Langkau ke kandungan utama

Warkah ringkas buat anakanda yang gagal memperolehi 5A dalam UPSR


Telefon genggamku bernyanyi-nyanyi pada tengahari itu.

"3A 2B saja, Chaq" kau kata via sms. Aku pasti ada nada kecewa dalam khidmat pesan ringkas itu anakku.

Tidak mengapa anak. Paling penting kau telah cuba dan berusaha.
Kebijaksanaan bukan sekadar diukur di atas kertas dan sijil.

Aku cuma mahu kau pandai menjadi manusia sayang!
Bukan sekadar menjadi pandai.

Usah putus harap. Harimu masih panjang. Insyallah.

Ulasan

Rajuna berkata…
anak kecil perlu dibina semangatnya. bukan terus-terusan dipersalahkan kelak rosak jiwanya.
Pa'chik berkata…
apa sangat la yupiesar tu... bukan leh masuk yu pun...
mugiwara berkata…
orang yang pernah gagal akan lebih menghargai kejayaan.


saya dapat 1a saja~
dulu sedih.

tapi yang lebih penting adalah apa yang saya capai hari ini...
Yunus Badawi berkata…
3A 2B tu kira baik. Berapa ramai yg 1A pun takde.

Teruskan berusaha di sekolah menengah dan semoga berjaya dgn lebih cemerlang.
Nafastari berkata…
Yaaa.... Hidup ini bukan untuk membilang berapa A, ia lebih dari sekadar itu.
mOEha Aziz berkata…
salam kak,

pasti ramai antara kita yg sibuk2 hantar ank tusyen, paksa belajar, ambil tutor, sb..? nak bg anak dpt semua A la kan... budak budak sekarang juga dah diasuh oleh keluarga mungkin, guru mungkin, rakan2 mungkin... untuk mengejar A... jd mereka juga pasti kecewa... apa pun sbg mak chaq, akak dah nasihat yg terbaik... :)
ckLah @xiiinam berkata…
Ada murid ckLah yang UPSR 3A2B....tapi PMR dan SPM 8A
Ada yang UPSR 5A....PMR lingkup...



UPSR bukan penamat perjuangan

Tahniah kpd anakanda itu...
setiakasih berkata…
Katakan kepadanya.. mendapat banyak A dalam akademik tu bukan segala-galannya.

Yang penting menjadi anak dan hamba Allah yang berkualiti A.

Ada pelajar yang mendapat banyak A tetapi jadi bagai 'sampah' atau 'sembilu' di hati guru, keluarga dan masyarakat. Tak guna juga kan..

Mungkin sekarang belum masanya untuk meraih kecemerlangan itu. Usaha lagi, pasti , Insya Allah,tawakal dan istiqamah, pasti lebih berjaya dunia dan akhirat.
rudy bluehikari berkata…
Saya dulupun sama mcm CHaq... 3A 2B juga. Peace!
makbonda berkata…
Anak daraku memelukku sambil bercucuran air mata dapat 3A2B kerna masa trial dapat 4B1C.

biarkan.....diuji dengan kenikmatan lebih bahaya dari diuji dengan kegagalan
Lily Abdullah berkata…
T/kasih kepada yang meninggalkan komen di entri ini. :)

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam