Langkau ke kandungan utama

Rebiu Karipap-karipap Cinta


Apa yang anda bayangkan bila disebut 'karipap'. Sejenis kuih kegemaran ramai. Ada juga yang membayangkan unsur-unsur teeeet. Terpulang kepada anda.

Saya baru selesai mengunyah "Karipap-karipap Cinta' hasil air tangan Vovin atau nama sebenarnya Nazri M. Annuar. "Karipap"yang saya perolehi dari bengkel AVA 11 April lalu. Lambat sikit nak megunyah, hatta karipap sekali pun. Al maklum, makcik sakit gigi. Susah hendak mengunyahnya.

Saya membaca. Sambil ketawa mengekek-ngekek macam pontianak. Oleh kerana saya ponteng gotong royong membersihkan kawasan tempat tinggal saya(alasan: sakit gigi); maka tiadalah keberanian saya menghilai kuat-kuat. Walau hati saya, bagai digeletek-geletek bila membaca hasil tukangan Vovin ini.

Gambar dan sinopsis di sini

Karipap-karipap Cinta membuktikan bahawa cinta memungkinkan apa sahaja. Termasuk melakukan kerja-kerja gila tidak terjangkau dek akal. Vovin juga berjaya melunasi satira senario politik semasa menerusi watak Dato' Razali Banuri.

Benar! Cinta memungkin manusia tidak mengira gender melakukan perkara-perkara gila seperti merompak, memecah pejabat dan rela ditangkap khalwat. Gaya bahasa biasa-biasa sahaja. Mudah difahami; sesuai untuk bacaan remaja mahupun yang buta sastera.

Banyak scene menarik dan melucukan yang ditonjolkan dalam novel ini. Saya paling suka babak di mana Ali berbohong kepada Rambai rakan serumahnya, kisah dia menyelematkan Sarah dari peragut. Rambai sebagai sahabat tetap mengiakan cerita Ali, walau dia sudah maklum Sarah seorang gadis yang pandai bersilat.

Begitulah kita, kadang terpaksa berbohong demi menjaga hati seorang sahabat atau sesiapa yang terdekat.

"Hidup gembira!" Tulis Vovin pada novel yang saya miliki. Silap-silap novel ini pun diminta oleh anak-anak buah saya. Sama senasib dengan 'Ayah Kita Bos' dan novel-novel hasil kerja Sufian Abas.

Saya tidak kisah. Kadang hidup ini, perlu mengembirakan insan-insan yang kita saya sayangi.

Nota karipap tambah:
1. Anda boleh makan karipap ketika membaca rebiu ini, tetapi awas; jangan makan karipap ketika membaca novel ini.
2. Menulis umpama memasak; harus datang dari hati yang tulus. Barulah yang merasa/membaca masakan/tulisan kita akan terus melekat di dalam jiwa
3. Sayugia diingatkan, rebiu saya ini adalah dari kacamata seorang pembaca biasa; yang masih kurang ilmu/teori-teori penulisan.

Dey, makcik! Novel kau bila nak siap daaaa..

Ulasan

cahaya berkata…
hurm..
tiba2 tringin nak baca novel itu..
best yerk..
. berkata…
dah lama beli, tapi belum baca lagi.huhu.
Lily Abdullah berkata…
Cahaya,
Kalau beli by hand dengan Vovin dapat harga RM10/-

Bacalah best tau.. kelakar. Gahaya bahasa Vovin bersahaja dan selamba.

Vovin hansem juga heh!heh!

Aiya.. promo Vovin ke buku dia neh haha:D

Zam,
Laaa..tak baca lagi?Akak pun sama, ada banyak lagi tak baca. Gila membeli, bacanya tidak peh!
Phantom berkata…
karipap cinta tu mmg kelakar
fikrahuddin berkata…
kelako2.. haha..

ohh.. penulis novel.. i see..
Siti Salha Rosman berkata…
Blogwalking.

Best la KKC ni. Kelakar sangat. Tersentuh dgn watak Ali yg tak give-up nak ngorat Sarah.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc