Langkau ke kandungan utama

Magis yang saya cari mungkin sedikit sebanyak saya temui semalam


Ini cerita sehari sebelum bengkel semalam.

Malam itu, saya tidak tidur kerana cuba menyiapkan beberapa perenggan Bab 2. Saya hanya tidur sesudah bersolat

Tup
!

Sebaik sahaja sahaja, saya membuka mata jam di telefon sudah menandakan angka 10 am. Saya bangun dalam keadaan serabut, terus mandi, bersiap ala-ala kadar sambil meminta suami menghantar saya ke tempat biasa. Di dalam hati, saya amat marah kerana dia tidak mengejutkan saya.

"Cuba awak tengok tarikh tu betul-betul.."

Saya pun membelek semua kalender yang ada. Ha!ha!!ha!
Salah tarikh beb!

"Tu lah, jadi musang lagi. Kalau sakit, diri sendiri yang susah. Awak tu bukan sihat!" Encik Suami saya membebel-bebel.

Benar! Hari Sabtu itu, saya demam dan sakit gigi yang gila-gila. Sakit urat saraf tidak usah cerita lagilah. Malamnya, seawal pukul 9 pm, saya sudah tidur, Macam mayat. Apatah lagi dengan kesan Diazepam dan lain-lain ubat untuk mengawal 'uncontrol movement' saya.
* * *
Saya ke bengkel dengan keadaan sifar. Tidak berkesempatan menyediakan soalan-soalan terancang. Apa yang saya tanya kepada Puan Nisah Harun di bengkel adalah soalan-soalan spontan.

Kehadiran Sinaganaga dan askar-askarnya sedikit sebanyak meriuhkan majlis. Serius, saya tidak tahu siapakah antara mereka yang menjemput menyertai projek blook Gangguan Teksual 2007. Tok Rimau rasanya.

Keduanya, di majlis inilah buat pertama kalinya, saya melihat muka Jigo, yang menulis bila suka itu. Buat julung kali juga, saya menegur Pipiyapong dan Vovin. Walau saya selalu ketemu mereka di Maskara.

Perkongsian ilmu bersama rakan-rakan dan Puan Nisah sedikit sebanyak kembali menggerakkan enjin penulisan saya.

Terima kasih untuk teman-teman AVA yang lain. Penganjur dan pemudahcara. Semoga bertemu lagi untuk bengkel yang akan datang.

*****
Ini mula cerita dalam komuter dari Bandar Tasik Selatan ke UKM yang saya naiki selapas Khar menumpangkan kami berempat ke stesyen Starline Bandar Tun Razak semalam. Saya, Farah, Puteri Lily dan Rebecca Ilham.

Minta maaf, saya mahu menggunakan bahasa terjah ala-ala Pipiyapong dalam cerita ini.

Gua sampai stesyen tu tepat jam 6.02 am. Apa ke jadah tunggu komuter hampir setengah jam. Makin bersepah dengan penumpang. Gua sudah penat berdiri. Sudahlah orang keliling pandang gua macam 'alien'. Gua rasa macam nak jerit dengan penuh takbur

"Wei, gua penulis beb! Gua baru balik dari bengkel ni. Lu jangan pandang gua, macam orang buta huruf"

Tapi gua ingat pesan abah, jangan takbur. Tuhan marah!

Keretapi sampai. Mereka tolak-tolak gua. Gua tak kasi chance. Tiba-tiba gua naik radang tahap gaban. Gua tolak-tolak juga. Dalam perut gua, pun dah ada batu. Terbakar dan berapi-api. Akhirnya gua dapat naik.

Huh!

Macam sardin. Gua ikan kecil yang tersepit di celah-celah ikan-ikan besar yang berbau macam air longkang. Bila dah masuk ke dalam gua berdiri betul-betul dekat pintu. Gua sakit hati ya amat bila tengok tempat duduk OKU diduduki oleh dua amoi jelita dan sorang mamat hensem yang cacat otat.

Sorang brader, naik kat stesyen Serdang. Dengan marah-marah dia kata" Sape tak mau masuk ke dalam, tolak je biar jatuh mampus" Gua buat 'dek'. Dan dia betul-betul tolak gua. Nasib baik tak jatuh. Apa ke jadah gua nak ke dalam. Gua nak turun UKM je. Gua dah le lembab dan terhegeh-hegeh. Nanti kalau ke dalam sikit, susah gua nak turun. Elok gua sampai, pintu komuter sudah tutup. Takkan gua nak gi makan angin sampai Bangi.

Gua penat beb!

Biiasalah, orang penat lidahnya jadi tak terkawal dan celupar. Brader tu masih tolak-tolak gua dan dengan bahasa kesat menyuruh gua ke dalam.

Apa lagi, gua sound dia abih-abih. Sampai dia hilang suara.

Dia pun tak sangka seorang 'makcik' yang sepatutnya tunjukkan teladan tiba-tiba boleh sonud dia guna bahasa kutu.

Gua menenking dia" Oit,oit, barder! Lu cakap baik-baik sikit ye. Sebelum lu tolak-tolak gua, kalu lu rasa dah cukup samseng, lu boleh terajang dua amoi dan mamat yang cacat otak dok kat tempat yang dikhaskan untuk gua ni bla...bla..bla...."

Suara gua makin tinggi. Semua orang pandang kami. Brader tu terdiam. Macam orang bisu. Dua amoi dan satu mamat tu tertunduk-tunduk. Malu agaknya.

Hambik lu!
Gua turun kat UKM dengan rasa yang amat puas hati.


*Foto keredit kepada saudara Mat Min.

Ulasan

Black berkata…
Wah, mentang2 dapat bertegur sapa dengan Pipi, terus je ko berbual style Pipi ek?

Kerek la lu, gua xmau bilang la ini macam!
makissa berkata…
cayalah sis lily..gua tabik spring sama lu kak..gua mahu sekali belajar sama lu bagai mana menengking mulut bau longkang di luar sana.
tasekM berkata…
lu mmg betul2 kakak gua. gua bangga beb. lantak la apa org nk kata. gua seriyes.



.
Naskah Percuma berkata…
peh lu rupanya makcik yg sound gua baru nih.. ceh jaga lu!
akirasuri berkata…
Kesiannya Kak Lily.. Kalau saya ada dengan Kak Lily, memang saya sound dorang jugak.. Alahai..
ibundo berkata…
salam lily. setengah orang memang patut kena ajar....
Tanpa Nama berkata…
Salam,

Kak Lily. Tak sangka ada peristiwa ye hari tu! Apa lagi, tulislah cerita.

selamat berjaya dan insya Allah, kita jumpa lagi.

Ya, saya ada blog.
Tanpa Nama berkata…
Lupa. Ini saya, Hakim
Putri Lily berkata…
Salam WL,

Alahai kesiannya. WL sendirian atau bersama dgn farah waktu tu?

Masa WL naik tunggu train, lily masih kat bawah tunggu ibu dan adik. Lepas tu terus naik teksi ke Mega Mall bila nampak cuaca dah gelap nak hujan. Nasib lily tak jadi naik train utk ke sana. Kalau tak tentu tambah ramai org dlm train tu. :)

~Putri Lily~
Lily Abdullah berkata…
Lily,
Ye..ye..kesian kan kakak ini, Tak pasal kena marah orang. Tak suka tau, marah2 orang. Buruk rupa hehe..

Hakim,
Dalam inkubator lagi hahaha!

Kak Pah,
Saya segan kak. Fikir2 balik malu juga.

Ati,
Cara nak mengajar tu tak berapa nak kena. :)

Naskah Percuma,
Peh lu sapa?Cakap cepat sebelum gua debik se das. Zafir? Wahyudy? Helmi? hahaha!

TM,
Time2 gitu susah aku nak control ayu hahaha!

adik,
Sabar dik, jangan menengking. Tak baik gitu (nasihatkan diri sendiri dulu) :D

Black,
Gua memang kerek hape..lu lagi kerek. Ni tukar2 nama pesal. Ko nak carik mak angkat/mak mertua yang jelita macam Mas Idayu ke?

Oke..oke..gua fitnah lu.haha!
sf berkata…
Peh ganaslah lu kak!
Lily Abdullah berkata…
Sf eh Khar ke ni?

Hahaha! ganas takde eh..mana ada. akak lemah lembut apa. hahahaha!
Tanpa Nama berkata…
Pergh..... lu ganas betul... heheheh
Lily Abdullah berkata…
Anon,
Gua lemah-lembut hape..cuma kadang2 sedikit keganasan diperlukan orang mengajar orang yang reti bahasa.

Anon, lu sapa..kenalkan diri sikit. Gua dah cukup diplomasi dah ni,dengan membenarkan anon mengomen :)

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc