Langkau ke kandungan utama

Lima puluh enam ke empat puluh


Dia duduk-duduk di hadapan TV. Sambil menonton rancangan The Biggest Loser.

Di tangan kanannya, ada sebiji burger separuh gigit. Tangan kiri menatang segelas Coke.

Sebotol Coke di atas meja sudah tinggal separuh.

Dia berdoa!

Ulasan

ckLah @xiiinam berkata…
Apalah agaknya yang tertitip dalam doa si dia tu...
Lily Abdullah berkata…
Amboi kak laju benor. Saya baru sudah edit. Juga sudah seminggu menulis edit cerpen tentang ini.

Dalam cerpen, doanya tertitip. Dia diberikan anugerah lain yang lebih hebat.

Di alam nyata, entah lah!
Rafi Harumin berkata…
dia berdoa... semoga kurus
Makbonda berkata…
Suruh dia habis segera coke tuh sebelum orang sakit gigi menghirupnya
WL berkata…
Ashrafi,
Betul, dia mahu kurus...tapi malas berusaha :)

Kak Has,
Orang sakit gigi puasa benda2 tu kejap kak hehe...:)
ibundo berkata…
kalau doanya baik, semuga makbul.
tasekM berkata…
hang minum air brrrrrrrr kak no... aku lama dah tak togok...

:)



.
Lily Abdullah berkata…
Tas,
Aku pun lama dah tak minum. Mabuk-mabuk kopi lagi sedap la weh!

Statmen hang ni,boleh makan diri woo. Nasib baik la, hang bukan poliTIKUS muhahahaha!

Kak Pah,
Doa tanpa usaha tak jadi juga kak.
Dia patut doa rajin berusaha :)
Coke + burger. Lengkaplah itu.
cahaya berkata…
hikhikhik..
tak baik membazir..
membazir amalan apa?
baikhabiskan dulu apa yg dah dimulakan..kuikuikui
Lily Abdullah berkata…
Cahaya,
Ye..ye..kena habiskan. Tapi makan kenyang-kenyang pun tak baik juga kan

Purp,
Chanteeek! muhahahaha! :D
WordWalker berkata…
I can only wait and hope like a pungguk that one day water lily will express her humanity in English for the rest of humanity to read ... i dunno but Malay verse sounds so self-indulgent and cooped up like a princess under house arrest in an istana or a jebat under self-exile! I dunno ...
WordWalker berkata…
I can only wait and hope like a pungguk that one day water lily will express her humanity in English for the rest of humanity to read ... i dunno but Malay verse sounds so self-indulgent and cooped up like a princess under house arrest in an istana or a jebat under self-exile! I dunno ...
Jat berkata…
$$$.. kehidupan di bandaraya... memerlukan usaha yg lebih utk keluar dari kekangan masalah kewangan...i choose the easy way... but how??? wanna know??? prvate msg me.. i'll tell u how..$$$$ ... facebook give me atleast rm100 every day... believe it!!!

my email : leicadicomar09@yahoo.com
my FB : Jat Lid

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam