Langkau ke kandungan utama

Sajak spontan di pekan Frinjan 3.0

Bersama Alina dan Dila Raden


Rahmat Haron(lu pakai syampoo apa bang hahaha!)


Rahmat Haron lagi(gambar lain semua tak jadi, asyik gambar dia je. Gue syak ni pasal syampoo dia juga hehe..jangan mare bang!)


Frinjan 3.0(poster ke banner ke hape entah,gue menggong sikit)

Gambar ini pun masuk sekali daaa!


Harap punya kesempatan
suatu hari, berkongsi pentas berdiri seiring kalian
melaungkan puisi dalam dingin campur pijar malam
walau suara tidak selantang merdu seperti keinginan
mahu kalis semua malu
dan rasa rendah diri tanpa tentu
rasa kerdil diri tanpa perlu
yang masih kebal dalam diri
doakan aku!

27/6/09
Dataran Shah Alam.

Nota kaki:
Terima kasih untuk Alina kerana memperkenalkan Christopher Merrill melalui pemberiannya.
Gembira berkenalan dengan Dila Raden si profaniti karut aka salah seorang perempuan simpanan.(gue baca blog depa diam-diam beb!)

Ulasan

Aloy Paradoks berkata…
waa... best aktiviti lu beb...
Nizam.Ariff berkata…
Kita selisih bahu, kak. Mungkin juga selisih masa... hahaha

Tu la kak, kata kalau nak turun S.Alam nak sms dulu. Aku tunggu gak kat restoran Syed yang ada WiFi tu... hehehe
Lily Abdullah berkata…
Aloy,
Best,menghayati sebagai pendengar dan penonton cuma.

Nizam,
Semalam kami sesat..pusing sana,pusing sini. Serius terlupa nak roger hahaha!
Cikgooden berkata…
pi tak ajak dah....lupa la tu..nanti aku balik sana minggu depan...siap la hampa..ha ha ha

p/s: sesat lagi...? ha ha ha.
Tanpa Nama berkata…
terima kasih kerana datang memeriahkan acara. maaf tak dapat nak bersama sepenuhnya kerana sibuk urusin acara. :(

chris merrill tu antara penyajak kegemaran saya! hee~

oh mahu baca sajak? boleh saja. bulan julai ok?
Lily Abdullah berkata…
Cikgu,
Insyaalah,panjang umur bulan Julai datang lagi. Kita 'roger'Nizam hehe. Suruh dia belanja makan-makan hahaha!

Alina,
Tidak mengapa sangat memahami situasi.

Baca sajak..ahh! Entah termampukah diri ini dengan masalah pertuturan yang ada. :)

Nanti praktis, baca macam Pyanhabib. :D
Tanpa Nama berkata…
sonoknyerr akak lily tewww..
sukahati berkata…
lahai....tak dpt nak pergi untuk edisi bulan ni....terlepas peluang nk tgk akak :D
Lily Abdullah berkata…
Sukahati,
Akak tidak chomel dan pemalu lagi.Tak payah ler tgk. Setakat nak kenal2 boleh aja. :)


Me,
Seronok giler Me hehehe..
tasekM berkata…
pergi tak ajak aku. aku merajuk 2 tahun!




.
AKUOKU berkata…
frinjan mmg kool...

tak dapat pi minggu ni sbb keletihan kerana mlm sebelum ke bagan dato utk prog pentas kita...

4hb july jemput ke kajang untuk malam seni rakyat.
Lily Abdullah berkata…
Mama adik kakak,
Insyallah,saya pi,dekat ja. Tapi kena tgk judual kerja suami. :)

Ady,
Huih marah akak ke. Kan Alina jemput via fesbook. hehe..

Tasik,
Ala darling,jgn marah ai. 2 seken cukup la hehe..

:D
rahmat haron berkata…
aku pakai syampoo alami - bunga tujuh jenis dan tujuh warna. ha.ha

bukan bagus manerpun aku ni. drama-gaya ajer lebih
Lily Abdullah berkata…
Lu baru jumpa laman ni ke bang hahaha! syampoo alami.

T/kasih kerana meninggalkan komentar di sini.

Harap ketemu lagi :)

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.