, kadang hitam pekat dan kadang saya tidak pasti lagi apa warnanya.


Titik!


Baru-baru ini, saya mengenali sesorang. Perempuan. Sopan. Menutup auratnya sebegitu lengkap sekali. Bibirnya tidak berhenti mengucap kalimah suci dan berselawat sentiasa.

Rupanya, dia hanya memakai topeng. Saya merasa tertipu dan diperbodoh-bodohkan. Barangkali dia ibarat sebuah buku, cantik kulitnya. Lama-lama dibaca isi perutnya meloyakan jiwa.

Dia menipu timbangan. Di hadapan saya, timbangannya betul. Tepat. Rupanya, di belakang saya, diarahkan pekerjanya menguranngkan timbangan dan memasak kurang dari yang sepatutnya.

Sempat lagi dia berpesan kepada pekerjanya; di hadapan warden, guru-guru dan saya bagi makanan betul-betul. Biar berlebihan. Dengan anak-anak minta dikurangkan.

Tidak cukup dengan itu, dilaga-lagakan saya dengan warden. Rupanya Allah jualah yang mengetahui niat buruk jahatnya. Pekerjanya sendiri yang membongkarkan rahsia.

Tugas saya sebagai penyelia asrama semakin sukar. Asyik menunggu dewan makan sahaja. Sedangkan saya punya tugasan lain. Inventori, stok, kerja penyelenggaraan dan perakaunan senua terpikul di atas bahu saya.

Sejak saya merasa diri tertipu, saya mulai memcari-cari kesalahannya. Selama ini, saya pejamkan mata. Saya laporkan yang baik-baik sahaja; tegur secara berhemah dengan harapan dia akan berubah.

Saya nekad. Sekarang, jika saya terjumpa seketul tahi cicak pun di dalam setor simpanan makanan kering saya akan catat 'kebersihan - tidak memuaskan.

Saya jumpa barangan kering yang tidak ikut spefikasi KPM, saya rampas. Hari itu saya rampas empat paket cornflakes bungkus tanpa jenama. Rupanya, dia bermain wayang dengan saya. Jenama Kellog's dicampur dengan yang murah tidak berjenama.

Minyak masak berpaket yang dilarang penggunaannya dituang ke dalam botol yang berjenama seperti yang tertera di dalam syarat kontrak. Bodoh! Hendak menipu tapi tidak pandai.

Apa ke jadahnya minyak masak di dalam botol penuh dan apabila ditimbang beratnya 5.5kg? Saya dengan suka hati, menuang minyak tersebut ke tong sampah. Rasa macam mahu saya baling botol minyak ke muka dia yang nampak warak itu.

Tapi, saya masih siuman. Tidak gila hendak cepat kaya macam dia.

Dan dua tiga hari lepas, dia meminta maaf, Mengaku silap dan akan memperbaiki kesilapannya. Saya angguk. Dia belikan saya kek.

Maaf, saya tidak ambil sepotong pun. Dia kata ikhlas. Tiada niat apa pun.

Maaf, saya sudah hilang percaya!

Sebiji kek kecil itu pun, bagi saya adalah rasuah.

Lihatlah,timbanglah dan jadikan pengajaran. Saya bukan alim,bukan ulama, bukan siapa-siapa. Tetapi jangan cuba mengambil mudah dengan saya.

Ya, saya kurang upaya. Tetapi cubalah mengambil kesempatan ke atas saya. Tahulah nasib dia.

Dengan sedikit kekuatan saya bisa membuat dia sesak nafas. Orang dari Jabatan turun, dari PPD turun. Dia terpaksa menggantikan barangan yang tidak mengikut spefikasi itu.

Saya puas! Tapi pada masa yang sama saya sedih. Kecewa. Mengapa saudara sebangsa seagama saya sebegitu tamak.

Saya tahu. Dia masih tidak berpuas hati dengan saya. Saya peduli apa.

Saya cuma menjalankan amanah.

Ulasan

tasekM berkata…
hati2.
jgn dia buat cara halus plak sudey...


.
makissa berkata…
bagus kak. kekadang kita perlu bangun untuk sesuatu. terlalu tunduk diam bisa penyet dilenyek... syabas kerna akak mula mengenal erti hidup di kantor. insyaallah, dengan satu kekuatan, mampu buat orang hormat kita. percayalah, adik jua telah pernah melakukannya dulu.

semua ditimbun di atas bahu adik seorang. mentanglah adik budak baru. tidak tahu selok tugas dan tanggungjawab. nah! satu kekuatan, keberanian yang dicampur sama. kini mampu bernafas lega dan mula mengenali yang mana si kipas, yang mana si air corn. hehehehe (bahasa lembut)

hakikat mentimun jika dimakan berlebihan tidak memudaratkan. sebaliknya pada durian. jika ia berlebih-lebih, mampu memamposkan. hahahaha
Aku berkata…
...sanggup dia menipu begitu..

Apa yg ada daam fikiran nafsu dia sebenarnya sampai begitu.


Akak balingkan je tasbih dia tu... nampak macam kurang ajar kat agama tapi sesungguhnya dia gunakan agama sebagai topeng menutup yg BUSUK!.
Kadang2 saya juga merasa yang sama tapi apabila beritahu bos tentang kebenarannya, dituduhnya saya busuk hati. Huhu.
kad0k. berkata…
akak menjalankan tugas...itu yg utama..tentang dia membalas..itu serah kepadaNya..akak sehat?
Water Lily berkata…
Kadok,

Akak sihat..asyik2 naik angin je..lama2 boleh sakit jantung dengan karenah makhluk spesis ni,

Fathi,
Ye..bos kadang mmg gitu. Dia duduk atas je tak turun tinjau2. Nasib baik PK HEM saya ok. Setiap aduan dia siasat dulu.


Akak agak kan Zam, fist bila dia tengok akak, dia ingat bulih makan kut.

Tas,
Aku pun takut gak, kut dia jumpa mak esah

Asal bomoh je, mak esah kan..kan..kan..

Asal namapak orang mcmm gua je, tak betul, tak cerdik hahaha!
Water Lily berkata…
Er..tinggal pulek komen adik gua.

Ya, gitulah dik, mangsa buli je lah kita ni. Dari sekolah sampai tempat kerja.

Takpe lah, kat dunia ni ramai lagi orang baik2 kan?
Norsha berkata…
salam kak,
1st time saya singgah sini,
jln2 terjumpa blog ni dan ingin singgah berkenalan, sejujurnya, entri ini menginsafkan bahawa kadang2 luaran tidak menggambarkan dalaman,
andai kita sedar bahawa kita sedang diperhatikan maka sewenang2nya kita tidak akan menipu insan lain
Hartini Omar berkata…
waterlily,
cayalah! 2 thumbs up!
Anas Hasanah berkata…
akak, betul ke ada org yg mcm tu? berilmu tapi tak beramal. akhirat sana, tahulah untung nasibnya.

Catatan popular daripada blog ini

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…

Catatan-catatan kepada (...diri juga...)

Pada akhirnya, saya menjadi begitu yakin. Blog saya sudah tidak lagi dikunjungi. Berdasarkan rating, trafik dan komentar.  
Dan datang jua pada hari dan ketika-ketikanya saya seperti tidak kisah lagi pada perhatian manusia.
Kadang terasa mahu marah, mengomel hatta mencarut sekali pun, kita ada medium baru iaitu Facebook.
Sungguh saya memang pemarah. Tetapi yakin saya tidak pernah mencarut. Marah dalam diam. Pendam. Hilang. Kadang marah skala kecil di Facebook. Kemudian saya padam.  Adakah dosa mengaibkan orang boleh dipadam? Adakah dosa mengecilkan hati orang boleh terpadam ? Dan mereka yang menyakiti saya, enggan hormati saya itu adalah urusan mereka dengan Tuhan.
Apalah daya saya. Meyakinkan manusia-manusia lain, agar telus mengikut peraturan adalah sama sekali tidak wajar.  Kita dibesarkan dan ditarbiahkan dengan corak pemikiran yang berbeza. Lahir kita pula dari genarasi berbeza.
Masing-masing ada ego. 
Jika saya merasa membuang sampah merata tempat itu berdosa amat, barangkali a…