Langkau ke kandungan utama

Akhirnya!


Akhirnya, merasa sedikit bertuah mampu melangkah perlahan-lahan. Sedikit ke hadapan setelah bertahun-tahun bertatih di dalam diari-diari usang dan blog.

Permulaan yang cukup bermakna untuk melangkah ke tahun baharu.

Rujuk blog AVA untuk maklumat lanjut.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang menunjuk jalan.


SALAM AIDILAHDA!


PS: Jika ketemu nama Lily Mariana Abdullah di mana-mana media arus perdana, sila maklumkan saya.

Ulasan

mOEha Aziz berkata…
salam kak,

alhamdulillah... akhirnya... bangga sgt adik botak akak ni... tahniah3... :)
Nafastari berkata…
Saya sangat bangga dan tumpang gembira! Tahniah.
Rahimin Idris berkata…
Alhamdulillah dan tahniah. saya pun tumpang gembira. :)
en_me berkata…
tahniahnyerr kak lily tewwww.. keep it upp.. ehehe
Artozy berkata…
Tahniah! Sungguh, aku kepingin membacanya.
Salam WL,

"tahinah teruskan berkarya",

"salam aidul adha juga".
Pyanhabib berkata…
selamat hari raya haji!
:)
DeeN berkata…
Kak!
Aku bangga. Sungguh bangga dengan kamu, kak. Bukan senang utk dipublish sebegitu. Akhirnya. Teruskan berkarya!

P/s: Dapat jugak aku tahu nama penuhmu, kak.
Nizam.Ariff berkata…
Syabas kak!

Akhirnya keluar juga dalam arus utama.


Aku ni arus menghilir tepi-tepi je... tak boleh masuk arus yang deras-deras... lemas.. hahaha
WL berkata…
Zam,
Ko takpe, ada kerja. Akak yg fulltime blogger ni kena cari sedikit rezeki. Nak harap Nuffnag tu hek'eleh.. hahaha!

Deen,
Itu pun nama tipu2 weh hahaha!Tapi ada la iras-iras.:)

Pro Pyan,
Belanja nasi ganja ya? Boleh? haha!

Zul,
T/kasih sahabat :)

Art,
Beli MW hehe..apalah sangat sebuah cerita cinta Art..aku buntu bila menulis tema lain.

Lan, achik & Mugi,
T/kasih kerana selalu menyokong senyap2(kadang kalian baca diam2 dan aku tahu)

Min,
T.kasih unuk kata2 semangat. Kadang kau sms semata untuk menjawab soalan akak yg entah apa2 hehe..

Me,
Insyaallah!

Kay,
T.kasih kerana galakan.

Encik Ahmad.
T.kasih kerana berkongsi pandangan bersama.

Adik Botak dan Anak Pak Budin,
T.kasih kerana meenjadi adik2 yg baik.

ps: Untuk Puan Nisah Haron,Khar, Kak Maria Kijiwa dan rakan2 AVA - Selamat Maju jaya.

Untuk Soljah dan Frinjan-- Alina dan Naga terima kasih.

..dan rakan2 blogger yang mendorong

TQ.
Aloy Paradoks berkata…
teruskan.... hidupkan...
tasekM berkata…
tahniah kak. aku bangga dgn kamu..

:)



.
Makbonda61 berkata…
Bangga bonda,bersahabat dengan orang jiwa besar macam kamu.......
AL-BIMA SAKTI berkata…
salam aidiladha.
selamat berusaha dan terus berusaha.
puding roti berkata…
kakak!kakak! besnya!!
kita tumpang bangga. sonotnya!! hee

tahniah kakak *cium pipi*
ld berkata…
tahniah, cik puan mainstream. ;)

agar tidak dilupa dunia non-mainstream yang membentuk dan mencipta penghuni dunia mainstream.

teruskan ber-karya. ;)
Iza'Izz berkata…
Sekalung tahniah utk akak.....
Moga kejayaan kan terus bertandang
ckLah @xiiinam berkata…
Va...va...va...


Syabas betti! Syabas!!!






Bangga ckLah...
Lily Abdullah berkata…
Kepada semua rakan blogger yang mengucapkan tahniah- terima kasih. WL menghargai. Tanpa sokongan anda, siapalah saya.

Kepada Sdra Eskep,
Salam kenal. Jika anda ada masa, silalah baca enteri2 lama saya untuk mengenali siapa WL.

Terus terang sahaja, saya tidak gemar ada diberikan label. Cukup2lah dengan 'label' yang saya
ada.

"Dunia penulisan dan satera di Malaysia 'ciput'sahaja. Tidak perlu label. Masing2 ada cara dan keistewaan sendiri. :)

T/kasih!
ld berkata…
cik puan lily abdullah, maaf andai komen saya ditafsir sebagai 'melabel' ;)

saya cuba untuk tidak melihat respon cik puan lily abdullah sebagai 'melatah', kerana saya pasti, manusia diciptakan matang dan mampu untuk melihat dari perspektif yang pelbagai, bukan dari sudut sinikal.

maaf sekali lagi andai komen sebelum ini ditafsir sebagai melabel. ;)

humor mungkin perkataan tepat untuk menggambarkan niat komen saya yg sebelum ini. tp tidak menjadi. maaf ;)
kak ja berkata…
Proud of u, WL!!
rudy bluehikari berkata…
Alhamdulillahhhhhh! tahniahh cik lily! sy gembira amat.
Anonymous berkata…
Tahniah waterlily...

Akhirnya.

Entah mengapa, ini tidak mengejutkan. Mungkin, sedari dulu sudah terlihat akan waktu sebegini.

~po.
Lily Abdullah berkata…
Po, En Rudy, Kak Ja dll. Kalian antara pembaca terawal blog saya.

T/kasih.

Saudara Eskep,
Maafkan saya juga. Barangkali kesakitan saya ini,menjadikan saya sensitif tak bertempat.

Maaf ya :)

T.kasih.
Putri Lily berkata…
Salam ziarah dan salam kenal WL,

Jalan2 dan berkunjung ke blog ahli2AVA. Kenal dulu di blog baru kemudian insya-Allah bertemu di bengkel nanti. :)

Belum terlewat rasanya untuk ucap tahniah pada WL di sini.

~Putri Lily~

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam